5 Sebab Mengapa Perlu Makan Oat

Hai,

kali ni nak citer bab2 pemakanan yang sihat pulak

kikiki …dah makin tua ni bab2 makan kena jaga la kan

setakat ni masih belum ada penyakit kronik kecuali penyakit hati sengaja cari penyakit namanya 

sapa yang suka makan oat? ramai kan

kecuali mak saya la sebab dia kata oat ni dah macam rupa muntah kucing

okeh, ni yang mak saya maksudkan….

PepsiCoQuakerOats

http://www.quakeroats.com/products/hot-cereal.aspx

 

tapi agaknya kalo hidangkan kat dia yang macam ni takda la nampak sangat  macam muntah kucing sangat kan

download

http://www.quakeroats.com/products/hot-cereal.aspx

hehe yang ni nampak la menarik sket…

tambah berries sket, supaya lupakan muntah kucing waktu makan tu.

korang macam mana suka makan x?

saya dan hubby taklah berpikiran macam mak tu ..

tapi memang tak berapa gemar pagi2 atau sesaja nak makan..

pagi2 mesti roti canai..tak pon nasi lemak ….

sebab tu memasing macam dah dipam2 dah ni hahaha

walau pun saya  tahu  bahawa oat mampu mengurangkan kadar kolesterol..

tapi ramai jugak yang tak tahu macam mana nak dapatkan khasiat sepenuhnya dalam oat tu

kita sebenarnya  perlu mengambil sekurang-kurangnya tiga mangkuk mil oat (oatmeal) sehari,

selama 60 hari berturut-turut…

kalau pergi check kt klinik tengok kolesterol korang masih tinggi

maknanya pengambilan oat tu masih belum mencukupi la tu..

jadi macam mana nak mengatasi masalah bagi yang tak berapa gemar nak mamam oat ni?

20141012_184309

oats for rice

 

haha saya dah jumpa penyelesaiannya…oats for rice !!!

senang sangat campurkan dalam beras dan masak jer bersama2

macam ni

 

20141012_184655

oats for rice

basuhkan bersama2 dengan beras korang tu …

cuci sampai bersih kemudian masak la nasi tu macam biasa

taruk la oat  lebih kurang segenggam tangan untuk 1 pot beras tu

bila dah masak macam ni lah rupa nya

20141017_200126

oats for rice

hah ada rasa2 sihat tak bila nak ngap nasi ni ?

salu pikirkan pasal kanji dalam beras lepas makan nasi kan..

tapi kali ni pikir habis la ko kolestrol dalam badan …semua oat akan serap ko lepas ni !!!!

hahah  dah macam bergaduh dengan kolestrol pulak dah hehehe…

kenapa kita kena ambil jugak oat dalam diet harian ni?

ada banyak khasiat oat ni antaranya :

1.  Bagi penghidap diabetis, oat membantu mengatur kadar gula dalam darah. Asia Pacific Journal of Clinical Nutritionmenunjukkan bahawa beta-glucan yang terdapat dalam oat dapat membantu mencegah peningkatan kadar gula dalam darah secara drastik pada pengidap diabetes

 

2. Pengambilan oat di dalam menu harian juga mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama.Sekaligus ia mengurangkan pengambilan makanan harian dan menurunkan berat badan. waaaaa bleh bagi KURUS !!!

 

3.  Pengambilan oat bukan sahaja bagus untuk jantung kerana kandungan fibernya,tetapi juga sebagai pelindung yang bagus untuk saluran penghadaman.

 

4. Oat juga mampu mengurangkan kadar tekanan (hypertension) serta merangsang sistem imuniti badan.So kalau you all selalu stress, eloklah jadikan oat sebagai menu harian ya.

 

5. tak rugi pon makan sebab boleh jugak melancarkan proses penghadaman makanan..so pagi2 takde masalah nak bikin projek besar…hahaha

 

 

#kami dah, korang bila lagi?

 

 

 

 

contest lagi!!! menang untuk ke korea

Hai

sapa nak menang tiket untuk ke korea??

kepada peminta drama2 korea, k-pop artist , running man khasnya

memang wajib la untuk  join this contest

2014_oct_contest_nescafe_caramel_latte_220x300

nescafe ke korea

 

huhu best kan?

kalau saje2 nak beli tiket bukannya murah TIKET KE KOREA

tapi kalau hotel boleh dapat lagi yang murah2 macam HOTEL2 MURAH  KOREA 

so alangkah bestnya kalau dapat tiket FREE!!!!!

siap boleh pergi melancong ke Korea dengan artis lagi

sape yang menang korang akan ke Korea bersama dengan Aizad AF fans club

2

nescafe ke korea

 

Tempoh Peraduan adalah pada 14 okt – 31 okt 2014

caranya sangat mudah

3

nescafe ke korea

bagi peminat Aizad Af , kalau korang macam tak yakin nak menang kan

bleh jugak join , target untuk  dapat saguhati pon jadilah…hihihi

dapat la jugak piring hitam Aizat Amdan tu

5

nescafe ke korea

tapi yang memang giler habis dengan korea tu

meh saya bagi picture yang boleh buat korang bersemangat untuk join contest ni

4

 

wink..wink..wink…

saya dah, korang bila lagi??

 

 

Happy Deepavali

hai

happy Deepavali kepada semua kaum india di  Malaysia

terutamanya kepada sahabat2  india saya ^_^

417112_10151171549148171_978033543_n

 

moh kita kita ambik tahu siket pasal Deepavali ni kan ..

baru lah betul 1Malaysia namanya..hehe

Deepavali ni atau boleh jugak panggil Diwali ni adalah pesta cahaya…

orang Hindu jer yang sambut deepavali ni

tapi kalau kat Malaysia, semua pon sambut

yang bestnya semua orang dapat cuti setiap kali  perayaan ni..hehhe

Selain tu cahaya bagi kaum hindu ni membawa maksud harapan, kemenangan dan kebahagian .

Pagi2 Deepavali ni diaorang akan mandi minyak

tujuan dia adalah untuk menghapuskan dosa.

kemudian akan ke kuil untuk sembahyang.

Sama macam perayaan kita jugak, budak2 akan dapat duit raya !!! hehehe

nampak tak DUIT tu salah satu faktor kepada  kegembiraan??

Sempena hari deepavali ni

 ada baiknya kita semaikan semangat 1 malaysia dgn belajar bahasa tamil..

Kpd peminat tegar ☺ kelas b.tamil pun dibuka:

onne-1
rende-2
monre-3
nalle-4
anje-5
arre-6
yelle-7
yetthe-8
ompathe-9
Patthe-10
makan-sappathe
minum-kudingge
pergi-po
rumah-viddu
ayam-koli
kaki-kal
susu-paal
waktu-mani
tulis-ellethu
baca-padi
duit-valli
cakap-soll,pese.
sekarang-ippo
diam-sattham
bahaya-apayam
cikgu-asriyar,sir
nanas-nannasi
emak-amma
bpk-appa
adik perempuan-thanggachi
adik lelaki-thambi
saya-yen,naan
kemana-yengge
ramai,banyak-rombe
cantik-allagana
bunga-pu
sekolah-pallikudem etc.

hehe…

cuba korang  bina ayat dalam bahasa tamil…hehe

Menangi tiket percuma ke Jepun 2014 !!!!

Hai,

Bahang mood untuk bercuti makin terasa ni

membuak-buak kata orang …

lagi lah bila jumpa lubuk2 tiket free ni kan ..hahha

sapa yang tak suka kan, boleh jimatkan duit untuk shopping …wink2 ^_^

1

hah ada contest untuk menang tiket ke jepun!!!

caranya mudah jer korang hanya perlu berdaftar sahaja

hanya dengan 3 langkah mudah untuk pendaftaran

Langkah 1. Kilik pada butang「Apply here」dan isi borang kemasukan dalam Japan Trend Ranking

( rujuk website Japan Trend Ranking )

Langkah 2. Emel pemberitahuan akan dihantar ke peti surat emel anda.

Langkah 3. Klik pada link URL yang tertera dalam emel untuk menyempurnakan pendaftaran.

Untitled

Pendaftaran sebagai ahli Japan Trend Ranking adalah dengan secara automatik dikira sebagai pendaftaran penyertaan promosi.

*Pendaftaran sebagai ahli Japan Trend Ranking adalah percuma.
*Pendaftaran sebagai ahli Japan Trend Ranking juga boleh dibuat menerusi akaun Facebook atau Twitter ^_^

mudah kan? daftar ajer…mana nak tahu kot2 tuhan nak bagi rezeki

sesungguhnya rezeki dari Allah s.w.t tersangat lah luas dalam apa2 bentuk sekalipun…

saya dah, korang bila lagi?

psst…kalau tak menang pon tak ape …

ada banyak peluang murah ke jepun

boleh klik  di   HOTEL MURAH DI JEPUN 

                           TIKET MURAH KE JEPUN 

 

 

Mencari penerbangan paling murah !!!

Hai,

Bila da nak masuk hujung2 tahun ni

kepala mula la duk berpikir2  mana la mau bercuti plak kali ni

setahun bekerja non stop ( ecece bunyik mcm pekerja cemerlang jerk ) …

macam kita la yang paling busy kat opis

imagesphui kt diri sendiri !!  hahah!!

Kadang2 bila kita nak merancang cuti ni sebenarnya  kat mana2 pon tak kisah la kan

sebab yang paling penting adalah kita kena tahu apakah  faktor terpenting tujuan kita bercuti..

saya ni kekadang pening gak dalam duk cari faktor ape yang boleh  yakinkan hubby

bila nak  tentukan  destinasi nih

penting dapat kelulusan dari hubby sebab 70% kos dtgnya dari kocek suami tersayang

hahah…kopak kan laki sendiri tak ape kan? ^_^

okeh ni list yang ada dalam kepala saya

1. adakah tempat tu dapat relaxkan minda?(lupakan hal tempat keje)  wajib utk santai2 diri

2.kawasan sekitar best x? yang penting wajib ada tempat shopping ler

3. sebelum ni pernah pergi x? black list awal2 tempat yang pernah pergi  muahaha

4. tempat makan2 banyak ker tak? paling  penting yang halal la

okeh la katakan  nak pergi universal studio tu kan yang kat singapore

resorts-world-universal-studios-sentosa-590x379

dah cakap dekat hubby  teringin jugak nak bergambar kat depan globe ni

tak dapat nak pusing all around the world pon tak pe

janji dapat ambik gambar dengan globe ni kira dah pusing 1 dunia la tu..hahah

bila duk baca review pasal universal studio tetiba rasa mengidam la pulak

eh tak pasal2 pulak ^_^

dah siap2 bagi 4 faktor percutian kenapa mesti pergi universal studio tahun ni

tup2 semua dia  reject!!

hah baru 4 list jer dah kena reject ??

tapi rupanya dia duk  tambah tolak, darab, bahagi

semua faktor tu tak cukup kuat untuk ajak dia pergi bercuti  ;(

sebab semua yang kat atas tu bakal memenatkan dia jer…:(  🙁  🙁  🙁  🙁

rupanya dia tak sanggup nak jadi driver terhormat untuk saya!! 😡

penat katanya ..kecuali kalau naik flight dia sanggup ler

jadi kesimpulannya dia nak bercuti tanpa penatkan badan seharian dalam kereta …

🙄 🙄 🙄 🙄 🙄 🙄 🙄 🙄 🙄 🙄 🙄 🙄 🙄 🙄 🙄 🙄

pening lagi..kena cari idea lain pulak

💡 💡 💡 💡 💡 💡 💡 💡 💡 💡 💡 💡 💡 💡

hurm hubby saya  hanya akan tertarik  kalau ada  harga tiket flight yang murah jer..

hahah buat ponek den pikirkan sebab  jer

sekejap bukak website  airasia , lepas tu Malindo , hah lepas tu Mas pulak

tangan dah naik kebas , asyik duk klik2 jer tukar2  website , key in tarikh la…

mata dah berpinar2 kejap tengok kaler merah, kejap kuning, kejap biru pulak

haish, memonetkan betui la …tapi sebab nak cari tiket murah punya pasal kan

tup2 dalam duk godek2 internet n saya terjumpa satu  website ni

flight.getmeen.com 

website ni dah siap2 buat perbandingan harga antara semua flight untuk mana2 destinasi

macam nih

perbandingan harga tiket Mas, air asia, malindo

hah kan senang tu …

taip jer tarikh dan lokasi yang kita nak pergi ..tup2 keluar semua

kalau yang suka travel jauh tu lagi lah best

semua airlines ada, tunjuk best price lagi hahha

1

detail kan maklumat website flight.getmeen.com  ni?

website ni bantu kita untuk carikan beratus ratus syarikat penerbangan untuk tempahan tiket

bagi laman website  yang berbeza dengan harga tiket  yang terbaik !!

paling penting termurah!!!!

flight.getmeen.com ni membolehkan kita survey  tempat percutian yang best ke seluruh dunia

pastu tak payah penat2 nak compare harga

dia dah tolong buat siap2 dah…

kita tinggal pikir berapa jer duit yang ada dalam bank heheh…

lepas ni flight.getmeen.com yang akan bantu saya  tentukan tempat percutian

sape tak nak pergi bercuti dengan bajet rendah + tak penatkan diri untuk perjalanan…

lepas ni hubby dah takde alasan untuk tambah,tolak,darab,bahagi lagi dah kiki

 

resepi brownies nutella

Hai ,

Selamat hari  raya Aidiladha semua ^_^

hari ni masih bercuti raya

dah tak tau nak buat ape..

tetiba ada 2 budak tecik yang comey  ni datang umah

4

 

seronok melayan mereka …

dalam bosan tak tau nak buat aktiviti ape dengan budak2 ni

tetibe teringat plak dekat post blogger yang terkenal skrg ni nameera roslan

kebetulan pagi tadi baru  jer baca blog dia pasal resepi brownies nutella

resepi yang sangat mudah dan cepat

tambah plak dengan dengan gambar yang namee tunjuk dekat blog tu

memang buat budak2 ni teruja nak ikut

hehe bagus betol blog nameera roslan ni

1

uwais dan qaysara

letak jer ipad depan diaorang, berebut 2 beradik ni nak follow step namee memasak…

sangat comel budak berdua ni kan?

3qaysara berebut nak mengacau adunan tepung tu …

si abang pulak tak sabar2 nak masukkan susu  pekat manis

sebab dalam blog namee tu ada gambar yang taruk susu

sambil kacau tepung, sambil belek ipad, takut tertinggal step namee hahah2

taraaaaaa!!!

ni lah hasilnya, kami tadak cup comey2 macam namee tu

maka letak jer dalam loyang nih

qaysara dah tersenyum2 berjaya buat kek hari ni

macam2 yang diaorang belajar..

kata diaorang nak buat kek kena ikut step macam dalam gambar

nanti tak jadi ..

sukatan kena betul, kalo tak kek tak jadi sama macam dalam blog auntie lawa tu

hehe nak cakap auntie namee lawa ler tue.

Kalau korang nak try resepi ni bleh ambik terus dekat SINI 

saya tak segigih namee lagi untuk ambik gambar step by step hihi

o.k lah selamat mencuba ^_^