THE SCHOOL JAYA ONE – Malaysia’s First Enrichment Mall

Hai,

20140712_155712

Kali ni nak citer sket pasal shopping mall yang saya pergi bulan puasa  hari tu

kalau  pernah baca post saya yang sebelum ni pasal  BOLD 2014 – “Prismatic Revolution” 

yang pasal final year project budak2 Uitm Shah Alam.

Selalunya untuk exhibition, diaorang akan buat dekat UITM  jer..

tapi kali ni buat dekat  THE SCHOOL JAYA ONE 

kat mana tu?

20140712_155427

jalan masuk ker the school

The School Jaya One ni terletak dekat Petaling Jaya tak jauh mana pon dari highway LDP tu..

lebih kurang 15 minit jer dari highway

nak lebih jelas tengok map ni

Untitled

korang cari jalan universiti atau jalan semangat

nanti jumpa la tu …

kenapa korang kena pergi ?

yang menariknya inilah satu2 shopping mall dekat Malaysia ni yang menerapkan

education elements dalam dia punya deco..

baca nama mall ni pon dah bleh agak kan? mula2 masuk korang akan nampak ni

IMG_4189

hah tu bukan duta The School jaya one  yer , sesajer nak bergambo di situ

al maklum lah kita kan cikgu cikgi..excited lebih dengan school ni hahah..

Shopping mall ni sangat sesuai untuk family yang ada anak2 kecik…

diaorang mesti enjoy bila dapat tengok menda2 camni

20140712_155847

 

20140712_155835

 

 

 

20140712_160320

 

20140712_160302

seronok sangat tengok budak2 kecik tu

siap boleh play araound lagi dengan menda2 macam ni

tapi saya rasa bukan setakat diarang jer pon…

mak2 budak pon tentu excited nak bergambar kan?

macam mak budak nih

IMG_4075

haha…cantik betul tempat rehat betulkan kaki nih

berehat la jap sebelum sambung shopping kikiki…

20140712_155821

 

ini adalah ruang masuk ker mall

20140712_160122

 

yang bestnya macam2 aktiviti yang dijalankan kat sini

untul lebih detail korang boleh visit dia punya website dan tengok senarai EVENTS yang menarik kat sana

20140712_155814

 

mereka  menjanjikan yang terbaik untuk kanak2 …

lagi best The School ni jugak menyediakan bilik yang lengkap dengan tv dan aircond untuk parents yang nak rehat jap dengan baby

Kalau korang nak ke toilet disana , sebelum samapai toilet korang akan lalu bilik tu…

saya tak sempat nak ambik gambar sebab kamera dengan henpon dua2 bateri dah habis T_T

tapi yang pastinya bilik tu sangat selesa bak hang !!!!

ini adalah antara kemudahan yang ada kat sini setakat ini

Mall ni kira baru lah jugak…baru start beroperasi 2013

so lepas ni mungkin ada lagi banyak company yang akan join

lagi banyak, lagi meriah kan !!

^_^

20140712_155948

 

Ramadhan yang telah berlalu

Hai,

Alhamdulillah…selesai menyambut bulan ramadhan dan syawal…

bulan puasa tahun ni dapatlah menyediakan juadah puasa selama sebulan untuk suami…

kalo tahun lepas weekend je lah…

syukur alhamdulillah….di beri kesempatan daripada ALLAH untuk melaksanakan ibadat ini

moga2 tahun depan masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan olehNYA.

kalau nak di hitungkan besarnya kasih sayang tuhan pada hambanya…memang tak terkira

sabar…sabar..dan sabar…boleh menjadikan kita manusia yang bersyukur…

nikmat hidup itu akan dapat dirasai saat kita bersyukur…

huhu ayat2 syahdu sket…..

Bulan puasa hari tu sempat balik berbuka, bersahur dan berterawih  di kampung

syukur alhamdulillah…

sempat la snap pic kami laki bini ^_^

photographer by my adik2 la kan….

 

 

IMG_4301

 

IMG_4300

 

a

 

IMG_4351

balik dari berterawih

 

 

 

 

 

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014

Hai,

Lama betul tak update blog..

walau pun nak update ni bukan susah pon, taip jer kan membebel2 sesorang

kalo mood tu tak ada tak akan jadi jugak …bagi yang malas macam saya ni lah

tapi bila tengok jer ada contest yang best macam ni terus rasa nak share dengan korang

iaitu Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2014 !!!

jom kita menulis surat pulak , dah lama tak menulis surat ni..

last sekali masa tingkatan 4 jer…lepas tu memang langsung tak dah..hahah

telefon kan dah ada …

tapi sekali sekala kita kembalikan nostalgia menulis surat pon seronok jugak kan?

lagi seronok bila surat kita tulis tu boleh menang hadiah!!!!

waaa tambah keseronokan hahaha…

DSC00951

 

Untitled

Hadiah mengikut kategori

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

a) Peserta mestilah merupakan warganegara Malaysia.
b) Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja.
c) Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2014 kepada Sekretariat Pertandingan.
d) Surat yang ditulis mestilah mengikut tema yang ditetapkan
e) Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati surat yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
f) Surat mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja.
g) Surat mestilah bertulis tangan, kemas, dan mudah dibaca. Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan mesin taip atau computer. Peserta Kategori D OKU (Penglihatan) hendaklah menggunakan mesin taip Braille dan karya yang dihantar disertakan dengan terjermahan.
h) Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah patah perkataan mengikut kategori seperti yang berikut:

KATEGORI PERTANDINGAN 
i. Kategori A : Pelajar sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6)
ii. Kategori B : Pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5)
iii. Kategori C : Terbuka bagi rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke
atas
iv. Kategori Khas : Terbuka bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 9
tahun hingga 45 tahun
b) Pertandingan ini dibuka dari 1 Julai 2014 hingga 31 Ogos 2014.
c) Setiap peserta hendaklah memilih salah satu pilihan tajuk yang diberikan
seperti berikut:

MAKLUMAT PERTANDINGAN / TEMA

i. Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia
untuk menyatakan kenapa Malaysia menjadi destinasi pilihan pelancong
asing.

ii. Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia
tentang pengalaman dan keistimewaan melancong di Malaysia.

iii. Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia
tentang cadangan untuk meningkatkan industri pelancongan di kawasan
anda yang berkonsepkan Pelancongan 1Malaysia.

d) Format surat adalah SURAT TIDAK RASMI.

 Surat dan borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diposkan kepada:

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014
P.O. Box 1000
50796 Kuala Lumpur

k) Sila sertakan sampul surat kosong bersaiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM0.80 untuk pihak penganjur mengirimkan sijil penyertaan. Satu sampul surat untuk satu sijil penyertaan sahaja.

l) Setiap penyertaan bagi Kategori A dan Kategori B mestilah disahkan/dicop oleh pihak sekolah.
m) Sila nyatakan kategori anda di sudut atas kiri sampul surat penyertaan anda. Contoh sampul surat penyertaan yang mengandungi karya, borang, dan sampul kosong

Borang pertandingan DOWNLOAD  DISINI

pesanan : surat ini mesti ditulis yer..bukan ditaip, so jangan lupa pastikan tulisan korang kemas ^_^

untuk lebih details…korang boleh klik DISINI