Cara untuk panjatkan kesyukuran

bersangka baik

Assalamualaikum ….

Semalam rasa macam banyak sangat benda yang tuhan bagi lepas satu…satu  rezeki tanpa di duga, alhamdulillah…. Bukan rezeki duit tapi peluang2 untuk ke arah tu. Sebenarnya banyak tuhan permudahkan urusan ..

Dalam pada tu , lepas jer solat saya terfikir cara macam mana untuk bagi tahu pada tuhan  bahawa saya sangat bersyukur atas pemberiannya walau pun tahu Allah itu maha mengetahui… maka saya bukaklah apps iquran tu then taip perkataan syukur  dalam hati berdoa mintak dengan tuhan untuk diberikan jawapankeluarlah ayat ke 38 surah AR-RUUM .

surah  Ar Rumm ayat 38

surah Ar Rumm ayat 38

 

Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
   

Betul lah orang kata konsep memberi tu sama jugak dengan konsep Melabur

semakin banyak memberi bermakna semakin banyak pelaburan kita 

Tapi kekadang saya selalu skeptikal tentang menberi kepada orang yang kita

dah memang tahu yang dia mampu.

tapi hari tu dah ditegur oleh suami 

katanya kita bukan tuhan yang maha Mengetahui

kita hanya lihat dia mampu pada mata kasar kita sahaja

jangan memilih2  untuk siapa kita nak memberi

tapi memberi kepada sesiapa sahaja kerana ALLAH S.W.T .

Insaf jap…betul la tu bak kata pensyarah saya dulu En Hasnul Jamal Saidon

jangan tengok siapa yang beri nasihat kat kita…

tengok dan nilai nasihat yang disampaikan

contohnya penagih dadah bagi nasihat jangan lah hisap dadah tu 

bahaya…..kita pulak jawab arghh sudah la …ko pon sama jer 

kita pon hisap..tup2 kena tangkap …yang bekas penagih tu dah berjaya 

sebab dah serik nak ambik benda yang boleh membinasakan masa depan tu …

konsep mudah jer kan? tapi untuk adapt dalam diri tu sangat payah.

Pagi ni pulak saya terjumpa satu video ni ..memang berjaya buat saya menangis

dan terdetik untik share dekat blog

Homeless Gets $1000 For His Honesty (Wallet Theft Experiment)

kita tak tahu betapa perlunya duit utk pakcik tu 

dan kita tak tahu setakat mana kemampuan pakcik tu ..

peranan kita hanya memberi ..

tuhan yang akan tentukan selebihnya …
 

Promosi Rumah Semi D di Puncak Iskandar , Perak

Assalamualaikum…

Lama betul tak update blog 

bz bebenor sekarang ni …bz layan diri sendiri yang malas

penyakit lama datang kembali hahah

parah2 

tapi kali ni kembali bersemangat nak menulis

sebab nak tolong seseorang yang bertanyakan pasal rumah di puncak iskandar 

well sebagai rakan tetangga seri iskandar…saya rasa bertanggungjawab pulak nak pergi  tolong tanyakan…

cewah, bajet bagus la plak…

Untitled-1

balik dari sekolah haritu lepas baca komen pn aisha ni

terus saya menyinggah ker opis MRCB  kat seri iskandar ni 

sambil2 cuci mata tengok rumah kat situ …

okeh opis MRCB ni terletak dekat dengan pintu gerbang bandar teknologi tu…

meh saya bagi peta opis dia

img_map

pejabat MRCB Seri iskandar

 

Rumah dah banyak yang terjual kecuali ada lagi beberapa unit rumah SEMI D setingkat .

Harga yang saya tanyakan bagi model CASPIA ni adalah RM348,888

dengan keluasan 50 x 90..besar jugak 

Scan0014

Puncak Iskandar, semi D Caspia

 

 

siap dapat 5% rebet selepas rumah siap..

dalam bentuk cash lagi…lebih kurang RM 17 ribu jugak tu….

hahah lepas la untuk  buat grill n kabinet dapur 

yang saya tengok pada model kat opis tu cantik jugak rumah ni 

yang ni details spec Caspia ni 

Scan0015

Puncak Iskandar, semi D Caspia

 

Kalau ada yang berminat saya ada tanyakan caranya macam mana..

1’st kena booking la…harga booking macam ni :

kakitangan awam     : RM 100

Kakitangan swasta  : RM 1000

untuk lawyer pulak : FREE 

stamp duty                 : RM4000 

 

kepada pn Aisha Rahmat, kalo berminat boleh contact kak nagina ni 

baik n ramah tamah orangnya ^_^

Scan0016