FREE COOKING CLASSES

Hai,

Jelesnya dengan orang2 kat klang valley sana

sebab macam2  aktiviti best kat sana…

percuma pulak tu, sob..sob saya tak dapat join…jauh sangat  T_T

ada FREE COOKING CLASSES la korang dekat KL

belajar memasak  rasberry almond tart!!!

dap nyer rasberry almond tart …nyum2…

haha pada sapa2 yang berminat nak belajar memasak Rasberry Almond Tart

secara PERCUMA, boleh lah datang ke Pantry @Jaya Grocer, Empire  Subang

pada 28 JUN 2014, JAM 1.00 PM &  3.00PM

Jaya Grocer, Empire  Subang ,
Jalan SS16/1, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
03-5635 9858

tapi first-come, first-served lah yer…benda free kan macam ni lah

so korang kena pastikan tengah hari tu dah terpacak kat sana hahah

Untitledada lagi good news untuk korang…

bagi yang tak dapat join kelas memasak pada 28 june 2014…

korang boleh pergi pada esoknya 29 jun 2014 sebab ada kelas untuk resepi lain pulak

haha yang ni pon best jugak Banana Custad Pie

tapi yang ni dekat Jaya Grocer The  intermark pulak , okeh ni detail tempat tu

Jaya Grocer The  intermark ,
348 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
03-2161 1323

Session #1 – 1:00 pm – 1:45 pm
Session #2 – 3:00 pm – 3:45 pm

10403712_746785442030844_485285851412720056_n

 

jangan lepaskan peluang yang best macam ni

kalau saya kat sana confirm pergi

tempat belajar pon selesa

Jaya_Week of Taste-002

Cooking Studio, Jaya Grocer the Intermark

yang lagi best  lepas jer belajar…terus boleh beli barang2 dekat  Jaya Grocer..

saya suka shopping dekat sana sebab macam2 barang import yang ada kat sana

so senang nak memasak, ikan pon fresh…

mostly yang datang sini ramainya  foreigner la sebab nak dapatkan bahan masakan

dari negara diorang …

Kalau kat pasaraya biasa macam giant, tesco memang payah jugak nak jumpa

sebab banyak daripada local jer..

Kadang2 nak jugak memasak resepi pelik2 sket kan…

jaya Grocer lah tempat nya kalau nak cari bahan masakan

Harga pon saya tengok lebih kurang jer dengan Tesco …

kecuali untuk bahan import….bab halal jangan risau ada banyak jugak yang halal

haritu pergi memang saya duk belek2 cari logo halal jer…hihi

Yelah kena juga beringat kan…

Kalau ada yg pergi cooking class sabtu ahad ni, share la sekali resepi kat saya yer..

gambar tu penting hehe..

Bagi yang sentiasa nak tahu kelas memasak yang akan datang

korang boleh LIKE  facebook Jaya Grocer

Kat sana macam2 maklumat boleh dapat…

korang pon boleh berhubung terus dekat admin  facebook Jaya Grocer

contohnya nak tanya dulu ada tak bahan2 makanan import yang korang nak cari kat sana..

Kalau tak ada tak payah pergi…hahha best kan?

jimat masa dan duit heheh

 

 

 

 

Petua hilangkan racun dalam sayuran

Hai,

Borak panjang saya hari tu dengan ayah mertua

Tup2 keluar pasal racun dalam sayuran

Sekarang ni kan ada macam2 produk untuk pastikan

Sayur tumbuh subur…

Tak ada dah orang nak guna baja organik dah

Selain mahal dan leceh la kan…

Mana dah ada kilang sayur yang nak kutip tahi lembu

Untuk jadikan baja hihi

Tapi mama masih guna baja organik

Sisa perut ikan dan air basuhan beras

Memang subur betol tanaman labu dia

20140603_105603

So kita sebagai pengguna terpaksa lah ambik tindakan

Yang bijak kan…

Mencegah dari awal kan lebih bagus

Hah ni nak kongsi petua dari ayah mertua saya

Sayuran yang dibeli kat pasar tu rendam dulu dengan

Larutan air garam …

Biarkan selama 10 minit

kemudian baru bilas dengan air .

Atau pun boleh juga dengan memasukkan

Hirisan halia ke dalam masakan sayur tu

Kalau halia tersebut berubah warna kepada warna hitam

Hah…tu bermaksud ada racun dalam sayuran tu ler…

 

 

 

 

Rumah mampu milik di Seri Iskandar

Hai,

Alhamdulillah mak dan abah selamat sampai ke rumah saya minggu lepas…

Yeay!!!!! dapat manja2 kejap pon jadilah kan…

nak balik jumpa selalu tak boleh atas sebab komitmen kerja

Tapi ingatan tetap sentiasa ada untuk mereka.  Mak abah  adalah segalanya untuk saya..

Jasa dan  pengorbanan mereka membesarkan kami adik beradik  tak akan saya lupakan

harap mak abah dah cukup berbangga dengan kejayaan  kami yang tak seberapa ini

Paling penting sekarang adalah dapat menggembirakan mereka

ini yang selalu kami adik beradik cuba lakukan

 Kegembiraan mak abah adalah bila anak2 berjaya

Kegembiraan anak2 pula apabila mak abah boleh tersenyum dengan bangga

IMG_0993

abaikan saya yang dah dah rupa cam bibik tue

Cuti sekolah kali ni mak abah turun bercuti dekat puncak alam

bercuti di rumah adik, excited sangat diorang nak tengok rumah baru adik saya

Mak abah selalu nasihatkan kami cuba untuk membeli rumah sewaktu masih muda

supaya tak jadi macam diorang, bila dah nak pencen baru nak beli rumah

itupun sebab dulu kami tinggal di kuaters,

so tak ada keadaan mendesak untuk memiliki rumah sendiri

bebas daripada komitmen sewa bulanan rumah, anak2 pon semua bersekolah

tiap2 tahun ada jer yang ambik peperiksaan besar..hihi berderet2 adik beradik saya ni

ok bercerita tentang memiliki rumah sendiri sendiri ni

saya pernah mengikuti kursus pelaburan hartanah

Kepentingan dan faedah memiliki rumah sendiri sebagai aset pelaburan

Dalam keadaan sekarang ini di mana harga rumah melambung tinggi

agak sukar bagi golongan pertengahan seperti saya ini untuk memilik rumah sendiri

Tetapi bak kata pepatah nak seribu daya, tak nak seribu dalih

golongan muda mudi sekarang perlu mempunyai keazaman yang tinggi

  untuk memilik rumah sendiri ada cara rupanya…

langkah pertama untuk adik2 yang baru bekerja adalah berjimat!!

Berjimat cermat berkaitan  kereta yang hebat2,pakaian yang nak ikut perkembangan fesyen semasa,

 bercuti2 di tempat yang memerlukan kos yang tinggi

macam2 lagi lah.Bukan bermakna sampai ke tua pon kita kena berjimat cermat..

tapi bersabar dulu buat seketika sementara masih muda.

Hubby pernah  mengingatkan saya, dia kata kita ada 2 pilihan sekarang sama ada

dia awal perkahwinan ini kita hidup  berjimba2( berseronok )  ketika masih muda

atau pun kita  berkorban sedikit sekarang untuk kehidupan yang lebih baik nanti.

Kita tak tahu akan hidup berapa tahun lagi ke depan,

maka beringat ingat dulu sebelum sampai waktunya….

Hurm..ada logiknya jugak bila pikir2 balik

saya tak nak waktu ada anak2 nanti kami terpaksa ikat perut untuk anak2

mestilah cuba untuk bagi yang terbaik untuk meraka..insha allah

So bagi golongan muda mudi, korang kena baca TIPS MEMILIKI RUMAH PERTAMA 

tips ni sangat membantu kepada mereka yang ingin memiliki rumah.

Selok belok tentang pembelian rumah pon kena tahu jugak supaya kita tak tertipu

dan tak mengalami kerugian …baca DISINI

Membeli rumah pon boleh jadi salah satu bentuk pelaburan

Setiap orang mempunyai ciri2 rumah idaman…

saya sangat pasti di awal kehidupan golongan pertengahan seperti saya tidak akan mampu

untuk memiliki rumah idaman .

Tetapi dengan langkah membeli rumah mampu milik di awal usia muda insha allah

memungkinkan kita untuk memiliki rumah idaman masing2….

sebagai contoh, rumah mampu milik yang kita beli sekarang boleh dijadikan deposit untuk

rumah idaman pada masa hadapan.

AKPK pun menggalakkan kita untuk melabur dalam hartanah. Baca DISINI

Satu lagi korang kena sentiasa cari adalah tempat untuk memilik rumah .

Kalau di Kuala Lumpur semua rumah sudah mencecah jutaaan dah

memang tak akan mampu lagi untuk membeli dengan harga yang macam tu

so start cari kawasan yang baru nak naik taraf seperti di Seri Iskandar perak ni

hehe nak heboh  tempat sendiri pulak kan..

tapi sebetulnya harga rumah dekat sini masih sangat o.k lagi

Dulu 2011, lot banglo lengkap dengan swimming pool masih berharga 300k++ sahaja

IMG_0620

IMG_0623

IMG_0625

Murah kan?? rugi betul tak beli dulu…

Kalu nak tengok rumah contoh bagi rumah kat atas ni, boleh baca kat SINI

rumah teres 2 tingkat pada tahun 2011-2012 masih berharga RM150++ ribu sahaja

Penghujung 2013, saya membeli rumah teres 2 tingkat dengan harga RM 218k

IMG_0528

Rumah berkeluasan 22 x 70 sahaja..

tak besar dan tak kecil sangat..syukur alhamdulillah harga masih mampu milik

Untitled-1

 

img_floorplan_lavendar (2)

 

Sekarang ini tahun 2014 fasa ke 3 telah dibuka …

Pada sesiapa yang berminat boleh la datang meninjau kawasan …

tak semestinya orang Perak jer boleh beli kat sini kan…

Lokasi yang strategik di bandar Seri Iskandar

terletak berhampiran Tesco,Mydin mall yang bakal dibina dan siap menjelang 2016

dan juga sebuah lagi IPTS yang baru selesai majlis pecah tanah selepas UITM, UTP,

kolej vokasional, kolej Mara,IKBN dan Billion serta tarikan baru di Seri Iskandar

adalah SIBC wholesale city atau dikenali sebgai SWC

iaitu sebanyak 248 unit kedai yang berasal dari Nilai 3 dan seluruh semenanjung Malaysia

telah dibawa ke sini . Makin meriah bandar Seri Iskandar ^_^

IMG_0903

Mak abah datang haritu melawat tapak baru kami

 

IMG_0911

abah tu konon2 meninjau kawasan ler tu…

IMG_0940

kesayangan saya…

 

 

Resepi udang goreng telur masin

Hai,

Kali ni nak share resepi udang goreng telur masin

permintaan adik2, diaorang suka sangat

Haritu diorang ada datang rumah, saya hidangkan lah resepi ni

yelah sebab simple sangat2 bahan nya

rasanya yang ranggup dengan aroma daun kari tu memang menyengat hihihi…

Ini bahan2 yang di perlukan

UDANG GORENG TELUR MASIN


Bahan2:
350 gm udang

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

tepung jagung 

minyak
~~~~~
3 sudu besar butter

3 biji bwg putih – di cincang

9 – 10 bj cili padi ~ dihiris serong ( kalau nak pedas )

2 tangkai daun kari

1 biji telur masin  ~ direbus hingga masak guna bahagian kuning telur sahaja

kiub ayam 

5 sudu besar susu segar ( jika ada hihi)

 

3

simple kan bahan2nya ^_^

 

2

udang mesti di goreng sehingga garing

 

Cara:

– Asingkan telur masin dari kulit dan hancurkan. Ketepikan.

– Udang dibersihkan dan digaul dgn  dan serbuk kunyit dan tepung jagung

– Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)

– Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari, kiub ayam dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.

-Gaulkan sehingga agak garing 

– Kemudian masukkan susu segar (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dr telur)

 

Tadaaaaaa!!!!!

1

hehe makan dengan nasi panas2 ….pergh memang sedap

lagi lah bila dah nak dekat ramadhan ni..

sangat sesuai untuk hidangan waktu sahur nanti…

ada macam2 versi resepi udang telur masin ni

korang boleh taip jer resepi udang telur masin dekat  google

berlambak2 resepi keluar, pilih la mana2  yang rasa sedap di tekak hehe

Setakat ini yang saya cuba, resepi ni lah yang terbaik ikut selera kami sekeluarga

Selalunya lepas jer masak  udang telur masin ni, esok nya saya akan buat ayam  telur masin pulak

tapi dah tak pakai telur kuning, pakai yang putih tu pulak..

sayang nak di buang macam tu je kan…mihmih..

Selamat mencuba yer korang

 

 

HealthEnrich PREMIER Full Coverage

Hai,

Dengan umur yang semakin meningkat ni macam2 penyakit boleh datang kat kita

Mula2 lambai2 je dulu dari jauh …

kemudian bila mula datang dekat, dia dah mula bagi simptom2 kecil

macam tetibe cepat penat…tidur tak lena…sesak nafas…sakit dada…

hurm..ini lah nama nya PENYAKIT

akan sentiasa kunjung tiba tak kira bentuk,  masa dan bila

Hubby pon dah mula rasa sakit2 dada

siket2 jer…sekejap2 jer…

tapi kalau dibiarkan boleh bertukar dari yang kecik jadi besar !!! uish..nauzubillah…

risau jugak saya, tapi nasib baik lepas jumpa satu produk supplement ni hubby makin o.k

alhamdulillah ….(next time saya citer pasal produk ni yer )

Jadi sementara masih sihat dan tak ada sebarang penyakit ni

saya cepat2 suruh hubby ambik insuran

takut nanti bila dah ada penyakit, nak jumpa orang insuran pon diaorang tak layan dah kita ni

mana ada syarikat  insuran yang nak cover pada orang dah tentu2 ada penyakit kan…

Sebagai langkah berjaga-jaga sebelum kena,  saya  mintak hubby cepat2 ambik insurans

kebetulan ada kawan matrix dia  dulu adalah salah sorang agen insuran Prudential

Kami survey dulu…tengok pakej apa yang best dan berbaloi ambik

confident sket bila ambik dengan kawan2 ni, apa2 nanti senang

lagi pon kawan hubby ni memang bagus tengok banyak  jugak kes yang dia settle dengan cepat

Bincang punya bincang akhirnya kami memilih HealthEnrich PREMIER Full Coverage

iaitu kad perubatan exclusive PruBSN takaful HealthEnrich Premier yang  bernilai Rm4juta ^_^

sebab nya ada banyak faedah yang best2  seperti ni :

HealthEnrich PREMIER Full Coverage 

1. Bilik & penginapan hospital (maks. 365 hari setahun) : RM500/sehari bagi hospital biasa dan RM1,000/sehari bagi hospital terpilih.

2. Elaun tunai masuk hospital (maks. 365 hari setahun) : RM400/sehari

3. ICU (maks. 120 hari setahun) : seperti yang dicaj

4. Rawatan dan prosedur pembedahan : seperti yang dicaj

5. Pembedahan harian : seperti yang dicaj

6. Pembantu perubatan khas : RM200/sehari

7. Penjagaan jururawat di rumah : seperti yang dicaj

8. Rawatan sebelum dan selepas masuk hospital (dalam temph 90 hari sebelum dan 90 hari selepas dimasukkan ke hospital) : seperti yang dicaj

9. Rawatan dialisis buah pinggang dan rawatan kanser : seperti yang dicaj10. Komplikasi kehamilan (bagi wanita) : RM20,000 setahun11. Rawatan kecemasan akibat kemalangan : RM5,000 setahun

12. Pemindahan organ : RM200,000 seumur hidup

13. Had tahunan keseluruhan : RM200,000

14. Had seumur hidup : RM4,000,000 (20 X ganda had tahunan)

ada banyak sebab kenapa kita kena ambik insuran ni sementara masih muda

korang boleh klik kat SINI

atau SINI

atau SINI pon boleh

Kalau ada yang berminat nak tahu pakej HealthEnrich PREMIER Full Coverage

boleh la contact Cik Norahanan yang manis nie atau pon boleh kol je  terus 0122023858

orang nya sangat ramah tamah, banyak info yang best2 bleh dapat daripada  Cik Norahanan ni

 

10373493_10203945051084582_6818286480704401989_n

hehe hubby sambil berpelikat pon boleh ambik insuran…

korang bila lagi? huhu

 

 —

Resepi Ayam Burma

Hai,

Kali ni saya nak cuba masak resepi daripada blogger masakan terkenal Mat Gebu

Sebelum kahwin selalu jugak dengar kawan2  dekat sekolah yang mak-mak ni

kerap  duk menyembang pasal blog Mat Gebu ni

Kata mereka macam-macam pilihan resepi ada, dan yang paling penting sekali MENJADI!!! hehe

So hari ni saya duk belek2  blog MAT GEBU  nak  pilih resepi baru ^_^

Nak jalan2 jauh sikit, kita nak cuba masak resepi ayam burma

kelassss gitu..

 

BAHAN-BAHANNYA

500 gram ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
3 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 camca besar rempah kari daging 
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 biji tomato, belah 4
15 helai daun pudina
Secubit gula

BAHAN KISAR HALUS 🙂
3 biji cili merah, buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai, hiris halus

 

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  2. Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..

 

IMG_0830

bahan-bahan untuk menumis

 

Simple kan? saya tak ada lah pulak daun pudina tu..maka saya gantikan jer dengan daun kari ..kiki

sesuka hati secukup rasa jer tukar orang punya resepi

Tapi bak kata MAT GEBU , rasa pudina tu tak lah ketara sangat dalam masakan ayam Burma tu

jadi boleh ler kita skip ajer tang daun pudina hehee..

 

IMG_0848

Taraaaaa!!!!!!

Resepi Ayam Burma rasanya lebih kurang macam masak kari tanpa santan

sesuai lah bagi korang yang nak elak kolestrol tu kan…yang tak ambik santan dalam menu harian

Makan pulak dengan papadom…pergh!!

nasi panas2 lagi…memang meletup2 dalam mulut korang tu nanti..heheh

Selamat mencuba yer korang ^_^

 

 

Petua hilangkan sakit tekak

Hai ,

Sekarang ni selain daripada musim cuti sekolah

saya nak tambah lagi satu nama, musim demam!

Ramai betul yang demam, mungkin sebab perubahan cuaca yang tak menentu sekarang kan…

Minggu lepas mak  sakit mata, demam, batuk2 T_T

tak bagi tahu pun anak2…mungkin tak nak kami risau ler tu

Tetiba hari tu  rasa nak kol tanya khabar

dengar jer suara lemah mak buat saya rasa sayu

nak bawak kan ke klinik jauh,

so saya google jer petua untuk hilangkan batuk dan gatal kat tekak

sekurang2 nya dapat kurangkan sakit tekak mak tersayang tu

okey mak ni  hasil goggle saya :

Petua untuk hilangkan sakit tekak 

1. Minum madu yang dicampur dengan air suam

2. Minum air yang mendidih sewaktu masak nasi ( air kanji )

3. Minum air asam jawa

4. berkumur dengan air garam

5. Minum jus timun

6. Minum air limau nipis yang dicampurkan dengan madu

7. minum air kicap yang dicampurkan dengan limau nipis

Hah banyak kan?

Pilih lah mana2 yang korang suka

mak saya cuba berkumur dengan air garam, kemudian minum air asam jawa

alhamdulillah….berkesan ^_^

Tapi hari ni saya pulak yang demam + batuk2 + sakit tekak + selsema T_T

Kira pakej la tu hukhuk

Saya ni jenis susah jugak nak makan ubat

bila teruk sangat baru carik ubat

Tak tahan sangat cuba lah jugak air asam jawa tu walau pun tak suka

kot2 la berkesan macam mak minum hari tu….

Tapi mungkin sebab saya taruk asam jawa tu sikit sangat, maka memang tak melegakan pon…

Tengah sakit tekak dan batuk tak henti2 ni tetiba teringatkan buah laici fresh

buah laici

http://www.menulismenconteng.my/2013/07/khasiat-buah-laici-untuk-kesihatan.html

Sedapnya makan sejuk2 …..

Bila lalu kat tekak tu..pergh!!! memang sejuk jer…bak sungai yang mengalir gitu haha

kebetulan dalam peti ais ada buah laici fresh yang saya beli dekat Mydin haritu

tapi hubby dah pesan jangan makan takut batuk lagi melarat 🙁

Saya turutkan ajer…..

tapi time dia ada je  lah kiki

ada jugak curik2 makan sebiji dua ngeee…x tahan lah

bukak jer peti sejuk  laici memanggil2 dengan warna merah dia tu huhu

i memang tak tahan godaan makanan nih

Tapi yang ajaibnya batuk mula reda sket, tekak dah tak rasa perit macam biasa

aik, pelik nih ….

diam dulu kot2 la sebab  duk minum banyak air putih .

Tadi makan lagi buah laici, hah tekak rasa makin lega

So saya google la pasal khasiat buah laici ….

Uish tak sangka rupanya memang banyak khasiat buah ni

Khasiat 1 

Khasiat 2

yang pastinya buah laici ni memang boleh melegakan rasa sakit tekak!!!

saya dah berjaya buktikan

syaratnya buah laici fresh yer korang…bukan yang dalam tin tu..

Selamat mencuba ^_^

 

 

 

 

Resepi Kerabu Pucuk Paku tanpa Kerisik

Hai ,

Biasanya orang buat kerabu pucuk paku wajib kena ada kerisik kelapa

Saya tak pasti fungsi kerisik tu untuk apa

sebab nya kalau untuk bagi rasa lemak kita dah taruk santan kan?

Kesimpulannya untuk bagi rasa lagi sedap lah tu…

Saya bukan jenis penggemar kerabu yang taruk santan ni

Tapi kebetulan semalam saya masak  lemak pucuk paku

dengan agak banyak lah jugak sebab kami ada tetamu  yang datang…

So hari ni ada banyak lebihan lemak pucuk paku ni

Nak di buang, sayang pulak sebab memang cukup berlemak betul

saya tuang sebungkus santan dalam periuk semalam, tak ada sukat2 dulu haha….

Kalau di simpan confirm ke tong sampah jugak akhirnya santan tu

Hari ni duk garu2 kepala…

tak kan nak hidang menu sama untuk laki kan?

tetibe ting..ting..ting….

bunyik loceng plak dalam kepala , haha kita modified jer lah

masak lemak  pucuk paku tu bertukar  jadi kerabu pucuk paku!

Terus cepat2 google cari resepi kerabu pucuk paku …

Resepi 1

Resepi 2

Resepi 3

ada banyak lagi resepi kerabu pucuk paku yang sedap2

tapi semuanya kena ada kerisik

saya malas betul nak buat kerisik ni

nak kena keluar beli kelapa la dulu, part goreng tu paling tak suka…

tumbuk bagi lumat tu ok lagi hihi nak senang jer semua kan…

bini sapaaaa la nih ^_^

20140606_110421

 

Tadaaaa…ni lah hasilnya

Bahan-bahan yang diperlukan 

1. Lebihan masak lemak pucuk paku yang dibuang kuah santannya

2. Ikan bilis dan udang kering

3. Hirisan bawang merah

4. Cili padi

5.Tomato yang dipotong dadu

6. Belacan

 

Langkah-Langkah 

1. Goreng ikan bilis dan udang kering sehingga garing , kemudian di tumbuk separa lumat bersama belacan

2. Kemudian gaulkan hirisan bawang merah, tomato, cili, dah bahan yang ditumbuk tadi sehingga cukup rasa

hahah senang kan resepi saya

Rasa pon tak da lah beza sangat dengan kerabu pucuk paku original tu

Ni memang sesuai untuk korang yang tak brape nak pandai + malas masak macam saya nih ngeee

Selamat mencuba !!!!

 

 

stimboat & grill Seri Iskandar

Hai

Seminggu sebelum cuti sekolah ni saya malas betul memasak

Satu sebabnya barang dapur dah habis

Nak pergi beli tapi serba salah

Nanti kami tak ada kat rumah agak lama

Rugi pulak nanti lauk dah tak fresh kan…

Tak sedap nanti bila masak2…

karang ayat baik la kat hubby baru menjadi hehehe ^_^

Minggu tu memang rasa nak menerai kedai2 makan yang baru kat seri iskandar nih

Semuanya tumbuh macam cendawan!!!

Macam2 pilihan yang ada

Kali ni nak menerai stimboat & grill seri iskandar

20140527_223745

Kedai  Double A Steamboat & grill

Kali ni aim nak makan daging banyak2

Tak tahu lah kenapa seminggu ni rasa nak daging jer

Dah macam karnivor pulak hihi

IMG-20140529-WA0007

 

memang datang nak makan daging banyak2

cuma bagi sesiapa yang suka perapan yang macam satey tu

boleh la datang sini ….

cuma tak ada kuah kacang jer…hihihi

20140527_212229

 

hubby yang memasak hari ni yer..

saya makan yang dah siap jer hehe

20140527_215834

Budak -budak kat tempat ni lah diorang paling suka

ABC maker !!! seronok duk cedok coklat chip dan coklat rice  banyak2

tambah lagi dengan ais krim yang kat sebelah tu

Abc diorang dah macam cokelat smarties dah

warna warni diaorang buat

IMG-20140529-WA0004

kalau steamboat nya yang macam  ni lah

ada 2 pilihan sup yang korang boleh pilih

macam biasa sup ayam atau sup tomyam

Kalu yang tekak melayu tu mesti suka sebab sup ayam ni yang berempah

Erm cuma sos yang ada kat sini sos botol jer

tak macam johnny’s restaurant tu ;(

Kita tengok harga pulak

20140527_223805

 

macam mana harga ok x?

pada saya boleh tahan lah jugak…

tapi o.k lagi sebab memang ada banyak pilihan

cuma tak sempat ambik gambar jer aritu

Bagi yang tinggal area Seri Iskandar ni boleh lah datang makan kat sini

Kalu nak cari senang jer

Double A Steamboat & grill terletak sederet dengan kedai makan D’ Lengkuas ,

kedai periuk Besar , senang jer

 

investment katanya….

Hai,

Semalam seharian saya melepak dekat lowyat

Kalau turun KL ni pantang jer ajak g lowyat mulut hubby laju jer jawab JOM!!

kalau pergi setakat sejam dua kat situ, bukan kami lah tu

Paling tidak 6 jam ke atas !!!

Suami…suami …

So kali ni hubby kata dia nak beli sumthing untuk investment….investment??

hokey…survey dulu

erm..saya tak banyak cakap, ikutkan jer dia

siap tolong ambikkan  flyers  banyak2

belek2 rege..buat comparison price and brand quality

tanya sales man…

20140603_161916

Lepas satu kedai, ke kedai yang lain

asalnya dekat rumah dah survey dekat internet

hubby kata dia nak g beli kat times square jer…

uhh menipu sangat, dah sampai sana mesti tak puas

confirm nya akan melungsur ke Lowyat hihihi

kenal sangat dah suamiku…suamiku ^_^

20140603_181525

 

brother ni cool jer, macam nak tak nak jer layan

tengok lah tu hubby jer penuh  semangat bertanya

dia tak macam sales man lain, asal kita lalu jer akan panggil2 kita suh jengok barang diorang

kalau dah ramai sangat macam tu memang naik rimas saya di buatnya

tapi yang best nya pasal bro ni semua soalan dia jawab dengan confident

tak ada lah nak  up kan barang kedai dia jer

sangat selesa…

Tapi hubby belum puas lagi..hehe lelaki biasalah kan

Hokey kita pergi makan dulu !!!!

perut dah banyak kali bunyik ni , jam dah kol 5 ptg

settel ni semua nak kena gerak balik perak pulak

20140603_171957

Shikiya adalah pilihan kedai makan kat Lowyat ni

Kedai yang ada memang tak banyak lah kan…

tp kedai ni adalah tempat kami berdating dulu..hihi

teringat memori lama….

20140603_172251

 

sementara nak tunggu makanan sampai, kita makan sup dulu

seewed sup ni sedap jugak rasanya

dan paling penting baik untuk badan antaranya untuk

mencerah, menegang , melembab dan menghaluskan struktur kulit

mencegah dan mengurangkan kedutan ( awt muda )

mengawal tekanan darah, macam2 lagi lah.

20140603_172139

sambil tunggu makanan sampai  pon  boleh duk belek tepon

punyalah tak nak rugikan masa dan duit  ..hehe

tapi baguslah …orang kata biar berbaloi kan

20140603_172507

 

Ni menu pilihan ikan dori ape ntah

sejak saya masak kan ikan dori dulu kat dia

pantang jumpa mesti nak lagi, setakat ni tak pernah jemu lah lagi hihi

20140603_173706

Masa itu emas yer korang

itu sambil nak kejar habiskan makan + bateri tepon yang dah nak habis

kejap lagi confirm dia akan cakap nak kena beli power bank lah ..haha

20140603_201922

 

tadaaaa!!!!

ni lah hasilnya selepas 6 jam dekat Lowyat

akhirnya impian jadi kenyataan …alhamdulillah

dari zaman belajar lagi saya dengar dia nak sangat ada camera ni

macam2 boleh buat kata hubby ( actually kami ni classmate dekat USM dulu ^_^ )

tapi apa kan daya, waktu itu belum mampu

so kali ni hubby berhabis betul lah, lens sampai dua jenis beli  tambah lagi speedlite  lagi

Okey tak ape sebab u cakap ni investment kan??

hoho pulangan nya nanti masuk akaun i yer….hahah isteri  kena bijak sket

Siapa2 yang nak beli camera DSLR ni saya nak recommend korang untuk ke lowyat

kedai TARITA dekat level UG

cari sales man nama mr ming

dia sangat cool dan sanggup layankan customer yang pening2 macam hubby saya  ni hihi

mr ming ni boleh duk layankan hubby  selama  4jam

itu pun belum tentu nak beli ke tak …

memang sangat susah nak jumpa sales man cina yang macam ni

bila kata nak pergi surau jap, dia siap tanya kami lagi tahu tak surau dekat mana?

20140603_184739

ni dia mr ming

hahha bagus kan mr ming nih

Kalau ada yang berminat nak cari DSLR nanti jangan lupa ke Lowyat

cari Mr ming dekat kedai Tarita Level UG yer…