5 Sebab Mengapa Perlu Makan Oat

Hai,

kali ni nak citer bab2 pemakanan yang sihat pulak

kikiki …dah makin tua ni bab2 makan kena jaga la kan

setakat ni masih belum ada penyakit kronik kecuali penyakit hati sengaja cari penyakit namanya 

sapa yang suka makan oat? ramai kan

kecuali mak saya la sebab dia kata oat ni dah macam rupa muntah kucing

okeh, ni yang mak saya maksudkan….

PepsiCoQuakerOats

http://www.quakeroats.com/products/hot-cereal.aspx

 

tapi agaknya kalo hidangkan kat dia yang macam ni takda la nampak sangat  macam muntah kucing sangat kan

download

http://www.quakeroats.com/products/hot-cereal.aspx

hehe yang ni nampak la menarik sket…

tambah berries sket, supaya lupakan muntah kucing waktu makan tu.

korang macam mana suka makan x?

saya dan hubby taklah berpikiran macam mak tu ..

tapi memang tak berapa gemar pagi2 atau sesaja nak makan..

pagi2 mesti roti canai..tak pon nasi lemak ….

sebab tu memasing macam dah dipam2 dah ni hahaha

walau pun saya  tahu  bahawa oat mampu mengurangkan kadar kolesterol..

tapi ramai jugak yang tak tahu macam mana nak dapatkan khasiat sepenuhnya dalam oat tu

kita sebenarnya  perlu mengambil sekurang-kurangnya tiga mangkuk mil oat (oatmeal) sehari,

selama 60 hari berturut-turut…

kalau pergi check kt klinik tengok kolesterol korang masih tinggi

maknanya pengambilan oat tu masih belum mencukupi la tu..

jadi macam mana nak mengatasi masalah bagi yang tak berapa gemar nak mamam oat ni?

20141012_184309

oats for rice

 

haha saya dah jumpa penyelesaiannya…oats for rice !!!

senang sangat campurkan dalam beras dan masak jer bersama2

macam ni

 

20141012_184655

oats for rice

basuhkan bersama2 dengan beras korang tu …

cuci sampai bersih kemudian masak la nasi tu macam biasa

taruk la oat  lebih kurang segenggam tangan untuk 1 pot beras tu

bila dah masak macam ni lah rupa nya

20141017_200126

oats for rice

hah ada rasa2 sihat tak bila nak ngap nasi ni ?

salu pikirkan pasal kanji dalam beras lepas makan nasi kan..

tapi kali ni pikir habis la ko kolestrol dalam badan …semua oat akan serap ko lepas ni !!!!

hahah  dah macam bergaduh dengan kolestrol pulak dah hehehe…

kenapa kita kena ambil jugak oat dalam diet harian ni?

ada banyak khasiat oat ni antaranya :

1.  Bagi penghidap diabetis, oat membantu mengatur kadar gula dalam darah. Asia Pacific Journal of Clinical Nutritionmenunjukkan bahawa beta-glucan yang terdapat dalam oat dapat membantu mencegah peningkatan kadar gula dalam darah secara drastik pada pengidap diabetes

 

2. Pengambilan oat di dalam menu harian juga mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama.Sekaligus ia mengurangkan pengambilan makanan harian dan menurunkan berat badan. waaaaa bleh bagi KURUS !!!

 

3.  Pengambilan oat bukan sahaja bagus untuk jantung kerana kandungan fibernya,tetapi juga sebagai pelindung yang bagus untuk saluran penghadaman.

 

4. Oat juga mampu mengurangkan kadar tekanan (hypertension) serta merangsang sistem imuniti badan.So kalau you all selalu stress, eloklah jadikan oat sebagai menu harian ya.

 

5. tak rugi pon makan sebab boleh jugak melancarkan proses penghadaman makanan..so pagi2 takde masalah nak bikin projek besar…hahaha

 

 

#kami dah, korang bila lagi?