Cara nak jaga Tuah

Hai,

 

 

14823_10201235515038735_1090933063_n

tomey nyerrrrrrrrrr

suka la tu orang belai2 dia

sampai terkejip-kejip mata

syok sangat2 ler tu…hahaha

Korang jangan tak tahu ni kucing bangsawan tau

asalnya dari Melaka

nama nya Tuah

Hang nya tertinggal kat kedah heheheh

Setiap kali balik KL mesti jumpa tuah

kucing ni manja sangat dengan orang

sebab tu jadi kesayangan semua

 

1236761_10200489681553364_589859896_n

Tengok tu aksi Tuah

memanjang nak dibelai2

Kalau bab makan alhamdulillah tak memilih sangat Tuah ni..

dia makan ini jer ^_^

10154452_10201719075407442_4324111062239410659_n

sebab tu gemok gedempol n gebu hihi

mama tak nak ajar dia makan makanan sisa2 tulang  takut nanti diapergi  kacau rumah orang ker

tong sampah orang ker… macam tu lah

bagus strategi mama saya ni ^_^

Bila tuah agak bau2 sket diaorang akan mandikan dengan air dan

kadang2 kalau nak cepat,  sembur kan jer spray anti bakteria

tapi ni yang kucing punya tau , bukan racun untuk pokok2 yer….

nanomed-aerosol-cat

Fido anti bacteria aerosol spray for cats 

ape yang best pasal produk ni dapat elak kan bakteria melekat kat tuah

biasalah kucing kan tak duduk diam…merayau jer keje

balik umah, kita ambik dan belai2 jer dia  terlupa pulak dia bawak balik bakteria sekali mihmih…

so demi kesihatan Tuah ni adik2 ipar belikan Fido anti bacteria aerosol spray for cats

senang jer spray jer dia hihi20140525_202728

tengok tu rilex jer dia bila kena spray

tak pedihkan mata jugak kot produk ni mihmih…

yang paling best Fido anti bacteria aerosol spray  ni adalah

20140525_202935

 

boleh prevent H1N1 !!!!!

virus tu memang bahaya…boleh menyebabkan maut

produk ni memang sangat bagus la pada saya

macam-macam fungsi yang ada  seperti mempercepatkan kadar penyembuhan luka pada kucing

penting tuh dan menggunakan nanomed teknologi yang g boleh mencegah 99% kuman dan bakteria/kulat.

Kalau tak percaya boleh tengok kat SINI

kalau nak beli produk kucing murah-murah ada kat SINI

Kalau nak tengok produk FIDO yang lain boleh tengok kat SINI 

hehe  semua dah kalau2 la pulak…nak tunjuk kan banyak betul pilihan yang ada untuk kita pilih

demi kesihatan kucing-kucing kita ^_^

 

 

#tuahtersayang

 

 

 

 

Nasi kukus Utara

Hai,

perjalanan jauh betul harini

Daripada seri iskandar —->manjung —-> teluk intan —-> damansara —-> cheras

ada jer tempat nak merayau-rayau kan…

seronok jugak dengan kereta yang tak banyak atas jalan

tapi bila dah masuk KL tu paham2 la…

jem toksah citer, hari jumaat lagi melampau lampau jem nye

Kami ni jarang sampai KL siang2

salu nya malam baru sampai

tapi kali ni hubby nak gerak pagi

saya dah seronok sangat, dalam kepala dan plan macam2 nih hihi

Satu benda yang dah ada dalam kepala saya ni  adalah nak pergi makan nasi kukus utara!!!!

gerai ni terletak di damansara damai

 

20140530_125330

gerai tepi jalan jer..tapi masyuk !!

selalunya macam ni lah

kedai ni tak pernah putus dengan orang

sekali beli bukan sebungkus dua

3 bungkus dan ke atas wajib

ayam goreng dia ada 2 pilihan jer kepak atau peha

hubby kata ayam yang dibelah 4 bahagian …hah besar kan?

Memang sedap sangat2

makan dengan ayam goreng rempah +kuah lemak kuning + Acar/ jelatah + sambal cili + timun

pergh!!!

20140530_125541

nilah kakak2 tangan besi

non stop duk pegang bekas nasi kukus panas2 tu..

kot kalo saya lah tiap-tiap hari macam ni

confirm tapak tangan dah mengeras

jenuh malam2 duk sapu lotion ler…hehehe

Saya mula makan nasi kukus utara kat sini since 2009 lagi

time tu hubby kerja kat area damansara damai

So kalau jer nak jumpa saya time tengah hari tue

wajib tapaukan nasi ni untuk saya hahah

membuli demi membuktikan kasih sayang orang kata ^_^

tapi time tu makan nasi banyak pon tak gemok2 jugak..sekarang ni jer…T_T

20140530_125752

 

Nasi yang dia bagi 2 mangkuk kecik nih

kira standard la dengan kedai nasi kukus yang lain

20140530_125644

hubby gigih tunggu lama sket sebab nak tunggu peha ayam masak hihi

dah lama dia tak dapat makan nasi kukus ni sejak bekerja kat Perak

dapat sekali sekala pon jadi lah…

20140530_125336

okeh ni senarai harga nasi kukus utara ni

harga kira murah jugak la kan

berbaloi dengan kesedapan rasa

laksam tu pon murah…

kat kantin sekolah semangkuk dah rm4.50  🙁

Nasi Kukus utara ni jugak ada bukak cawangan lain dekat depan penjara sungai buluh

saya tak pernah la lagi pergi sana , tapi next time boleh cuba

jenis yang suka menerai ni kan macam ni lah…hahah

Sape2 yang tinggal area damansara boleh la cuba nasi kukus utara ni yer…

tadaaaa….

 

#NasiKukusUtara

Baju Sedondon

Hai,

Raya dah tak lama lagi

Kedai2 dah start promosi baju raya

Kalau jakel, mydin dan Gene Martino tu dah mula pamer baju family

yang sedondon…

bak kata Gene martino

1959817_544850672278820_1584711843_n

http://genemartino.com.my/keluarga-sedondon-keluarga-bahagia/

kiki …..terserlah kebahagian

Daripada mak, ayah, abang, kakak semua…

image2111

http://genemartino.com.my

Lawanya….manis macam gula gitu hehe

Dulu zaman belajar selalu berangan nak beraya macam tu

Nampak ala2 family bahagia kan?  kikiki.

Sejak kahwin ni pergi mana2  majlis kalau boleh nak sedondon aje dengan hubby

Tapi kita lah yang nak kena plan sume bagai kan

Orang lelaki ni mana nak kisah sangat

Pergi keje baju tak bergosok pon tak ape

Haish buat malu bini jer 🙁

Bersedondon ni bukan ape…menunjukkan

Kemuafakatan gitu…

2

harimau malaya 2012

sedondon waktu keluar bershopping b4 kahwin.

Baju harimau malaya ni sebab nak support member meniaga t.shirt ni..huhu

Bila dah kahwin haruslah sedondon lagi kan…

kang nampak pelik bila sorang baju merah, sorang lagi baju putih

tak pasal2 orang ingat ada 2 pasangan yang kahwin…(>’.'<)

1

putih pilihan kami untuk acara akad nikah

putih ni nampak suci gitu..

ada yang pilih warna selain putih untuk acara akad nikah

alasannya  lepas ni boleh pakai untuk raya

terpulang pada pilihan masing-masing

semuanya akan nampak cantik bila waktu kahwin

al maklum lah hati sedang berbunga-bunga kan…hihi 😉

5

pink untuk ke kenduri kahwin

awal-awal kahwin ni macam ni lah

nak ke kenduri standard la kalau boleh nak se tema

nak keluar lepak pon sama haha

3

sedondon bila keluar lepak ^_^

Selalunya t.shirt yang sama ni tak pernah kami pergi cari kat kedai

semuanya hubby beli  untuk program budak final year dia

dan tak pernah lupa belikan untuk isteri satu  ^_^

memang tiap-tiap tahun saya akan dapat t.shirt free satu…hihi.

 Tahun lepas saya bersedondon sakan dengan family in law saya

7

baju raya pilihan mama ^_^

kami ni dah macam  rupa kumpulan nasyid dah

baju petak-petak ni dah jadi trend sekarang

pandai mak mertua saya pilih

bila pakai kat sekolah ramai yang puji hihi

kembang idung sat! hahah

so ape pilihan baju raya korang tahun ni?

sedondon kah?

#bajusedondon

Mesin OMR – Gajet untuk cikgu

Hai,

Kerja saya kat tempat baru semakin mudah sekarang

Sejak jumpa mesin tanda paper OMR ni

Atau nama sebenarnya

Mesin pembaca tanda optik

Haha kalau dalam bahasa melayu mesti ramai yang tak tahu kan..

tapi kalau dalam bahasa inggeris  nya Optical mark reader  ( OMR )

Heheh sap2 jer keje boleh siap!

Tarak hal lah kalau ada yang nak mintak tolong

tandakan paper objektif ni

Tak sampai 15 minit boleh siap untuk semua tingkatan.

Kebanyakkan sekolah dah ada mesin OMR  ni kot…

Cuma saya jer baru 1st time nak belajar guna hehe

20140520_090159

Mula2 nak guna terkial- kial jugak

Dah la masuk bilik peperiksaan time tak ada orang

Tapi nasib baik S/u peperiksaan ni bagus

dah letak siap- siap  instruction untuk guna mesin ni

Haha sangat memahami orang jakun macam saya nih ^_^

2014-05-24 12.22.42

Hah mudahkan?

Yang lagi best siap buatkan analisis soalan lagi

hahah Sangat best 2014-05-24 12.33.39

Tengok tu kita dah boleh tahu purata pelajar yang jawab dengan betul bagi setiap soalan

Contohnya soalan 1 berapa orang yang jawab betul, berapa yang jawab salah

Kalau nak tahu lebih detail pasal mesin ni boleh tengok SINI

So senang lah nak buat analisis item untuk soalan ^_^

Kalau ada mana2 S/U peperiksaan yang baca blog ni

Teringin nak oder…meh2 contact no ni

Sama2 kita mudahkan cikgu2 kita semua yer

20140520_090159-1

ada juga yang boleh buat loan…heheh

tengok SINI

#gajetbest

Happy anniversary Kak Mas & Nizam

Hai

Bukak facebook pagi tadi terbaca satu status ni

18.5.2008 – 18.5.2014… 6tahun sudah….kubersyukur adanya kamu menemani hari2ku…semoga Allah merahmati kita selalu…

sweetnya kak mas ^_^

Ulang tahun ke 6 perkahwinan beliau, alhamdulillah….

Saya dan suami mendoakan kak mas dan nizam sentiasa dalam rahmatNYA

dipanjangkan lagi usia perkahwinan dan dimurahkan rezeki…

nah hadiah utk kak Mas 😉

anniversary kak mas & nizam

Doa untuk kalian hari ini ^_^

DOA ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

copy & paste di SINI

images

http://www.cardsbysandrarose.com/

 

#happyanniversarykakMas&Nizam

NASI BERIANI GAM MUAR di Seri Iskandar !!!

Hai ,

 

Sejak dah dapat pindah ke perak ni, berat badan makin mendadak naik la pulak

Selera makin menjadi2, lagi lah bila dapat hubby yang suka makan nih..hihi

paling tak tahan suka nak menerai sumer kan….

Seri Iskandar ni pulak adalah bandar yang tengah nak naik dengan pesat

segala macam2 jenis kedai baru yang naik

kalau  kedai mamak tu saya rasa  dah lebih daripada 10 buah kot yang  ada kat sini

tinggal poket kena penuh jelah kan…haha

poket tak penuh, alamatnya nengok je ler yer…

hari ni pusing2 bandar Seri iskandar ni terjumpa pulak nih

nasi beriani gam muar!!!!

2

 

uish bab makan ni saya dan hubby memang tak boleh kalau tak cuba

pantang jumpa kedai makan baru kat sini

dah jadi macam bersalah pulak kalau tak masuk dan rasa hahaha…

bagus tak kami?

Macam-macam pilihan menu asli  Johor ada, daripada pelbagai jenis briyani, soto, mee rebus pon ada

tak payah susah2 nak turun Johor untuk rasa nasi briyani gam yang kaw2

sini pon dah cukup lengkap rasanya.

3

 

ni paling penting lah, kedai yang bersih menjadi keutamaan kami ^_^

 

4

 

Nasi briyani gam kambing yang kami rasa ni memang terbaik !

nasi dia yang lembut, daging kambing pon tak liat

sangat memuaskan hati

korang yang sekitar Seri iskandar ni wajib rasa tau sebab memang berbaloi

harga pon ok jugak

briyani gam kambing RM 10 , briyani gam daging dan ayam cuma RM 8

yang bawak anak kecik tu boleh share jer nasi sebab memang banyak sangat.

Saya sebenarnya nak rasa nasi briyani gam ayam, tapi sebab kami sampai pon dan lewat

yang tinggal cuma kambing dan daging je 🙁

Takpe, next time saya wajib pergi lagi nak menerai menu lain pulak.

Waktu operasi restoran nasi briyani gam muar ni adalah

dari jam 7.00 pagi – 10 malam 

Amacam nak menerai macam kami x?

kalau ada rasa2  tu boleh ikut peta nih

5

 

nak buat tempahan untuk sebarang jenis majlis  pon boleh

korang contact jer sama ada abg Din atau abg Najib, peramah orangnya….

no tepon dah ada kat atas tu okey….

Selamat menerai semua 🙂

 

#nasisedap!

 

 

Sambutan Hari Guru 2014

Hai,

 

Untitled

Majlis sambutan hari guru pagi  tadi alhamdulillah berjalan dengan lancar  dan meriah.

Kami diarak dengan kumpulan kompang sekolah dah macam kenduri kahwin rasanya…hehe

Cikgu Fatina cakap, ni kali ke 2 dia diarak dengan kompang selepas 18 tahun lepas…

hoho bagus budak-budak nih membangkitkan memori terindah buat cikgu-cikgu…

IMG-20140517-WA0004

 

Ramai yang  tonjolkan bakat terpendam hari ni..

kagum dengan semangat diaorang nak hiburkan pelajar

memang sangat2 happening td ^_^

dengan band sekolah yang awesome!

20140516_100609

seksafon : when i was ur man

tak sabar nak sambut lagi untuk tahun depan hihi.

Yang paling best sambutan hari guru tahun ni adalah saya dapat sambut bersama classmate zaman sekolah menengah dulu huhu bersama dengan cikgu Asmat ^_^

20140516_113637

 

sangat buat saya teringatkan sekolah lama, SMK Sultan Yahya Petra..

Cikgu ni classmate waktu tingkatan 4 dulu

paling saya tak sangka semua memori kami dulu waktu kat sekolah dia ingat

saya pulak termalu sendiri bila dia boleh sebut nama adik beradik saya  ≧◠◡◠≦✌

Banyak dah yang saya lupa rupanya

Umur pon dah nak masuk 30 an kan…

Ni plak  kawan-kawan baru  tahun ni ^_^

rakan2 s.y.s

 Siap ada anugerah guru paling menarik lagi sempena hari guru…

Cikgu disiplin yang menang anugerah cikgu paling menarik nie, siap ada sash lagi hehe

IMG-20140516-WA0018

bergaya tak dengan spek mata hitam  tue….

 

Terima kasih dan tahniah buat AJK Kelab Guru S.Y.S 

jasa mu kami kenang, orang kuat majlis ni cikgu fatina 

tak duduk diam aritu, kehulu ke hilir dia bila jadi tuan rumah ni…hehe

ape pun semuanya OK !

 yang penting semua orang happy cukup la tu

Selamat hari guru buat semua pendidik di Malaysia,

terutamanya buat semua guru- guru  saya

jasamu akan dikenag sampai bila-bila…

 

#gurupencetuskretaivitipenjanainovasi

 

Resepi ikan dori masak lemon

Hai,

Kali ni saya nak cuba masak resepi ikan dori masak lemon.

Ikan dori ni tak  dijual segar kat pasaraya, kat pasar pagi pon tak ada

yang ada pon dijual secara fillet ikan.

Murah jer…4 keping fillet dori ni kat tesco baru rm 5.66 ajer…

Ikan ni dibekukan dengan ais untuk mengekalkan kesegaran isi ikan

 

 

lithJohnDory

 

Kalau tengok rupa memang tak berapa nak lalu makan kan?

Hah tapi bila dah dalam bentuk fillet, sekeping pun tak cukup!

rasa dia yang manis2 tu memang sedap.

Saya kongsikan maklumat tentang ikan ni sket

Nama asli ikan dory ialah John Dory fish, ikan ini banyak terdapat di laut Mediteranian dan Atlantik. Dagingnya yang putih dan halus dan juga dikatakan mempunyai kandunangan omega 3, sodium,zat besi, magnesium,taurin,selenium,flourida, DHA dan EPA.

Bagi yang ada tekanan darah tinggi, kandungan DHA dan EPAdalam ikan dapat menurunkan tekanan darah.

Ikan  ini juga dikatakan ada mengandungi kandungan protein, vitamin, mineral dan asid lemak 3 yang mempunyai kesan baik untuk meningkatkan kecerdasan anak.

Hah banyakkan khasiat ikan ini, so tak payah nak ingatkan rupanya yang agak ganas tu 

sebab ikan ni sangat sedap!

kalo korang biasa makan fish n chip, ini lah ikan nya…

tapi dalam bentuk macam nih

 

20140512_170252

fillet ikan dori yang telah diperap bersama black paper

 

20140512_173645

bawang putih, bawang besar, cili merah dan capsicum

 

Bahan untuk filet ikan 
1) Filet ikan dori (2 keping)
2) Tepung jagung 
3) Air 
4) Minyak – untuk menggoreng (secukupnya)
5) Garam (1 sudu besar)


Bahan untuk Sos Lemon 
1) Lemon – diambil jusnya (1 biji)
2) Parutan kulit lemon (1/2 sudu kecil)
3) Bawang putih – dicincang (1 ulas)
4) Mentega (2 sudu besar)
6) kiub ayam & lada hitam
7)  bawang besar, cili merah dan capsicum

 

Cara -cara

  1. Goreng dulu fillet ikan dori sehingga garing.
  2. Panaskan minyak. goreng bawang putih, bawang besar, cili merah dan capsicum sehingga wangi.
  3. Masukkan air, jus perahan lemon, kulit lemon dan kiub ayam . kacau sehingga rata.
  4. Kemudian masukkan lada hitam. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan mentega dan kacau sehingga mentega larut dan kuah menjadi pekat.
  6. Curahkan kuah ke atas fillet ikan yang telah di goreng
Tada….sedia untuk dihidang
20140511_201533

yummy2 ^_^

 

 

Peraduan Terima kasih cikgu!

Hai,

 

Lagi 3 hari jer lagi untuk sambutan hari guru…..

ini kali ke empat untuk saya sambut atau disambut hari guru  hihi

stesen Tv pon dan start iklankan pasal hari guru nih

Pada saya perasaan sambutan hari guru tu masih tak sehebat dengan perasaan bila waktu  :

  • result SPM keluar, ramai yang dapat A   ^_^
  • student kol bagi tahu cikgu saya dapat sambung belajar  ^_^
  • student kol cakap cikgu terima kasih ajar saya sebab saya dapat gunakan ilmu cikgu dulu dengan kerja saya sekarang   ^_^
  • time student yang paling nakal dalam kelas dulu  tetibe mesej dekat facebook cakap mintak maaf sebab dulu nakal sangat2 dalam kelas dan sekarang saya sambung jugak belajar dalam bidang macam cikgu walau pun saya tak dapat A dulu   ^_^

 

Semua tu sudah cukup untuk saya rasa berbangga dengan kerjaya saya…

tak perlu hadiah yang banyak

tak perlu ucapan terima kasih tanpa henti pada setiap kali 16 mei…

cukuplah anda semua berjaya dalam hidup masing-masing…

itu hadiah yang paling bermakna buat cikgu…

itu lah hari guru sebenar buat saya…

Tetibe rasa syahdu la  pulak huhuhu.

Okeh ini ada berita baik kepada semua yang masih bergelar pelajar.

Sempena dengan tema  sambutan hari guru 2014  iaitu GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI

kami guru malaysia ada hadiah nak bagi kat korang ^_^

jeng jeng….

hari guru

http://www.utusan.com.my/

Peraduan terima kasih cikgu !

Cara penyertaan senang sangat-sangat!!!!

Korang cuma perlu :

  • ambik gambar cantik-cantik dengan cikgu korang
  • upload ke facebook , twitter, atau instagram
  • Karang ayat yang kretif sket tak lebih 20 patah perkataan
  • Letakkan #hastag  #umterimakasihcikgu
  • Gambar korang akan terpapar dekat laman utusan online ( http://bit.ly/terimaksihcikgu)

Paling penting tarikh tutup penyertaan ialah pada jam 12 tengah malam pada 16 mei 2014!!!

hah ada masa lagi ni …

hadiah dia not bad jugak lah kan..

dapat la jugak ipad mini  dan ipod shuffle pree2 nih..mihmih ^_^

Kalau nak lebih detail boleh klik kat SINI

ni kira hadiah cikgu2 untuk korang lah ni terutamanya cikgu BM dengan cikgu Seni lah kan…hahaha

 

Selamat mencuba anak-anak murid semua !!!!

hariguru5

http://www.utusan.com.my/

 

Kalau nak tengok murid malaysia yang dah sedia upload, klik SINI 

 

 #sayasukajadicikgu

 

 

 

 

 

 

 

GURU  PENCETUS  KREATIVITI  PENJANA  INOVASI

kek kahwin sedap di kota bharu

Hai

 

Kali ni nak review  pasal kek kahwin saya tahun lepas..huhu

kenapa nak review? sebab saya sangat berpuas hati dengan kek tu

Antara sebab yang saya seronok sangat nih:

  • makcik sponsor
  • sangat cantik
  • sangat sedap

Jarang saya jumpa kek kahwin yang cantik dan sedap. Selalunya yang jumpa memang sangat cantik, tapi tak sedap sangat ( ikut tekak saya la kan) ..

Dulu berangan nak fondant cake …nampak cantik sangat kek jenis tu dalam gambar. Tapi bila survey harga mak ai memang mahal, itu baru setingkat bayangkan kalo nak yang bertingkat2 alamatnyer memang tak ada yang sanggup nak sponsor lah kan…

okey ni kek kawen saya ^_^

001-DSC_0346

ngam-ngam jer dengan saiz meja

 

amacam cantik x?  hehe…

nampak macam fondant cake kan? tapi sebenarnya pakai butter cream jer….

Tahun lepas memang susah hati nak survey tempat nak tempah kek ni.

Duk survey dekat 4 bulan jugak, payah la sket saya kat negeri sembilan..kek pulak kena tempah dekat kota bharu

So internet je lah sumber yang ada untuk cari…

Nasib baik tergerak hati nak tanya sedara mara….sebab tu orang kata jangan jadi bodoh sombangkan hihi

Saya saja2 wassup makcik kat K.B, dia ada suggest untuk tempah kek kahwin dengan kakak suhaila ni..

Katanya sedap, office mate dia pernah tempah untuk sambutan raya kat office.

Saya belek-belek la kek yang kakak suhaila  buat dekat facebook   dia.. memang cantik2 kek kahwin  nyer..

confirm dalam gambar kawen nanti mesti cantik macam nie

 

003-DSC_0348

 

 

so siapa-siapa yang nak kawen  kat kota bharu dan kawasan sekitarnya tu , korang dah tak payah nak susah hati macam saya dulu…

tempah jer  kek  dengan kakak suhaila. Boleh tengok koleksi kek kahwin yang lain  dekat facebook dia

orang nyer ramah dan baik hati..

yang paling penting hasil kerja kak suhaila ni sangat sedap dan cantik!!!

Lupa pulak nak bagi tahu harga, kek kahwin  3 tingkat yang cantik dan sedap ni cuma berharga RM270 sahaja…

murah kan?? memang berbaloi dengan rasa yang sangat sedap nih^_^

 

lagi koleksi dari facebook kak suhaila ni

21765_543144562374349_338195684_n

 

317006_526579100697562_1089783381_n

 

74834_169750299713779_8360680_n

 

 

 

 

#keksedapdancantik