Big Bad Wolf – ipoh 2014

Hai,

Korang pernah pergi Big Bad wolf x? ala yang pesta jualan buku terbesar kat malaysia ni..

dia punya diskaun dari 70% hingga 95% !!!

murah sangat2 dan amat berbaloi..haha sampai 2x guna ayat penegas kat situ

nampak x betapa murah buku2 kat sana …

sejak kawen ni saya jadi salah seorang pencinta  big bad wolf ni

dapat suami yang gila beli buku, memang aktiviti wajib kami setiap tahun adalah ke sana …

IMG_2960

2 tahun sudah, asal jer hujung tahun kami dah x sabar nak pergi the mines resort city.

Big bad wolf sebelum ni salu buat kat sana, umah saya punya  M.I.L pon kat cheras jer x jauh mana nak pergi …

siap boleh pergi dulu belah pagi…malam tu kalau free pergi lagi sebabnya tahun lepas diaorang bukak 24 JAM!!! hahah.

IMG_3005

Tahun pertama pergi berlenggang dengan handbag jer ..sebab tak tahu lagi harga buku yang giler murah sangat

terpaksa lah kutip kotak2 kosong yang ada kat sana nak isikan buku pilihan…

tapi tahun ke 2 , kami pergi bawak troli bag siap2! haha senang nak seret bawak masuk kereta.

untuk tahun 2014 ni dah plan dengan hubby nak kena simpan duit siap2 untuk hujung tahun nanti

Tahun lepas kami spend 1k untuk beli buku sahaja..

al maklum lah dua2 educator..buku tu adalah sumber utama bagi karier kami

kena jugak jaga periuk nasi elok2 kan..haha pejam mata je lah

Untitled-1

antara hasilnya yang sempat ambik gambar

mana tak beli nya harga memang murah2

IMG_2977

 

 

IMG_2985

IMG_2970

hehe sempat lah juga timba ilmu sket sebelum start nak ada blog ^_^

 

tapi tup2 terbaca iklan ni

the-big-bad-wolf-book-sale-2014-ipoh

yeay big bad wolf di Ipoh !!!!

wweee…wweee…x sabar..x sabar..x sabar

seronok betul bila tahu Big bad wolf ni akan ada kat ipoh

20140724-Big-Bad-Wolf-Sale-Ipoh2

kat mana tempatnya PHL convention  centre

 

df

 

ini gps coordinates  untuk ke sana  N 04 34.819′ E101 02. 298′

Hurm mesti ada yang tertanya2 kan kenapa di namakan big bad wolf??

Mereka menggunakan tema di dalam cerita dongeng si kecil pemakai tudung merah

iaitu  (Little Red Riding Hood) dengan menjadikan serigala di dalam kisah itu,

iaitu Big Bad Wolf, datang ‘menyerang’ dan ‘menculik’ buku-buku di luar negara

dan kemudian singgah di Malaysia.

Oleh kerana buku-buku itu ‘diculik’, maka  ia dijual dengan harga murah ! hahaha

style kan diaorang punya jalan cerita …

okeh so sapa yang nak g sana sila baca  pesanan ini dulu

Untitled-1

 

IMG_2968

suasana sesak dengan ramai orang

 

 

 

 

 

 

 

 

GPS kod ;

ramadhan 2014 – kisah abah

Hai,

Alhamdulillah…minggu lepas sempat balik kampung untuk jumpa mak abah

seronok sangat, walau pun sekejap jer..

ramadhan kali ni abah tak berapa sihat

tak ada selera makan, sejak awal ramadhan sampai lah minggu kami balik

abah tak sentuh nasi langsung!!!

berbuka dengan kurma dengan kuih fav dia onde2 a.k.a kuih buah gula melaka

buah melaka

setiap hari mak akan gigih menggentel kuih  onde-onde ni untuk suami tercinta ..

untuk sahur pulak paling tidak abah akan makan kurma dan minum milo saja ;(

tapi yang bagusnya pulak bila tak makan nasi ni gula dalam darah dah berkurang

cuma nya  orang yang ada diebetis ni bila tak makan..dia tak ada tenaga langsung la kan..

kesian abah…asik terbaring kepenatan sepanjang hari…

Rutin harian abah setiap hari sama jer

selepas sahur -> surau – tengok berita & tanyalah ustad -> tidur jap -> mengaji & dhuha  ->baca surat khabar -> tidur ->  tengok berita 1.30 -> solat zohor  -> tidur -> solat asar -> surat khabar -> berita jam 6 ->berbuka ( menu : kuih onde2 + air + kurma )

IMG_0911

abah …

 

so misi  balik kampung kali ni nak meriahkan suasana …

bagi abah  ada selera nak makan walau pun sedikit ..

kami adik beradik dah start bergilir2 balik kampung..nak masak kan untuk abah ^_^

IMG_4287

 

IMG_4242

ketam masak lemak cili api

 

IMG_4247

ketam goreng

 

IMG_4255

singgang ikan

IMG_4262

solok lada

 

IMG_4283

talapia goreng rerangup

IMG_4271

sira pisang

 

mak terkejut..menu bukan main banyak lagi daripada kebiasaan diorang sepanjang ramadhan ni

semua orang happy kecuali abah je lah yang  macam biasa2 jek bila tengok banyak makanan ;(

Tapi alhamdulillah..kami seronok sangat2..abah jamah jugak sedikit nasi ^_^

agaknya teringin bila tengok ada ketam masak lemak cili api …

20140719_193654

gigih gigit ketam tu ..hehe

waktu sahur pon sama…ambik jugak sedikit nasi,

walau pun saya tahu abah macam perit menahan untuk telan..

20140719_193825

 

Sepanjang bulan ramadhan ini, doa tak putus2 untuk abah..

saya tinggal jauh daripada abah..

terkadang boleh mengalir air mata ni bila terkenang kan dia di kampung …

hanya mampu berdoa untuk kesejahteraannya sahaja

walau pun saya tahu yang abah tak akan baca blog ini

tapi cukuplah sebagai catatan diari perjalanan hidup saya

saya sayang abah…

 

 

 

 

Resepi Sotong Sos Tiram

Hai,

ini adalah menu wajib saya sekarang

dari awal Ramadhan, insha Allah sampai akhir bulan  puasa ni

menu ni wajib ada …kira tiap2 minggu lah

menu Sotong Sos Tiram kira macam menu fav kami laki bini

kalau masak ni confirm habis , hubby pon tak kan banyak soal jawab

terus ngap sampai habis hihi..

happy sangat saya bila dia suka sangat Sotong Sos Tiram ni

sebab nyer resepi yang sangat2 mudah ..

kalo setakat kol 7 baru nak start masak…saya tak cuak pon

sekejap sangat masak ni ..hheeee

IMG_3814

 

 

Bahan-bahan nya : 

1.Sotong/udang/ayam

2.4 ulas bawang putih ( di ketuk)

3.sos tiram

4.daun kucai

5.tepung jagung

 

Lankah2 Penyediaan :

1. Gaulkan potongan Sotong/udang/ayam bersama dengan tepung jagung – kemudia digoreng sehingga keperangan

– angkat dan toskan .

2. Tumiskan bawang putih sehingga bertukar warna perang

3.Masukkan sos tiram – kemudian Sotong/udang/ayam – gaulkan sehingga sebati

4,Tambah kan air untuk kuah – dan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah

5. Akhir sekali masukkan daun kucai – gaul sehingga naik bau

tak perlu tambah garam dalam masakan, sebab sos tiram tu dah cukup masin

hah senangkan?

semudah 1,2,3 haha

IMG_3816

 

Bila makan ni kami mesti terkenangkan zaman belajar di USM dulu

kedai makan fav kami dan rakan2 adalah kedai berkat

ini lah menu nya …hahha tak pernah bosan lagi setakat ini

lokasi kedai terletak di sg dua , depan USM

dan sebuah lagi di plaza ivory yang bersebelahan dengan Desasiswa Restu, Saujana dan Tekun

desasiswa yang paling baru kat sana ..

Kalau ada yang ke penang..boleh la cuba makan kat sana

pastu cuba pulak resepi ni , ada beza tak hihi

,

One Hotel Helang Langkawi

Hai,

Kali ni nak citer pasal aktiviti cuti sekolah ..

penghujung cuti sekolah aritu  saya sempat ke langkawi

itu pun takde lah excited sangat nak pergi sebab pernah sampai ke sana

tapi dengan rombongan cik kiah la kan…

suasana dengan cik kiah tu x akan sama la bila berjalan dengan suami sendiri

dulu poket sendiri rabak…kali ni tumpang poket orang lain pula kikiki

ke langkawi kali ni bukan lah dalam plan kami pon…

kebetulan hubby perlu  berada di sana selama 5 hari

kena jadi  penceramah kat sana untuk salah satu  program UITM Seri iskandar.

Sebab tak nak saya sedih kena tinggal 5 hari sorang2 kat umah,

dia ajak la saya ikut sekali..wink2…dalam kepala dah pikir ape nak carik  kat langkawi tu hahah

Tapi yang tak bestnya saya boleh ikut untuk 3 hari saja..sebab sekolah dah nak bukak !!!

malang betul, x bleh nak pau banyak2 nih…

ini lah nasib kalau cuti tak sama T_T … sabar lah wahai hati …bersyukur kan lebih baik…

Petang jumaat tu kami gerak..

menginap di One Hotel Helang Langkawi

1

sampai ja airport Langkawi ..isi perut dulu…ambik yang ringan2 aje

13

 

12

 

Lani nak citer pasal penginapan kat sana

kami menginap di One Hotel Helang Langkawi

sebabnya sebelah aje  dengan airport Langkawi

malas nak jauh2 …senang jer sampai kat airport malam tu

jalan kaki jer terus check in … x payah pikir pasal teksi atau pun pasal nak sewa keta apa lagi malam tu

14

balik hotel untuk rehat dulu wweeeee….

okeh ni bilik yang kami ambik…

dengan harga rm 160 per day agak berbaloi jugak lah ..

selesa dan semuanya lengkap

IMG_1205

IMG_1224

ruang ni amat sesuai untuh suami …

boleh buat kerja dia dalam keadaan selesa

 

IMG_1291

tak ada istilah bercuti

suasana sekitar hotel

15

 

 

4

Breakfast percuma untuk 2 orang sahaja

sesuai lah untuk kami …datang berdua je

menu ada macam2 …ini pilihan fav  kat sana

IMG_1337

nasi goreng nenas + omelette

IMG_1332

roti canai + kari ayam meletup kebabaom….sedap !

 

3

ruang makan yang besar..sebelah jer dengan swimming pool

senang lah nak makan sambil cuci mata..kiki…

tapi paling penting kalau bawak anak2 boleh buat 2 dalam 1 , makan dan meninjau anak2 mandi

5

 

IMG_1311

 

mending kit ni pon saya nak upload jugak dah kenapa?

haha ni nak citer ..bila nak menggosok baju tu beringat2 lah

terutama bila nak guna iron hotel ni

kita tak tahu tahap kesihatan dia baik ke tak

sudahnya akan jadi macam ni kalau tak beringat la..

IMG_1314

baju saya terbakar !!!!!

owh tidak…dah la bawak baju cukup2 jer untuk 2 hari ni, dah terbakar la pulak

nasib baik bahagian yang terbakar tu 2 lapis..so kalo tak jahit pon x ada lah nampak apa2…

cuma nya kesian kat laki je lah..orang tengok dia macam  tak mampu la pulak

biarkan bini pakai baju koyak hahah..

nasib baik One Hotel Helang Langkawi sediakan mending kit ni

sebab saya memang tak terpikir langsung kes baju terbakar ni nak jadi

menjahit la saya pagi2 tu…

17

 

nih benda biasa lah korang akan kutip bawak balik kan?

shomel2 jer kaler n saiz ..lengkap! daripada bath gel sampai ker conditioner ada

tapi bagi yang jenis kulit sensitip better bawak sendiri korang punya toiletries

yang ni buat koleksi aje lah ..

16

Bagi yang nak extend waktu kat hotel tu

ini dia punya rates…

yelah Langkawi tu kan tempat shopping + banyak tempat2 menarik yang boleh lawat..

mungkin kita boleh terleka  untuk beberapa jam..

so better extend siap2 dia punya duration tu

tak ada lah kes kena bayar lebih for  extra hour huhu…

Lepas ni pergi ke langlawi boleh la korang menginap di One Hotel Helang Langkawi ^_^

untuk lebih details.. korang boleh klik kat website INI

 

 

 

 

BOLD 2014 – “Prismatic Revolution”

Hai,

lama rasanya tak update blog

sepanjang bulan ramadhan ni asyik update pasal resepi berbuka puasa kami je

saya ni  masih dalam proses belajar memasak lagi ^_^

seminggu busy dengan macam2 kerja yang tak tahu datang dari mana .

Minggu lepas alhamdulillah sempat berbuka puasa bersama family hubby kat K.L …

terubat rindu dia pada mama…

minggu ni turn kampung saya pulak insha allah 😉

Dah alang2 berkunjung ke K.L sempat jugak hubby singgah menjenguk  x-students dia sana

Kebetulan minggu kami turun tu ada final degree show daripada UITM Shah Alam

bebudak ni sebahagiannya daripada x-students hubby dekat seri iskandar ni

kira nak bagi moral support la kan..

kami dulu pon bekas student jugak…paham la  perasaan diorang time tu

lagi la pulak untuk final degree show…berdebar tu lain macam

tak campur lagi dengan penat badan, jiwa, dan mental …

dengan tidur yang confirm saya yakin bebudak ni semua tak cukup!!!

sabar yer dik..akak dulu pon macam korang jugak ^_^

Tema untuk budak2  degree  tahun ni ialah BOLD 2014 – “Prismatic Revolution”

10491082_654967827918891_5317488544332404430_n

kita tengok sket diaorang punya teaser

apa sebenarnya degree show ni ?

ini adalah final project bagi budak2 degree yang ambik course graphic di UITM Shah Alam

di akhir semester, diaorang kena jalankan satu project berkaitan dengan design

dan membuat persembahan untuk di nilai

time final year ni lah segala masa, wang ringgit dan tenaga akan dikorbankan

mental dan fizikal pon akan menganggu gugat jugak termasuk lah relationship diaorang…

tak kira lah relationship dengan siapa pon..time ni kita akan kenal sapa kawan sape lawan 🙁

hoho melalut sudah …

o.k sekarang ni kita tengok pulak  BOLD 2014 – “Prismatic Revolution” punya kandungan

 

amacam menarik kan?

haha power bebudak ni , berbaloi pergi tengok aritu !!!

ini adalah di antara projects diaorang

yang ini adalah sebahagian daripada graphic projects

IMG_4175

 

 

IMG_4176

 

 

IMG_4043

 

IMG_4045

IMG_4047

 

IMG_4049

IMG_4050

11

 

IMG_4036
ada jugak yang buat multimedia punya projects
983688_284567978389182_6743992022366516871_n

 

menarik kan?

sesiapa yang berminat nak pergi tengok degree show ini.. korang boleh la menyinggah macam kami juga  di

Bold Prismatic Revolution, UiTM Graphic Design Exhibition 2014
The School, Jaya One, Petaling Jaya
12th July – 20th July 2014

Yeay masih ada masa !!!!!

 saya amat galakkan budak2 graphic dari seluruh Malaysia untuk datang ke sini

terutama nya bekas2 pelajar saya lah kan..

hah mai sini tengok bidang2 yang korang kena betul2 explore

tinjau idea persembahan, mencedok sedikit pengalaman bebudak tu sepanjang proses menyiapkan kerja

sebab semua pelajar yang terlibat akan ramai2 berlonggok kat sana sepanjang event berlangsung

diorang kena explain la sket pasal art work diaorang tu

untung2 ada wakil daripada graphic  company yang berminat dengan diaorang …

rezeki sebelum grad !! fuh …sapa yang tak nak kan??

so saya doakan yang terbaik untuk mereka..

nasihat saya pada korang adalah cuba dapatkan kerja sebelum korang grad…

bagi yang bukan daripada family yang berada macam saya

ini lah masanya nak buat family berbangga dengan kita ..

jemput mereka ke majlis graduation  tanpa perlu keluarga keluarkan belanja

untuk  kos minyak, tol, makan , hotel dan bajet sket untuk jenjalan

semuanya ditanggung beres oleh kita

perasaan saat tu sangat best!! time tu lah boleh  berbangga dengan diri sendiri ^_^

kecuali untuk kos bunga bungaan la kan…

x best la kalau keluarkan dari poket sendiri hahah.

IMG_4165

hubby bersama x-students uitm seri iskandar

menu Sahur air tangan suami

Hai,

 

Brazil-vs-Kolombia

Waktu bersahur tahun ni meriah dengan piala dunia

kaum2 lelaki bangun sahur pon bersemangat sket daripada tahun2 biasa saya rasa hahha

2014 ni adalah tahun pertama bersahur bersama hubby

tahun lepas jumpa sekejap2 , kami bersahur kat kedai mamak jer hihi sonang..

tahun ni bermula lah tugas memasak di pagi hari , mula merasa tugas mak saya dulu

bangun 4.30 pagi  masak yang simple2 jer…kol 5 start kejut  hubby…

alhamdulillah tak susah nak kejutkan dia bangun…

lagi senang kalau ada team bola fav dia main  macam brazil, jerman, perancis main hahah

dia yang bangun dulu daripada saya kikiki

kerja saya bertambah mudah bila dapat suami yang tak cerewet bab makan

i luv u hubby !!! ^_^

makan dengan telur + kicap pon dah okey katanya

cuma milo dan kurma wajib ada, simple kan?

Pagi tadi lagi best , alarm bunyik jer 4.30 saya terus bangun

dari atas katil dah bau macam ada orang memasak

tak kan jiran pulak..yang sebelah kanan orang bujang, sebelah kiri pulak non muslim

musykil2….

keluar jer dari bilik semerbak bau dari dapur

tengok2 dia tengah mengacau sotong kuikui…

atas meja dah siap tergoreng crab stik , nugget ikan, dumpling seafood, sotong goreng tepung dan milo panas

1

air tangan suami

wooo banyak betul ! katanya stok untuk tengok bola hahah

penangan brazil lawan colombia

nasib baik brazil menang 2-1, kiranya berbaloi la dia masak hehe

masak tu pon tak susah sangat dah …

bahan2 semua saya dah potong siap2 sebelum masuk tidur

hubby hanya keluarkan daripada peti ais dan masak

saya tinggal gorengkan ikan rebus jer, sebab dia tak tahu pon ada ikan rebus dalam peti ais

yang lawaknya orang lelaki ni bila dah jarang masuk dapur bila nak memasak main hentam saja

saya pelik bila rasa sotong goreng tepung dia, kenapa rasa macam goreng pisang?

rupanya hubby tak jumpa tepung beras/ jagung

di ambiknya tepung kastard buat bancuhan untuk sotong

hahah memang tak sesuai la rasanya

tapi apa2 pon terima kasih hubby buat saya terharu hukhuk

kekadang nak juga bangun2 makanan dah terhidang kan

tak perlu setiap hari …

4,5 kali dalam setahun pon dah cukup

sekali dalam tiap2 bulan pon okey jugak hahah

Bersyukur dapat suami macam dia, bukan nak up kan laki sendiri kan

cuma nak dia tahu yang saya tak menyesal pilih dia sebagai teman hidup ceeewah

ayat tak bleh blah hahha

setakat ni alhamdulillah.. dia suami yang baik

jam 6.45  saya dah keluar pergi kerja

kadang tu sempat la buatkan sarapan cuma yang tak sempatnya untuk kemaskan sinki dan rumah jer…

jadi bila dah siap masak dan hidang atas meja  segala pinggan mangkuk, kuali bagai tu

saya tinggalkan aje dalam sink …bersepah !!!

tapi bila balik dari sekolah  semuanya dah kemas, lagi kemas daripada kerja yang saya buat huhu

itu yang buat saya bersemangat nak memasak untuk dia

tak ada lagi alasan penat untuk tidak memasak haha

Mula2 pindah sini risau jugak ..yelah 1’st time nak duduk serumah dengan suami sendiri

macam2 pikir….kawan2 dah siap2 pesan bersiap sedia lah ko nad dari segi mental dan fizikal

semua benda kena buat sesorang…

keja akan makin bertambah , PJJ lagi best diorang cakap

tapi tak kan selamanya nak PJJ kan? nak jugak merasa berkhidmat untuk suami ececeh…

tapi alhamdulillah segalanya dipermudahkan tuhan…cuma kena banyakkan bersyukur sahaja

insha allah kita akan dapat merasai kenikmatan hidup.

 

 

 

 

 

Program Amal Baju Raya 2014

Hai,

Salam ramadhan semua

ada berita baik bagi korang yang tinggal di klang valley

paling baik yang di sekitar jalan duta sana tu

ini lah masa nya kalau nak kemaskan baju2 lama yang masih elok  dalam almari tu

jangan di buang macam tu jer..

ambik masa untuk basuh, taruk softlan sket bagi wangi2

sebab ada program amal baju raya pada hari  sabtu 5 julai 2014

bertempat di masjid wilayah persekutuan kuala lumpur

masa 8.30 pagi hingga 2 petang

10530698_888178347864578_8959448524009651939_n

program ini adalah program pengumpulan baju raya baru lama semua peringkat umur

tak kira lah lelaki  atau pun  perempuan mahu pun kanak2

Kalau ada yang berhajat nak ke  PUBLIKA KL

boleh la singgah sekejap di masjid wilayah untuk sedekahkan baju2 korang tu

korang digalakkan datang awal untuk memudahkan kerja pengagihan.

Bawak banyak banyak baju raya lama dan baru, tudung, jubah abaya, baju kanak-kanak

Pastikan dah dibasuh bersih ya? Bulan Ramadan banyak pahala jika bersedekah

Alhamdulillah program yang amat bagus ni insha allah akan mendapat banyak sambutan

Sesi pertama telah berlangsung di   Masjid UPM pada 7 Jun 2014

sesiapa yang berminat nak jadi sukarelawan  untuk projek akan datang boleh tengok ni

 

1619115_882884238393989_7171375894367214231_n

saya berharap sangat  program ni akan berlangsung jugak di perak ni nanti

rasa cam seronok kalau dapat join ^_^

baju pon ada banyak jugak yang tak dapat nak pakai dah sebab dah gemok hihi

Kalau korang nak tahu aktiviti  seterusnya bagi Program Amal Baju Raya 2014

boleh Like facebook Program Amal Baju Raya 2014 

atau pun di twiter #Bajurayaproject

banyak info kat sana

selamat bersedekah ^_^

 

Resepi sardin keluarga

Hai,

Salam Ramadhan semua…

hari ker 5 ramadhan, saya dah tak tahu nak masak apa

jengah dapur nengok2 stok makanan yang ada…

terpandang la tin Sardin…

ai tak kan la nak bagi hubby berbuka dengan sardin pulak kan…

dah macam hidup zaman bujang je nih hehe

Tapi kalau tak masak sardin ni nak kena makan ayam lagi…

dah 4 hari berbuka dengan ayam jer hahah

tengok ayam pon dah tak ada selera…

masak la jugak, i redah jer

UPLOAD

Resepi Sardin ni bulan Ramadhan 

Bahan-bahan 

1. 1 tin sardin

2. 4 ulas bawang putih

3. 1/2 bawang besar

4.1 sudu besar sos tiram 

5. Sos tomato ( secukup rasa )

6.Sos cili  ( secukup rasa )

7. Kicap  ( secukup rasa )

8. asam jawa  ( secukup rasa )

9. Saderi

 

Cara Penyediaan :

1. tumiskan bawang putih, bawang besar dan saderi sehingga bertukar kepada warna perang

2.Masukkan sardin, kacau sehingga separuh masak

3.Masukkan sos cili,sos tomato,kicap dan sos tiram secukup rasa serta sedikit air untuk kuah

4. Perasakan dengan air asam jawa, gula dan garam sedikit sahaja

5.masukkan cendawan masak sehingga mendidih, sedia untuk di hidang 

 

Korang jangan pandang rendah yer pada sardin nih

mula2 hubby tahu saya masak sardin terus buat muka kecewa…

sardin aje katanya , saya dah mula rasa bersalah nih

o.k tak ape… ada lagi ikan kerisi goreng  dan telur dadar

tak ada lah nampak macam bujang sangat hihi

kenapa saya kata jangan pandang rendah pada sardin?

huh hubby menambah nasi sampai 4kali  !!!!

terkejut saya …hahah tadi duk mengata saya punya sardin yer

sekali menambah nambah pulak dia hahha

alhamdulillah…seronok tengok dia makan

buat saya bersemangat untuk memasak setiap hari  hehe

UPLOAD.png-2

tak lupa jugak buah-buahan sebagai sumber vitamin

tapi yang paling penting nak bagi perut dapat buat projek besar dengan lancar tiap2 pagi..hahaha

 

 

Kuih Kapit Berperisa di Seri Iskandar, Perak

Hai,

Bulan Ramadhan ni sepatutnya makin kurang lah berat badan…

tapi nampak gaya nya macam makin nak bertambah2 berat nih

mana tak nyer berbuka tu dah tentu la makan kan..

selesai berterawih tu makan lagi..

sambil temankan hubby tengok bola tengah malam tu ngup ngap ngup ngap lagi

haha tak tahu la bila boleh kurus balik nih .

Sekarang ni tengah ketagih makan kuih kapit berperisa!!!!

non stop duk mengunyah jer, 1 hari boleh habis setengah balang saya sorang jer!!

kenapa lah kuih kapit berperisa ni sedap sangat

IMG_1332

nah sebalang kuit kapit flava perisa strawbery

Sebalang ada 50 keping, sehari jimat2 makan supaya tak cepat habis hihi

Makan ni sekejap jer korang tak kan sedar tengok2 dah nak habis

mungkin sebab kapit ni crunchy sangat dan lain daripada biasa sebab ada perisa …

yelah salunya makan yang kosong je kan

kali ni jumpa yang lain dari kebiasaan..bersungguh ler makan hihi

Sesiapa yang tinggal di sekitar seri iskandar ni, kalau berminat nak makan boleh order kat sini

IMG_1453