yeay dapat pretzel

 

hai,

Balik dari kerja arini perut rasa lapar semacam, haish pelik betul  padahal dah makan koko crunch semangkuk kat umah + kuey tiow goreng lagi kat kantin pagi tadi …perut oh perut..

Rumah lagi 1/2 jam baru sampai..menyanyi2 dulu laa wahai perut…

Sampai jer umah  tengok ada parcel nih

unnamed

 

yeay!!! melompat2 keriangan lah saya ..hihi  perut pon sama gembira ^_^   nampak x ape yang ada tulis kat atas tue?

unnamed (5)

Yeay !!! saya dapat pretzel daripada madMarketproject .

Biskut Pretzel yang disaluti dengan pelbagai rasa yang memang ummph!  . Serious, sedap sangat !! First time saya  makan, sekejap je habis sebab biskut ni rasanya memang lain daripada yang lain dan bila makan, nak lagi dan lagi. Tak rasa muak lah kalau makan. 🙂

 

unnamed (4)

bagi korang terliur ..mihmih

Raya nanti confirm saya akan oder lagi…tak perlu susah payah nak pergi beli dan hantar bawak balik kampung…beli jer online dekat madMarketproject  terus selamat sampai kat kampung korang, jimat ruang bonet kereta hahah

Korang tak payah ler risau pasal biskut ni  pecah  ke tak nanti bila dah pos …sebab madMarketproject dah buktikan pada saya yang pretzel yang sedap nih   sampai dengan selamat …buktikan dah ada kat atas ni..hihih

unnamed (3)

tengok ler macam mana madmarketproject ni balut…

unnamed (2)

siap ada sticker FRAGILE lagi ..memang selamat ler biskut korang

 

Comel jer pretzel nih..saya memang suka benda yang comel2 nih…Korang wajib rasa tau…x rugi dan sangat berbaloi, yang paling penting biskut ni bagus untuk orang yang nak kurangkan manis dalam makanan..hihi..

rasa dia just nice lah..macam manis2 buah jer…selesa kat tekak

profile_1115170314_75sq_1393421817

ni logo kedai madmarketproject…

 

jangan lupa cari pretzel yang sedap ni dekat madMarketproject 

 

#pretzelsedap

Apabila suami berkata-kata

Hai,

Suami ni bila berkata2 memang terkesan betul di hati saya, sejak dari zaman belajar lagi…tak tahu kenapa…..kalau saya masih muda mudi andaian saya mungkin  macam ni  ” ini  lah  yang dikatakan jodoh” . Tapi sebab waktu menaip nih umur pon  nak masuk 3 series dah,  andaian  saya mungkin  macam nih “mungkin sebab pengalaman hidup kot” …. BM dulu  memang dia dapat A pon…dah check dia punya sijil SPM  kikiki.. … tapi bukan sebab kata-kata dia  buat saya terjatuh cinta la kan…huhuhu..

 okey, sambung balik…..

pagi tadi selepas solat subuh sambil suami menaip,  tetiba dia pandang saya…sayang abang suka bila sayang mengaji al quran…tapi abang akan bertambah suka kalau sayang mengaji untuk mencari jawapan…Contohnya kalau syg rasa benci sangat kat seseorang tu, syg taip jer kat search perkataan benci..semua  berkaitan benci yang ada dalam al quran akan keluar…baca yang itu dulu  cuba fahami…kalau masih belum faham, cari ustazah atau ustaz…semua persoalan syg akan terjawab….hurm terdiam sekejap…mungkin tadi dia ada terdengar saya membaca al quran surah Al – Hasyr dengan lancar tanpa tanpa ada waktu berhenti untuk baca terjemahan ( ini adalah surah amalan sewaktu tinggal di asrama …kisah surah ini dan fadhilatnya dah diterangkan secara ringkas oleh ustazah dan exco agama di asrama dulu)…kelebihan surah Al-Hasyr

mungkin suami tak nak saya membaca al-quran dengan kosong…Terima kasih pada suami menyedarkan saya tentang sesuatu…Saya tak membaca terjemahan surah ini pagi tadi dengan alasan saya pernah membacanya sewaktu di asrama dulu dan  pernah diterangkan oleh ustazah,  exco agama dan juga melalui ceramah di kaca tv…kononnya dah tahu tapi saya lupa bahawa dalam pada kita meniti usia…setiap persoalan yang terbina di minda kita, setiap masalah yang mengjengah kita sentiasa berbeza-beza tetapi dalam tema yang sama ….maka  setiap jawapan yang kita perlukan adalah berbeza mengikut kitaran hidup. Mungkin dulu saya bencikan sesuatu sebab saya tidak puas hati dengan manusia…tapi sekarang saya benci kan sesuatu disebabkan sikap  diri  sendiri??…

Mungkin dulu pada zaman kanak2 apabila membaca buku cerita robin hood, saya mengganggap robin hood adalah watak jahat.. sebab cikgu kata mencuri tu dosa…tapi sekarang bila dah makin dewasa baru saya faham dalam persepsi yang sudah berbeza, robin hood mencuri untuk  membantu orang lain…( hehe ni jer contoh paling mudah yang tetibe keluar kat otak saya)

Robin-Hood-Cast

sumber : en google

Hidup sekarang dah makin mudah, terkadang saya terleka… payah nak  baca terjemahan tu bukan lagi alasan sebab sekarang dah ada mcm2 apps  seperti  iQuran Lite nih

iQuran-Pro

hanya perlu install saje ke smartphone korang sumber : en google

untuk lebih detail boleh klik di SINI

Saya perlu berubah…saya perlu amalkan…dan yang paling penting saya kena dengar kata suami  ^_^

 

#dengarkatasuami

 

 

Semenda dalam kenangan

Hai..

Semenda dalam kenangan….tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain…4 bulan di tempat baru tetibe hari ni teringat2 pada kawan2 kat sana…rindunyer….

>> > rindu suasana bilik guru

>> > suasana time pot luck

>> >  suasana ofis time g cari makanan mihun kak linda dan mee kari kak erni

 >> > suasana dalam bilik  mesyuarat..^_^

>> > suasana di asrama

>> > suasana di kantin

>>>suasana dalam bilik disiplin

>> > suasana di bilik GPK 1, Kak HEM , GPK Koko

>> > suasana bila semua org buli ustad syukor hihi

 

 

Semenda dalam kenangan… teringat saat mula2 sampai di sana bersama -sama dengan cikgu Shafirah Yusuf … (admin blog  sekolah  post  dalam entry ini ).  Sebelum tu ada kol jabatan negeri sembilan, saya diberitahu akan ditempatkan di daerah Jempol, terus cari peta negeri sembilan nak tahu ler jugak jempol ni kat daerah mana.

map-ns_thumb[11]

sumber : en google

Saya pernah ke negeri sembilan tapi sampai Pedas jer…Hari pertama  sampai ke sana  kami kena berkumpul dulu di SBPI Jempol untuk terima surat penempatan…lepas tu kena terus ke sekolah untuk lapor diri, bila bukak jer surat, aik???? Kota?? kat mana pulak nih..Kawan2 yang orang sini dah tarik muka dah ..best la ko nad dapat area ghombau eden ni dapek kek Lui Barat…kenapa pulak???

 

 

sila rujuk peta di atas…

 

owh…Patot la kawan cakap macam tu…ghombau  ni dah dokek  la sikit kalo nak ke KL..jempol ni kalau nak balik kampung saya laei  dokek sobona ei…cuma sobab ado adik2 laei yang ramai duk bolah KL maka ghombau lah tempat terbaik untuk saya…alhamdulillah..Maha Suci Tuhan yang Maha Mengetahui …

Kenangan di sana tak akan saya lupakan…walau pun dah biasa hidup merantau tapi di sana banyak yang saya belajar tentang kehidupan daripada pelbagai  jenis golongan dan sudut pandangan.  Sebelum ni hidup saya cuma dalam kalangan rakan-rakan sebaya sahaja..tapi di sana saya melalui hidup yang lebih berwarna warni.  Terima kasih buat warga semenda terutamanya kakak2 semenda…. macam2 benda  yang saya berguru dengan diaorang selain daripada hal2 kat sekolah lah kan.. bab  memasak, pengurusan rumah, penjagaan diri, pengurusan kerjaya, ape nak buat bila dah pencen, persepsi mertua pada menantu hihi penting nih untuk jadi menantu kesayangan lah katakan…kikiki…ada yang sanggup  datang rumah sewa saya semata-mata  untuk ajar  kami masak patin tempoyak dan masak lemak cili api daging salai..siap bawak kan bahan2 lagi….juga  sponser buatkan bunga telur lagi kat saya masa nak kawen dulu huhu  siap bawak ke seremban tu untuk pilih jenis bunga telur yang macam mana saya suka …yang sanggup tumpangkan saya setiap masa  waktu kereta tersadai di bengkel….yang sanggup bantu saya uruskan hal  kereta bila 1.st time saya excident dulu…bawakkan ke balai polis, bawakkan ke tempat insuran, survey kan bengkel yang bagus untuk saya….ada juga yang sanggup bawakkan makanan untuk saya waktu saya di asrama…ada juga yang tak pernah lupa kan saya bila setiap kali dia buat mihun goreng …ada jugak yang sentiasa tanyakan saya nak makan apa waktu saya bertugas di asrama …ada juga yang setiap kali keluar makan..dia yang paling bermurah hati belanja kami2 semua..hihi …syukur kepada ALLAH atas nikmat yang dicurahkan kepada saya…

 

Kadang  hati berbisik rindu pada mereka….terima kasih atas segalanya~~

 

rindu-itu-kurniaan-dari-allah

sumber daripada blog sekudus kasihmu ku perlukan

 Sedikit  perkongsian berkaitan dengan rindu …terkesan dengan blog  sekudus kasihmu ku perlukan ….

 

 

 

#semendadalamkenangan

 

 

genap setahun perkahwinan

Hai..

Bulan lepas genap setahun perkahwinan  …alhamdulillah…Tapi sbb kami PJJ, maka sebenarnya baru 4 bulan lbh kurang jer baru dapat tinggal bersama…Berulang alik antara perak ke negeri sembilan memang memenatkan juga…Ujian kecil daripada tuhan buat kami suami isteri, ucapan sabar sentiasa dititipkan usai solat…..Akhirnya alhamdulillah..dengan izin tuhan, sokongan keluarga dan  kawan-kawan akhirnya doa saya dimakbulkan .. terima kasih diucapkan…Saya sekarang sedang menjalani detik manisnya sebagai seorang isteri setelah genap setahun perkahwinan …cewaah ayat..hihii

 


Rumah tangga….

“Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”

“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.

 

“Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”

 

 Firman Allah SWT, Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasanganmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ( Al-Rum : 21)

 


 

16 mac 2013  ^_^

 

#genapsetahunperkahwinan

 

rezeki sijil simpanan premium

Hai..

 

First time saya ada no sijil simpanan premium ni masa lepas SPM 2013, itu pun sebab saya join PLKN  hihi..kiteorang dapat elaun RM 300 selama 3 bulan dekat kem. Time tu saya macam terpikir2 jugak lah  kenapa  kerajaan bagi duit dalam bentuk  sijil simpanan premium  nih, x best langsung !! yelah nak guna kena  kena gi bank dulu..kami ni dah la macam askar2 nak g berperang..duduk jer dalam kem  belajar dan berlatih macam2.

So mmg saya x cash kan  sijil simpanan premium tu sebab nya yang pertama mak tak bagi, ke-2 malas nak susah payah mintak izin nak g bank, 3- makan minum dah disediakan jadi duit x guna sangat dan yang paling penting time tu tak terdesak lagi nak pakai. Duit untuk topup pun x banyak guna sebab kami semua duk sonok main 3 sec. Pernah dengar x pasal 3 second? Tahun 2003/2004 memang femes la utk pengguna maxis. Nanti saya buat post pasal zaman 3 second saya  hihi..

Okey sambung pasal  sijil simpanan premium, hurm x lama mana pon hayat sijil tu…masuk jer semester ke 3 dekat universiti saya terpaksa jugak gi bank utk cash  sijil simpanan premium tu tanpa ada rasa sedih dan serba salah..terdesak nak pakai duit, malas nak mintak dengan mak. 300 hengget tu x ada lah banyak mana pon…x sampai seminggu  dah habis..tetap x da rasa bersalah dan rugi sebabnya saya tak nampak  menguntungkan sangat  ada sijil  sijil simpanan premium  nih. Saya bukan lagi pemilik kepada  sijil simpanan premium  sehingga

 

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

2012 saya beli balik  sijil simpanan premium ni dengan duit bonus .. . setelah dikeluarkan dalam surat khabar bahawa SSP telah mematuhi syariah oleh pihak Jakim, boleh rujuk  DISINI . Tujuan utama  beli balik sijil tu  nak pastikan duit selamat  daripada cengkaman  diri sendiri.. Hahah memang  payah la saya nak pergi  beratur kat bank,  dalam dunia ni manusia yang  paling saya tak percaya melibatkan hal2 duit ni adalah diri saya sendiri … So duit nih selamat lah until 2013 bila dah dekat nak kawen..haha nak kawen kan..biasalah semua lubang yang ada akan dikorek2 sampai tahap  x boleh nak korek dah dengan niat lepas jer kenduri kawen semua lubang akan ditutup..Maka saya beli lah lagi sijil SSP ni tapi dengan pakej yang lagi best sket.

Tak sangka dengan niat yang tulus ikhlas nak tutup lubang kawen nih membuahkan hasil sedikit ^_^

ssp

 

Dengan sijil premium nih kita layak untuk  menang hadiah cabutan bertuah gitu….syaratnye kena menabung lah dulu dengan SSP. Setiap tahun ada 4 jenis cabutan

 Cabutan tempatan

>>> 13 Cabutan ini diadakan setiap bulan sepanjang tahun

>>>Cabutan akan diadakan disetiap  Negeri di Malaysia.

Cabutan Kenang Budi

Cabutan ini diadakan pada bulan Mac, Jun, September dan Disember

Cabutan ini bertujuan untuk menghargai pemegang  SSP yang  telah menyimpan di BSN melebihi 10 tahun ke atas

Cabutan Khas Korporat 

>>>Cabutan  ini dijalankan pada bulan Mei dan Oktober 2014

>>>Hanya layak untuk pemegang SSP yang mempunyai simpanan minimum RM 1,000.00 dan ke atas dalam sijil tunggal.

Cabutan Istimewa 

>>>Cabutan dijalankan pada bulan  Mac, Ogos dan Disember 2014.

>>>Hanya layak untuk pemegang SSP yang mempunyai simpanan minimum RM 3,000.00 dan ke atas dalam sijil tunggal sahaja, sebelum tarikh cabutan.

>>>Pelanggan yang menyimpan awal sebelum cabutan akan diberikan peluang berganda setiap bulan dengan syarat baki simpanan minimum bulanan RM3,000.00 dalam satu sijil tunggal sebelum tarikh cabutan

Setiap kali cabutan, hadiah yang ditawarkan berbeza-beza…

edit

sumber dari en google

GiftSSP2012

sumber dari en google

BSN-SSP-2012-B

sumber dari en google

Korang boleh semak keputusan terkini cabutan 2014  kat sini semak keputusan simpanan sijil premium

 

 saya dah semak ^_^

Untitled

walau pon hadiah x gempak..tapi tetap syukur alhamdulillah

 

 

 

 

#jommenabung 

Bersangka baik

086

 

Hai..

 

Balik kerja harini rasa berkobar-kobar nak update blog..nak share satu resepi dengan korang…tengah elok setup laptop + bukak tv tetibe kuar pulak citer kt skrin  ..Ish menarik pulak citer ni terleka jap…Citer pasal budak2 universiti….teringat pulak saya pada zaman muda-mudaan ..hihi zaman yang mana bukan semua orang pikirkan tentang komitmen, tanggungjawab, esok2 dapat keje ke x, keje ape, sebulan nak bagi berapa kat mak ayah …macam2 lagi lah ..indah nyer saat tu…hidup untuk berseronok saja..lupa pasal lepas habis belajar ni macam mana aku nak bayar balik hutang ptptn T_T ..sekarang baru rasa, padan muka kat diri sendiri!

Tapi sejak  bekerja sebagai pendidik ni dah bermacam2 jenis manusia yang saya jumpa dan yang paling buat saya berasa nikmat tentang pekerjaan  ni adalah semua tu buat saya jadi manusia yang berfikir sket…Berfikir tentang diri sendiri ala2 reflect diri sendiri la…Contohnya kalo ada budak form 5 malas nak siapkan kerja kursus kan, saya mula lah rasa nak naik angin … dah lepas marah tup2 teringat agaknya macam ni lah dulu cikgu2 aku rasa bila aku malas nak buat keje.Pastu baru tanya kenapa keje x siap…rupanya mak dia sakit T_T bukan x nak buat cuma x sempat. Patotnya saya perlu bersangka baik jer dulu

bersangka baik

Bila budak perempuan bergaduh, ignore classmate sendiri dalam kelas dan saya terpaksa jadi penyiasat tak bertauliah pulak lepas tu …buat saya reflect diri sendiri owh macam ni rupanya bila ada wujudnya geng dalam kelas maka akan ada p.h.d maka akan wujudnya karekter batu api . Saya pulak kena study sket pasal psikologi…perah otak nak buat ayat kepada anak2  murid hihi..Salu ayat macam kakak2 lah kan…tambah ayat novel sket…sentuh kisah nabi sket …sentuh sket bab mak ayah budak terus nangis…Selesai jer kes saya ajak semua budak yang terlibat kumpul untuk masing meluahkan perasaan masing2, dan yang  penting mesti sentiasa bersangka baik .

1424494_705794759449830_2134086335_n

Bila ada budak laki yang suka memberontak ala2 gangster dalam kelas, saya pulak kena jadi kaunselor merangkap polis dari bukit tak aman mana…tangkap dulu budak ni bawak ke satu tempat yang sesuai untuk lepak2 sembang bagi dia cool…Dengar jap citer ganas2 daripada dia  selidik dulu masalah dalaman, dengar cerita pasal mak ayah dan keluarga..Owh..patot la dia jadi macam ni – monolog dalaman….maka saya perlu bersangka baik

sangka baik_thumb[15]

Bila ada budak lelaki india yang lembut2 ni merajuk2 dalam kelas cari pasal dengan kawan2, mula lah  saya rasa nak jerit jer ala2 tentera bagi dia keras sket kan..hah mana boleh dibiarkan gitu x baik untuk kesihatan dalaman budak tu nanti hihi .Tapi bila sembang2 dengan dia tanya pasal family barulah faham kenapa dia jadi macam tu. Tapi yang lawaknya boleh plak dia cakap cam  gini “ini semua karma cikgu, dulu bapak saya mengatal dengan pondan mak nyah..sebab tu dapat saya yang macam pondan nih”  hahaha… ok  stop gelak ..saya perlu bersangka baik

bersangka baik 5

 

Melalui pekerjaan ini lah saya mula mendidik diri sendiri , banyak yang saya belajar tentang manusia…banyak yang saya belajar melalui anak2 murid, mereka yang banyak mengajar saya tanpa mereka sedar… Makin bertambah kesedaran diri..makin  banyak rasa diri ini sebagai pendosa tiru ayat wardina  bila mengenangkan diri saya dari usia kanak2 sehingga sekarang. Baru setuju dengan nasihat2 yg dulu2 pernah saya dengar…. Manusia tidak akan berubah selagi kepala tidak terhantuk kat dinding sendiri …..Maka mari2    kita semua sentiasa bersangka baik terlebih dahulu sebelum yang bulat kite memang nampak bulat nya, bukan yang bulat kita nampak  pada hujung bulat rupanya ada sedikit bujur..hihihi

 

 

tapi jangan lah bersangka baik sampai tahap macam ni…

ff

 

 

 

#jombersangkabaik

siapa nak duit rm 3 ribu ringgit ??

Hai..

 

Mula- mula saya tak tahu kenapa hubby balik je kerja terus tanya saya ” sayang nak duit 3 ribu x?”  wo0o..melompat bini dengar hahaha..sape yang tak nak kan time2 ujung bulan ni..kalo tetibe hulur 50 hengget pon bini dah suka .. lepas la jugak tudung selai ^_^. Tapi sape jer yang nak bg duit pree2 3 ribu tue..terpikir2 jugak nih, nak kata   dapat duit tunggakan gaji tak logik sebab hari ni baru 22hb..gaji lagi 3 hari. nak kata dapat duit job tepi2  tak logik jugak sebab sekarang dia busy yang amat tak sempat nak buat keje tepi2 nih.

Pastu hubby suruh  pergi solat asar dulu nanti dia bagi, haish lambat la pulak..bini dah excited nih sambil otak duk berpikir2 lagi  mana laki aku dapt duit tetibe nak bagi 3k . Ok takpe saya kena tunjukkan yang saya bukan jenis materialistik!! terus bangun untuk solat asar…lepas jer solat sempat lagi berdoa moga2 3 ribu tu betul2 rezeki untuk saya..hihi

Selesai jer saya solat asar..ingatkan terus dia nak bagi..rupanya kena tunggu plak dia mandi n solat dl…hati dah gelisah ni..laki aku ni tadi beria tanya  nak duit tak..sekarang ni dia pulak yang lambat2 kan…wahai hati..bersabarlah..sesungguhnya orang-orang yang sabar itu akan beroleh kejayaan.ceewah …saya menanti dengan sabar di ruang tamu sambil tangan buat2 main henpon . Bila  selesai jer solat , hubby keluar daripada bilik dengan kopiah di kepala bajet2 buat muka tenang ala2 imam muda pulak saya nengok dia  heheh… Hubby tetibe hulurkan satu kertas nih

 

Scan0010

saya nak duit…tapi dapat borang T_T

ape  nih???  Hubby terus pegang tangan saya pastu cakap …kita bukan dari keluarga yang senang lenang…kita berjaya sikit harini pun atas sebab susah payah kita usaha dulu  waktu zaman belajar ..Jadi  kenapa sayang nak harapkan duit 3 ribu dengan senang2 jer akan sayang dapat? Abang sediakan borang ni untuk sayang usaha dulu …kemudian tawakal pada tuhan…kalo kena dengan cara dan usaha sayang..maka duit tu sayang punya, sambil abang tumpang sekaki ..hihi boleh pulak dia cakap macam tu kat hujung  ayat ..amboi teringin jugak  ..haha ..

Rupa nya hubby cuma nak bagi saya borang pertandingan FOTOGRAFI SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014, anjuran Majlis Bandara Raya Ipoh dan angkatan Senifoto negeri Perak (ASFON) .  Tema pertandingan nih adalah “UNIKNYA IPOH”.   Korang mesti nak tahu hadiahnyer kan?? rm3k dah tentu ..tp yang lain2 nye ape plak ..okeh ni antara hadiah-hadiahya:

PERTAMA : RM3000.00 DAN SIJIL PENYERTAAN 
KEDUA : RM2000.00 DAN SIJIL PENYERTAAN 
KETIGA : RM1000.00 DAN SIJIL PENYERTAAN 

DAN 15 HADIAH SAGUHATI SETIAP PESERTA AKAN MENERIMA RM200.00 DAN SIJIL PENYERTAAN.

menarik jugak kan?? ape yang perlu kita buat cuma hanya ambik jer gambar yang cantik2 sekitar ipoh.  kalo yang ada kamera canggih manggih DSLR tue boleh la join..jangan biarkan kamera anda berhabuk..hihi..untung2 menang 3k boleh tukar lens kamera baru ^_^ . Untuk lebih detail…korang boleh klik kat sini  http://pertandinganfotografi2014.blogspot.com/. Kalo nak yang lebih canggih lagi sape2 yang ada smart fon yang canggih manggih tu boleh lah scan jer kat sini

qrcode.21149322

Tarikh tutup 20hb mei 2014..sempat lagi kalo korang yang kat ipoh nak asah2 dulu skill ambik gambar ….dan untuk yang diluar ipoh boleh lah turun ipoh ramai2 untuk capture tempat2 menarik yang korang jumpa kat ipoh tu. Tak sabar nak jenjalan kat ipoh nanti….

Seronok dapat hadiah yang pree2 nie …walau pun freebies yang x mahai macam yang  ini.

Tapi  lagi lah tambah keriangan keseronokan  kalo dapat hadiah yang macam  ini 

so ape lagi jom la kome rebut duit  3 ribu ni  PREE2...hihi

224508_10151080748329195_1353178009_n

sonyum pon sampai kek telingo lebar ea..^_^

400191_10151129769109195_381422493_n

kucing pon tau peluk duit ketat2 ..hihi

Gajet surirumah – Slap Chop

Hai ,

 

kali ni nak cerita pasal gajet no 2 saya di rumah…Gajet2 ni sangat penting bagi orang yang dah kawen, lagi penting daripada power bank! hihihi…Saya sejak kawen ni semua benda kena siap sedia, daripada bawang yang dah siap2 kupas, baju yang dah siap gosok untuk seminggu, lauk yang dah siap potong..tinggal nak  defrost jer dalam microwave untuk  masak. Tapi ada 1 benda jer yang saya tak pernah siap sedia …LIPAT BAJU!! haha hak ni memang paling malas nak buat.( lepas ni nak cari gajet untuk lipat baju ^_^)

So ape gajet yang saya nak tunjuk kat korang nie? hehe…

152

ini slap chop namanyer

 

slap chop !!  Korang hanya perlukan 5 saat jer untuk memotong  segala jenis bawang/ epal/sayur/kacang/ timun dan macam-macam lagi lah…nak potong cheese pon boleh . Slap chop ni memang mudahkan kerja saya ..lagi2 bila time kena masak lauk dengan kuantiti yang banyak kan..aritu  hubby  tetibe nak masak ketam cili ..saya tukang sediakan bahan2 untuk dia  masak.  Kami mintak ler resepi dengan kawan dia, bawang putih yang nak pakai sampai 2 biji untuk 4 ekor ketam jer!! 2 bijik tau bukan 2 ulas..mak ai banyaknyer..dah la kena potong haluih2..nasib baik ada slap chop ni..5,6 kali cincang jer dah siap .Tapi resepi kawan hubby ni memang  sedap  n simple . nanti saya share dalam entry yang lain yer…

161

ni contoh masa mula2 try guna slap chop

155

contoh lain selain bawang

156

kekacang pon boleh ..hah senang nak buat biskut raya nih

Memang mudahkan kerja saya sebab benda ni boleh potong dengan pantas,  kecuali kalo korang jenis gemalai2 kan..memang lambat la sket nak siap..pastu bilah dia senang jer nak cuci dan paling penting tak bahaya ..tak kan ada lagi kes terpotong  jari sendiri ..hihi
Tapi ada yang lagi penting kenapa saya beli slap chop ni…sebab harga yang sangat murah …hanya RM20 sahaja…lagi best kalo beli dengan duit hubby heheh….kalo Korang nak beli,  boleh cari kat milkdeal gave away
Murah dan cepat ! 3 hari jer dah sampai …
#happy shopping

 

Gajet suri rumah

hai ..

 

Dulu time  zaman bujang , saya tak terfikir yang tugas-tugas surirumah ini sangat berat!!!  nampak sangat jenis x buat keja rumah kan… lagi2 kalau bab2 masak ni. Mak saya dulu suri rumah sepenuh masa, memang semua benda dia akan buat sendiri kami anak2 ni akan tolong bila disuruh jer hihihi. Tapi bila dah kawen ni hah ambik kau cakap padan muka kat diri sendiri hahah baru terkial2 nak belajar.

Okey citer pasal suri rumah ni  phew memang penat! non stop punya keje, ada jer benda yang nak kena buat dari bab mengemas, memasak, membasuh,dan melipat baju. Baju pulak salu seminggu 3 kali membasuh lipatnya sekali jer ahaha malas punya citer macam ni lah. Tapi ada satu benda yang paling saya tak suka bila membasuh baju ni bila kita dah basuh pastu tetibe banyak plak habuk2 halus yang melekat kat baju  yang macam ni

164

paling  tak suka bila tetibe hubby kata nak pakai baju  lain dari koleksi baju yang dah iron ..bila time nak iron baru perasan masa dah lambat ..rasa nak nangis pon ada ..mana nak buang dulu lint nih, nak iron lagi  owh bercinta lah saya dengan baju nie nampaknye. kalo dulu zaman belajar saya guna sellotape jer nak buang lint ni..haha jimat + itu jer benda yang paling senang nak capai. Tapi sekarang ni bila kuantiti baju dah bertambah memang x kan saya mampu lagi nak melekat sellotape siket2 kat baju tu kan…Saya pernah lah jumpa   Lint roller  yang macam ni

bastis-lint-roller__66902_PE180389_S4

ini lint roller

 

Lint roller adalah sejenis roller yang berpelekat seperti sticker. Roll saja pada baju yang berhabuk. Jika pelekat sudah hitam, tarik kepingan itu dan buang.. Tapi saya nak kongsikan ada satu lagi gajet yang sesuai untuk mengatasi habuk pada baju nih dan  saya rasa lagi cepat dari lint roller ni
168
haha Lint remover dari DAISO , rm 5 hengget jer!!!! murah kan + gerenti cepat sedut habuk tu..ala2 macam vacuum jugak lah ..
167

cara nak guna lint remover

165

yang macam berlubang2 tu tempat sedut habuk

166

yang dalam kantung pink tu lah tempat simpan habuk2

Kenapa cepat sedut habuk? sebab benda ni kena pakai bateri…tangan pon x lah lenguh2 kalo setakat 5 helai baju…hihi sambil tengok tv pon boleh. So apa lagi cepat2 pergi daiso kat cawangan Aeon yang terpilih. Boleh check outlet  kat sini http://www.aeonretail.com.my/daiso/
#happy reading

 

selepas kahwin…

Hai..

Harini nak citer pasal kenduri kahwin, kalau pasal kos keseluruhan majlis tak payah cakap lah .. tak terkira walau pun saya punya majlis bukan taraf artis! . Rasa macam tak sanggup nak ingat balik bila duit simpanan yang tak seberapa banyak mana pon mengalir macam air untuk majlis kahwin aritu  T_T.

Tapi bila dah selesai semua kenduri ..pernah tak korang terpikir apa je benda paling best yang tinggal untuk kita kenang? setelah habis beribu riban kos yang mengalir macam tu jer seperti kad kahwin ( dah tentu orang buang) , goodies ( dah tentu akan habis) pelamin yang cantik ( hanya dapat lihat untuk 2 hari jer ), baju pengantin yang cun melecun ( 1 hari  boleh pakai je pon ), hand bouquet yang super duper lawa ( kalo yang sewa 1 hari jer boleh pegang, kalo yang guna fresh flower pon paling tidak 3 hari jer tahan itu pon x ada nyer kita akan pegang sentiasa kan ), dan lain2 lagi ..tak termasuk lagi dengan  candy buffet. Haha ini semua atas pilihan masing2, bukan nak merungut..nak senaraikan jer hihi..

okey , tu semua senarai yang saya baru fikir2 kan setelah setahun kahwin..haha tetibe terkenangkan majlis tahun lepas^_^. Jadi ape je yang tinggal untuk pengantin untuk dikenang2? satu nyer dah tentu gambar kahwin lah kan, lagi lah kalo yang dapat gambar daripada profesional punya photographer.. gambar kahwin meletup2 lawa hihi..( ini sangat penting, pastikan anda semua dapatkan portfolio photographer tu dulu sebelum booking untuk majlis kahwin  korang.Takut nanti dia citer pum pang pum pang kat kita, tp end up nyer gambor tak cantik bila di edit) pernah jadi kat kawan saya dulu kesian dia, bayar dah la mahal paling tidak pon 1.5k ke atas kan…1’st moment kita tak akan sama dengan 2nd moment dah.Harap korang beringat wahai bakal2 pengantin…

ke 2 dah tentu lah hadiah kahwin  kan..walau pun tak ada lah mengharapkan sangat hadiah daripada kawan2 mahu pun sedara mara…cukup lah doa yang tulus ikhlas kepada saya dan pasangan..cewah ..hihi padahal dalam kepala time tu dah pikir macam2 nak..kan best kalo dapat peti sejuk ker, tv lcd ker, mesin basuh la paling tidak pun hehe verangan jer saya.

ke 3 ni lah yang saya nak tunjuk dekat korang…hah yang paling best adalah signature tree art !! ape ko bondo tue? ala sekarang ni kan dah jadi trend guest book lah..macam2 pesen dah ada, ala2 buku biodata zaman sekolah rendah dulu.. kita tulis2 ayat2 ucapan then bila dah bertahun berlalu, bila baca balik muka boleh  tersenyum sorang2 kan2..

a100406_win04_guestbook_xl

haa pastu susun macam ni atas meja ..so guest pon boleh la bagi wish yang best2 utk pengantin..ada yang siap bagi tips untuk bunting pelamin pon ada. hehe..kalo nak yang cantik sket buat macam ni plak

izwan

cantik kan ..kreatip! macam2 dah ada sekarang, rajin2 lah berkawan dengan makcik google untuk dapat kan idea.Tapi saya lagi suka  yang tiap2 hari kita boleh tengok..dah kalo namanya buku , album gambar, kita kena ambik masa untuk belek2 kan..siap kena fuh fuh fuh lagi buang habuk dulu.. hah saya suka yang boleh lekat kat dinding ala2 frame gambar gitu…..macam ni

download

korang mesti dah biasa tengok kan….kahwin tahun lepas ada kawan bagi hadiah signature tree art ni ..terima kasih sangat2 kat kawan  tu..saya sangat menghargai! kenduri kahwin belah suami  adik ipar pulak yang hadiahkan…haha tambah keriangan pengantin! saya gantung kat dinding..sebelum ni ruang dinding umah kosong jerk..macam ni

IMG_5251

tapi   dengan adanya tree art ni ruang dinding yang sunyi sepi kekosongan tu terisi…. macam ni

IMG_5616hah bagi effect cahaya sket…haha cukup la lampu study aje yang saya ada untuk bagi effect ala2 galeri gitu..haha..

IMG_5599

IMG_5614

Tiap2 hari saya boleh tengok ucapan tetamu  yang hadir ke majlis kahwin paling bermakna buat saya…tiap2 hari saya sentiasa mengingati kamu2 sayang2ku ^_^

#Happy reading