BOLD 2014 – “Prismatic Revolution”

Hai,

lama rasanya tak update blog

sepanjang bulan ramadhan ni asyik update pasal resepi berbuka puasa kami je

saya ni  masih dalam proses belajar memasak lagi ^_^

seminggu busy dengan macam2 kerja yang tak tahu datang dari mana .

Minggu lepas alhamdulillah sempat berbuka puasa bersama family hubby kat K.L …

terubat rindu dia pada mama…

minggu ni turn kampung saya pulak insha allah 😉

Dah alang2 berkunjung ke K.L sempat jugak hubby singgah menjenguk  x-students dia sana

Kebetulan minggu kami turun tu ada final degree show daripada UITM Shah Alam

bebudak ni sebahagiannya daripada x-students hubby dekat seri iskandar ni

kira nak bagi moral support la kan..

kami dulu pon bekas student jugak…paham la  perasaan diorang time tu

lagi la pulak untuk final degree show…berdebar tu lain macam

tak campur lagi dengan penat badan, jiwa, dan mental …

dengan tidur yang confirm saya yakin bebudak ni semua tak cukup!!!

sabar yer dik..akak dulu pon macam korang jugak ^_^

Tema untuk budak2  degree  tahun ni ialah BOLD 2014 – “Prismatic Revolution”

10491082_654967827918891_5317488544332404430_n

kita tengok sket diaorang punya teaser

apa sebenarnya degree show ni ?

ini adalah final project bagi budak2 degree yang ambik course graphic di UITM Shah Alam

di akhir semester, diaorang kena jalankan satu project berkaitan dengan design

dan membuat persembahan untuk di nilai

time final year ni lah segala masa, wang ringgit dan tenaga akan dikorbankan

mental dan fizikal pon akan menganggu gugat jugak termasuk lah relationship diaorang…

tak kira lah relationship dengan siapa pon..time ni kita akan kenal sapa kawan sape lawan 🙁

hoho melalut sudah …

o.k sekarang ni kita tengok pulak  BOLD 2014 – “Prismatic Revolution” punya kandungan

 

amacam menarik kan?

haha power bebudak ni , berbaloi pergi tengok aritu !!!

ini adalah di antara projects diaorang

yang ini adalah sebahagian daripada graphic projects

IMG_4175

 

 

IMG_4176

 

 

IMG_4043

 

IMG_4045

IMG_4047

 

IMG_4049

IMG_4050

11

 

IMG_4036
ada jugak yang buat multimedia punya projects
983688_284567978389182_6743992022366516871_n

 

menarik kan?

sesiapa yang berminat nak pergi tengok degree show ini.. korang boleh la menyinggah macam kami juga  di

Bold Prismatic Revolution, UiTM Graphic Design Exhibition 2014
The School, Jaya One, Petaling Jaya
12th July – 20th July 2014

Yeay masih ada masa !!!!!

 saya amat galakkan budak2 graphic dari seluruh Malaysia untuk datang ke sini

terutama nya bekas2 pelajar saya lah kan..

hah mai sini tengok bidang2 yang korang kena betul2 explore

tinjau idea persembahan, mencedok sedikit pengalaman bebudak tu sepanjang proses menyiapkan kerja

sebab semua pelajar yang terlibat akan ramai2 berlonggok kat sana sepanjang event berlangsung

diorang kena explain la sket pasal art work diaorang tu

untung2 ada wakil daripada graphic  company yang berminat dengan diaorang …

rezeki sebelum grad !! fuh …sapa yang tak nak kan??

so saya doakan yang terbaik untuk mereka..

nasihat saya pada korang adalah cuba dapatkan kerja sebelum korang grad…

bagi yang bukan daripada family yang berada macam saya

ini lah masanya nak buat family berbangga dengan kita ..

jemput mereka ke majlis graduation  tanpa perlu keluarga keluarkan belanja

untuk  kos minyak, tol, makan , hotel dan bajet sket untuk jenjalan

semuanya ditanggung beres oleh kita

perasaan saat tu sangat best!! time tu lah boleh  berbangga dengan diri sendiri ^_^

kecuali untuk kos bunga bungaan la kan…

x best la kalau keluarkan dari poket sendiri hahah.

IMG_4165

hubby bersama x-students uitm seri iskandar