5 Sebab Mengapa Perlu Makan Oat

Hai,

kali ni nak citer bab2 pemakanan yang sihat pulak

kikiki …dah makin tua ni bab2 makan kena jaga la kan

setakat ni masih belum ada penyakit kronik kecuali penyakit hati sengaja cari penyakit namanya 

sapa yang suka makan oat? ramai kan

kecuali mak saya la sebab dia kata oat ni dah macam rupa muntah kucing

okeh, ni yang mak saya maksudkan….

PepsiCoQuakerOats

http://www.quakeroats.com/products/hot-cereal.aspx

 

tapi agaknya kalo hidangkan kat dia yang macam ni takda la nampak sangat  macam muntah kucing sangat kan

download

http://www.quakeroats.com/products/hot-cereal.aspx

hehe yang ni nampak la menarik sket…

tambah berries sket, supaya lupakan muntah kucing waktu makan tu.

korang macam mana suka makan x?

saya dan hubby taklah berpikiran macam mak tu ..

tapi memang tak berapa gemar pagi2 atau sesaja nak makan..

pagi2 mesti roti canai..tak pon nasi lemak ….

sebab tu memasing macam dah dipam2 dah ni hahaha

walau pun saya  tahu  bahawa oat mampu mengurangkan kadar kolesterol..

tapi ramai jugak yang tak tahu macam mana nak dapatkan khasiat sepenuhnya dalam oat tu

kita sebenarnya  perlu mengambil sekurang-kurangnya tiga mangkuk mil oat (oatmeal) sehari,

selama 60 hari berturut-turut…

kalau pergi check kt klinik tengok kolesterol korang masih tinggi

maknanya pengambilan oat tu masih belum mencukupi la tu..

jadi macam mana nak mengatasi masalah bagi yang tak berapa gemar nak mamam oat ni?

20141012_184309

oats for rice

 

haha saya dah jumpa penyelesaiannya…oats for rice !!!

senang sangat campurkan dalam beras dan masak jer bersama2

macam ni

 

20141012_184655

oats for rice

basuhkan bersama2 dengan beras korang tu …

cuci sampai bersih kemudian masak la nasi tu macam biasa

taruk la oat  lebih kurang segenggam tangan untuk 1 pot beras tu

bila dah masak macam ni lah rupa nya

20141017_200126

oats for rice

hah ada rasa2 sihat tak bila nak ngap nasi ni ?

salu pikirkan pasal kanji dalam beras lepas makan nasi kan..

tapi kali ni pikir habis la ko kolestrol dalam badan …semua oat akan serap ko lepas ni !!!!

hahah  dah macam bergaduh dengan kolestrol pulak dah hehehe…

kenapa kita kena ambil jugak oat dalam diet harian ni?

ada banyak khasiat oat ni antaranya :

1.  Bagi penghidap diabetis, oat membantu mengatur kadar gula dalam darah. Asia Pacific Journal of Clinical Nutritionmenunjukkan bahawa beta-glucan yang terdapat dalam oat dapat membantu mencegah peningkatan kadar gula dalam darah secara drastik pada pengidap diabetes

 

2. Pengambilan oat di dalam menu harian juga mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama.Sekaligus ia mengurangkan pengambilan makanan harian dan menurunkan berat badan. waaaaa bleh bagi KURUS !!!

 

3.  Pengambilan oat bukan sahaja bagus untuk jantung kerana kandungan fibernya,tetapi juga sebagai pelindung yang bagus untuk saluran penghadaman.

 

4. Oat juga mampu mengurangkan kadar tekanan (hypertension) serta merangsang sistem imuniti badan.So kalau you all selalu stress, eloklah jadikan oat sebagai menu harian ya.

 

5. tak rugi pon makan sebab boleh jugak melancarkan proses penghadaman makanan..so pagi2 takde masalah nak bikin projek besar…hahaha

 

 

#kami dah, korang bila lagi?

 

 

 

 

resepi brownies nutella

Hai ,

Selamat hari  raya Aidiladha semua ^_^

hari ni masih bercuti raya

dah tak tau nak buat ape..

tetiba ada 2 budak tecik yang comey  ni datang umah

4

 

seronok melayan mereka …

dalam bosan tak tau nak buat aktiviti ape dengan budak2 ni

tetibe teringat plak dekat post blogger yang terkenal skrg ni nameera roslan

kebetulan pagi tadi baru  jer baca blog dia pasal resepi brownies nutella

resepi yang sangat mudah dan cepat

tambah plak dengan dengan gambar yang namee tunjuk dekat blog tu

memang buat budak2 ni teruja nak ikut

hehe bagus betol blog nameera roslan ni

1

uwais dan qaysara

letak jer ipad depan diaorang, berebut 2 beradik ni nak follow step namee memasak…

sangat comel budak berdua ni kan?

3qaysara berebut nak mengacau adunan tepung tu …

si abang pulak tak sabar2 nak masukkan susu  pekat manis

sebab dalam blog namee tu ada gambar yang taruk susu

sambil kacau tepung, sambil belek ipad, takut tertinggal step namee hahah2

taraaaaaa!!!

ni lah hasilnya, kami tadak cup comey2 macam namee tu

maka letak jer dalam loyang nih

qaysara dah tersenyum2 berjaya buat kek hari ni

macam2 yang diaorang belajar..

kata diaorang nak buat kek kena ikut step macam dalam gambar

nanti tak jadi ..

sukatan kena betul, kalo tak kek tak jadi sama macam dalam blog auntie lawa tu

hehe nak cakap auntie namee lawa ler tue.

Kalau korang nak try resepi ni bleh ambik terus dekat SINI 

saya tak segigih namee lagi untuk ambik gambar step by step hihi

o.k lah selamat mencuba ^_^

 

ramadhan 2014 – kisah abah

Hai,

Alhamdulillah…minggu lepas sempat balik kampung untuk jumpa mak abah

seronok sangat, walau pun sekejap jer..

ramadhan kali ni abah tak berapa sihat

tak ada selera makan, sejak awal ramadhan sampai lah minggu kami balik

abah tak sentuh nasi langsung!!!

berbuka dengan kurma dengan kuih fav dia onde2 a.k.a kuih buah gula melaka

buah melaka

setiap hari mak akan gigih menggentel kuih  onde-onde ni untuk suami tercinta ..

untuk sahur pulak paling tidak abah akan makan kurma dan minum milo saja ;(

tapi yang bagusnya pulak bila tak makan nasi ni gula dalam darah dah berkurang

cuma nya  orang yang ada diebetis ni bila tak makan..dia tak ada tenaga langsung la kan..

kesian abah…asik terbaring kepenatan sepanjang hari…

Rutin harian abah setiap hari sama jer

selepas sahur -> surau – tengok berita & tanyalah ustad -> tidur jap -> mengaji & dhuha  ->baca surat khabar -> tidur ->  tengok berita 1.30 -> solat zohor  -> tidur -> solat asar -> surat khabar -> berita jam 6 ->berbuka ( menu : kuih onde2 + air + kurma )

IMG_0911

abah …

 

so misi  balik kampung kali ni nak meriahkan suasana …

bagi abah  ada selera nak makan walau pun sedikit ..

kami adik beradik dah start bergilir2 balik kampung..nak masak kan untuk abah ^_^

IMG_4287

 

IMG_4242

ketam masak lemak cili api

 

IMG_4247

ketam goreng

 

IMG_4255

singgang ikan

IMG_4262

solok lada

 

IMG_4283

talapia goreng rerangup

IMG_4271

sira pisang

 

mak terkejut..menu bukan main banyak lagi daripada kebiasaan diorang sepanjang ramadhan ni

semua orang happy kecuali abah je lah yang  macam biasa2 jek bila tengok banyak makanan ;(

Tapi alhamdulillah..kami seronok sangat2..abah jamah jugak sedikit nasi ^_^

agaknya teringin bila tengok ada ketam masak lemak cili api …

20140719_193654

gigih gigit ketam tu ..hehe

waktu sahur pon sama…ambik jugak sedikit nasi,

walau pun saya tahu abah macam perit menahan untuk telan..

20140719_193825

 

Sepanjang bulan ramadhan ini, doa tak putus2 untuk abah..

saya tinggal jauh daripada abah..

terkadang boleh mengalir air mata ni bila terkenang kan dia di kampung …

hanya mampu berdoa untuk kesejahteraannya sahaja

walau pun saya tahu yang abah tak akan baca blog ini

tapi cukuplah sebagai catatan diari perjalanan hidup saya

saya sayang abah…

 

 

 

 

Resepi Sotong Sos Tiram

Hai,

ini adalah menu wajib saya sekarang

dari awal Ramadhan, insha Allah sampai akhir bulan  puasa ni

menu ni wajib ada …kira tiap2 minggu lah

menu Sotong Sos Tiram kira macam menu fav kami laki bini

kalau masak ni confirm habis , hubby pon tak kan banyak soal jawab

terus ngap sampai habis hihi..

happy sangat saya bila dia suka sangat Sotong Sos Tiram ni

sebab nyer resepi yang sangat2 mudah ..

kalo setakat kol 7 baru nak start masak…saya tak cuak pon

sekejap sangat masak ni ..hheeee

IMG_3814

 

 

Bahan-bahan nya : 

1.Sotong/udang/ayam

2.4 ulas bawang putih ( di ketuk)

3.sos tiram

4.daun kucai

5.tepung jagung

 

Lankah2 Penyediaan :

1. Gaulkan potongan Sotong/udang/ayam bersama dengan tepung jagung – kemudia digoreng sehingga keperangan

– angkat dan toskan .

2. Tumiskan bawang putih sehingga bertukar warna perang

3.Masukkan sos tiram – kemudian Sotong/udang/ayam – gaulkan sehingga sebati

4,Tambah kan air untuk kuah – dan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah

5. Akhir sekali masukkan daun kucai – gaul sehingga naik bau

tak perlu tambah garam dalam masakan, sebab sos tiram tu dah cukup masin

hah senangkan?

semudah 1,2,3 haha

IMG_3816

 

Bila makan ni kami mesti terkenangkan zaman belajar di USM dulu

kedai makan fav kami dan rakan2 adalah kedai berkat

ini lah menu nya …hahha tak pernah bosan lagi setakat ini

lokasi kedai terletak di sg dua , depan USM

dan sebuah lagi di plaza ivory yang bersebelahan dengan Desasiswa Restu, Saujana dan Tekun

desasiswa yang paling baru kat sana ..

Kalau ada yang ke penang..boleh la cuba makan kat sana

pastu cuba pulak resepi ni , ada beza tak hihi

,

Resepi sardin keluarga

Hai,

Salam Ramadhan semua…

hari ker 5 ramadhan, saya dah tak tahu nak masak apa

jengah dapur nengok2 stok makanan yang ada…

terpandang la tin Sardin…

ai tak kan la nak bagi hubby berbuka dengan sardin pulak kan…

dah macam hidup zaman bujang je nih hehe

Tapi kalau tak masak sardin ni nak kena makan ayam lagi…

dah 4 hari berbuka dengan ayam jer hahah

tengok ayam pon dah tak ada selera…

masak la jugak, i redah jer

UPLOAD

Resepi Sardin ni bulan Ramadhan 

Bahan-bahan 

1. 1 tin sardin

2. 4 ulas bawang putih

3. 1/2 bawang besar

4.1 sudu besar sos tiram 

5. Sos tomato ( secukup rasa )

6.Sos cili  ( secukup rasa )

7. Kicap  ( secukup rasa )

8. asam jawa  ( secukup rasa )

9. Saderi

 

Cara Penyediaan :

1. tumiskan bawang putih, bawang besar dan saderi sehingga bertukar kepada warna perang

2.Masukkan sardin, kacau sehingga separuh masak

3.Masukkan sos cili,sos tomato,kicap dan sos tiram secukup rasa serta sedikit air untuk kuah

4. Perasakan dengan air asam jawa, gula dan garam sedikit sahaja

5.masukkan cendawan masak sehingga mendidih, sedia untuk di hidang 

 

Korang jangan pandang rendah yer pada sardin nih

mula2 hubby tahu saya masak sardin terus buat muka kecewa…

sardin aje katanya , saya dah mula rasa bersalah nih

o.k tak ape… ada lagi ikan kerisi goreng  dan telur dadar

tak ada lah nampak macam bujang sangat hihi

kenapa saya kata jangan pandang rendah pada sardin?

huh hubby menambah nasi sampai 4kali  !!!!

terkejut saya …hahah tadi duk mengata saya punya sardin yer

sekali menambah nambah pulak dia hahha

alhamdulillah…seronok tengok dia makan

buat saya bersemangat untuk memasak setiap hari  hehe

UPLOAD.png-2

tak lupa jugak buah-buahan sebagai sumber vitamin

tapi yang paling penting nak bagi perut dapat buat projek besar dengan lancar tiap2 pagi..hahaha

 

 

Resepi Ayam Poh Teng Peranakan Baba Nyonya

Hai,

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 2 Ramadhan. Walau pun cuaca agak panas terik, tapi tak  pulak rasa kering tekak…berkat bulan yang mulia  ..awan pon banyak jer sepanjang jalan memayungi bumi…Hari jumaat sebelum puasa, bumi Seri Iskandar ni di hujani hujan rahmat…Seakan tuhan ingin menyatakan sesuatu kepada hambanya…Menyejukkan bumi ini sebelum kita menjalankan ibadah yang memerlukan kita untuk menahan lapar dan dahaga.. Tuhan yang Maha Mengetahui..

Alhamdulillah…syukur kepadaNYA

Bercerita pasal bulan Ramadhan ni, memang boleh buat para isteri pening pala jap petang2

hehe memikirkan nak masak apa untuk juadah berbuka

bertambah pening kalau nak kena layankan semua selera anak2

adoi..saya yang belum ada anak ni pon dah pening..

kagum dengan para ibu2 semua…terutamanya mak saya lah

nasib baik kami dah dilatih makan jer apa yang ada

tak boleh nak  memilih sangat…maka mak punya pening kurang lah siket…haha

Sekarang ni balik jer dari keje terus mengadap laptop…

nak ‘ menggoogle’ resepi baru

daripada internet, beralih ke koleksi buku masakan …

still tak jumpa2 menu yang berkenan di hati

adoi la…fenin..fenin…

Belek punya belek google ni, terjumpa lah buat kali ke 2 blog daripada en MAT GEBU nih

baca penulisan en Mat Gebu ni buat saya tergoda pulak nak menerai resepi beliau haha

pandai betul en Mat Gebu ni mengarang ayat yer…

Hari ni saya nak cuba buat Resepi Ayam Poh Teng buatku ketagih daripada en Mat Gebu nih

amboi ayat buatku ketagih tu yang tak boleh tahan sangat nih

memang buat saya tertanya2 sedap ker??

mesti kena cuba nih mihmih…

okeh ni hasil copy paste nya

BAHAN-BAHANNYA 🙂
1/2 ekor ayam, kerat 7 – 8 bahagian, cuci bersih dan toskan
10 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/2 kiub pati ayam (optional)
1/3 cawan pes taucho (mat guna tauco biji2 dan mat lumatkan sedikit)
8 – 10 kuntum cendawan shittake segar, rendam
2 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap cair atau secukup rasa
Gula secukup rasa
Cili merah dan hijau, dipatah2
Hirisan daun sup, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan taucho, kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul hingga mesra dan biar ayam kecut. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  2. Masukkan kentang (toskan), tambah kicap pekat, kiub pati ayam  dan kicap cair (sedikit dahulu). Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana hingga kentang 1/2 empuk. Tambah cendawan shittake (tos dan perah). Masak lagi hingga kentang empuk.
  3. Tambah sedikit gula dan masak hingga kuah pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah lagi kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah dan hijau yang dipatah2kan. Hidang bersama nasi hangat dan sambal belacan

 

Taraaaa…..

ni lah hasil daripada air tangan saya

IMG_3440

ayam pong teh versi gelapku..kui..kui

dengan merujuk 100 peratus resepi en Mat gebu nih

tapi saya punya kaler lain macam siket..terlebih kicap gamaknya haha

tak ape lah..janji resepi ni sangat Sedap !!!

betul kata  en Mat gebu, bila makan esok harinya lagi sedap

mungkin sebab perapan manis dan masam kicap dan asam jawa  tu

lebih  terasa bila keesokannya…

Pada saya menu ni sesuai untuk juadah waktu bersahur la

sebab saya tak berselera sangat bersahur dengan menu berkuah macam sup atau tomyam tu

lebih suka yang kering2 macam ni.

Untuk pengetahuan korang, resepi ayam pong teh ni berasal daripada Melaka

turun temurun daripada koleksi resepi Peranakan Baba dan Nyonya.

Kami laki bini memang gemar dengan makanan Baba nyonya nih

tak tau pasai apa hihi..tapi kalau bab makan memang kami suka

memasing badan dah macam pau comey ^_^

ni saje nak upload gambar bahan-bahan untuk resepi ayam pong teh

sesajer rajin nak menyusun untuk ambik gambar …hihi

bahan-bahan ni hanya untuk  7 ketul ayam sahaja.

IMG_3405

Sayang nya kentang saya tak masak  T_T

rasanya macam dah lama reneh dalam kuah tu

mungkin saiz kentang saya besar kot …

nak potong kecik2 tak boleh nanti tak cantik…

paling risau takut tak sama pulak dengan gambar ayam pong teh en mat Gebu hihi…

better korang rebus dulu kentang tu  sekejap

bagi separa masak dulu sebelum masukkan dalam ayam

nanti tak dapat makan macam saya  🙁

 

wf

Berbuka malam tu makan ayam pong teh ni

diregu kan pulak bersama dengan sayur brokoli masak sos tiram

nyum2 nyummy….

suami saya ni memang suka makanan yang bersos tiram

masak lah apa jer resepi bersos tiram ni..memang gerenti  habis.

IMG_3445

kulit tak nampak licin sebab keras lagi…baru keluarkan daripada freezer

Untuk manisan pulak selain daripada buah kurma

saya cuba jugak buat durian creepe

memandangkan buah durian ni  merata rata  terjual kat Seri Iskandar ni

kome menerai lah buat jugak..hihi lagi pun durian ni feveret kome …

next time kome kongsikan resepi durian creepe pulak yer….

 

berp..berp…berp…

alhamdulillah…kami dah kenyang berbuka puasa tadi dengan ayam pong teh

korang bila pulak nak cuba memasak ayam pong teh nih?  mihmih…

tak ape puasakan sebulan…

masih ada banyak masa lagi selain

selamat berpuasa daripada kami laki bini ^_^

 

FREE COOKING CLASSES

Hai,

Jelesnya dengan orang2 kat klang valley sana

sebab macam2  aktiviti best kat sana…

percuma pulak tu, sob..sob saya tak dapat join…jauh sangat  T_T

ada FREE COOKING CLASSES la korang dekat KL

belajar memasak  rasberry almond tart!!!

dap nyer rasberry almond tart …nyum2…

haha pada sapa2 yang berminat nak belajar memasak Rasberry Almond Tart

secara PERCUMA, boleh lah datang ke Pantry @Jaya Grocer, Empire  Subang

pada 28 JUN 2014, JAM 1.00 PM &  3.00PM

Jaya Grocer, Empire  Subang ,
Jalan SS16/1, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
03-5635 9858

tapi first-come, first-served lah yer…benda free kan macam ni lah

so korang kena pastikan tengah hari tu dah terpacak kat sana hahah

Untitledada lagi good news untuk korang…

bagi yang tak dapat join kelas memasak pada 28 june 2014…

korang boleh pergi pada esoknya 29 jun 2014 sebab ada kelas untuk resepi lain pulak

haha yang ni pon best jugak Banana Custad Pie

tapi yang ni dekat Jaya Grocer The  intermark pulak , okeh ni detail tempat tu

Jaya Grocer The  intermark ,
348 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
03-2161 1323

Session #1 – 1:00 pm – 1:45 pm
Session #2 – 3:00 pm – 3:45 pm

10403712_746785442030844_485285851412720056_n

 

jangan lepaskan peluang yang best macam ni

kalau saya kat sana confirm pergi

tempat belajar pon selesa

Jaya_Week of Taste-002

Cooking Studio, Jaya Grocer the Intermark

yang lagi best  lepas jer belajar…terus boleh beli barang2 dekat  Jaya Grocer..

saya suka shopping dekat sana sebab macam2 barang import yang ada kat sana

so senang nak memasak, ikan pon fresh…

mostly yang datang sini ramainya  foreigner la sebab nak dapatkan bahan masakan

dari negara diorang …

Kalau kat pasaraya biasa macam giant, tesco memang payah jugak nak jumpa

sebab banyak daripada local jer..

Kadang2 nak jugak memasak resepi pelik2 sket kan…

jaya Grocer lah tempat nya kalau nak cari bahan masakan

Harga pon saya tengok lebih kurang jer dengan Tesco …

kecuali untuk bahan import….bab halal jangan risau ada banyak jugak yang halal

haritu pergi memang saya duk belek2 cari logo halal jer…hihi

Yelah kena juga beringat kan…

Kalau ada yg pergi cooking class sabtu ahad ni, share la sekali resepi kat saya yer..

gambar tu penting hehe..

Bagi yang sentiasa nak tahu kelas memasak yang akan datang

korang boleh LIKE  facebook Jaya Grocer

Kat sana macam2 maklumat boleh dapat…

korang pon boleh berhubung terus dekat admin  facebook Jaya Grocer

contohnya nak tanya dulu ada tak bahan2 makanan import yang korang nak cari kat sana..

Kalau tak ada tak payah pergi…hahha best kan?

jimat masa dan duit heheh

 

 

 

 

Petua hilangkan racun dalam sayuran

Hai,

Borak panjang saya hari tu dengan ayah mertua

Tup2 keluar pasal racun dalam sayuran

Sekarang ni kan ada macam2 produk untuk pastikan

Sayur tumbuh subur…

Tak ada dah orang nak guna baja organik dah

Selain mahal dan leceh la kan…

Mana dah ada kilang sayur yang nak kutip tahi lembu

Untuk jadikan baja hihi

Tapi mama masih guna baja organik

Sisa perut ikan dan air basuhan beras

Memang subur betol tanaman labu dia

20140603_105603

So kita sebagai pengguna terpaksa lah ambik tindakan

Yang bijak kan…

Mencegah dari awal kan lebih bagus

Hah ni nak kongsi petua dari ayah mertua saya

Sayuran yang dibeli kat pasar tu rendam dulu dengan

Larutan air garam …

Biarkan selama 10 minit

kemudian baru bilas dengan air .

Atau pun boleh juga dengan memasukkan

Hirisan halia ke dalam masakan sayur tu

Kalau halia tersebut berubah warna kepada warna hitam

Hah…tu bermaksud ada racun dalam sayuran tu ler…

 

 

 

 

Resepi Ayam Burma

Hai,

Kali ni saya nak cuba masak resepi daripada blogger masakan terkenal Mat Gebu

Sebelum kahwin selalu jugak dengar kawan2  dekat sekolah yang mak-mak ni

kerap  duk menyembang pasal blog Mat Gebu ni

Kata mereka macam-macam pilihan resepi ada, dan yang paling penting sekali MENJADI!!! hehe

So hari ni saya duk belek2  blog MAT GEBU  nak  pilih resepi baru ^_^

Nak jalan2 jauh sikit, kita nak cuba masak resepi ayam burma

kelassss gitu..

 

BAHAN-BAHANNYA

500 gram ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
3 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 camca besar rempah kari daging 
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 biji tomato, belah 4
15 helai daun pudina
Secubit gula

BAHAN KISAR HALUS 🙂
3 biji cili merah, buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai, hiris halus

 

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  2. Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..

 

IMG_0830

bahan-bahan untuk menumis

 

Simple kan? saya tak ada lah pulak daun pudina tu..maka saya gantikan jer dengan daun kari ..kiki

sesuka hati secukup rasa jer tukar orang punya resepi

Tapi bak kata MAT GEBU , rasa pudina tu tak lah ketara sangat dalam masakan ayam Burma tu

jadi boleh ler kita skip ajer tang daun pudina hehee..

 

IMG_0848

Taraaaaa!!!!!!

Resepi Ayam Burma rasanya lebih kurang macam masak kari tanpa santan

sesuai lah bagi korang yang nak elak kolestrol tu kan…yang tak ambik santan dalam menu harian

Makan pulak dengan papadom…pergh!!

nasi panas2 lagi…memang meletup2 dalam mulut korang tu nanti..heheh

Selamat mencuba yer korang ^_^

 

 

Resepi Kerabu Pucuk Paku tanpa Kerisik

Hai ,

Biasanya orang buat kerabu pucuk paku wajib kena ada kerisik kelapa

Saya tak pasti fungsi kerisik tu untuk apa

sebab nya kalau untuk bagi rasa lemak kita dah taruk santan kan?

Kesimpulannya untuk bagi rasa lagi sedap lah tu…

Saya bukan jenis penggemar kerabu yang taruk santan ni

Tapi kebetulan semalam saya masak  lemak pucuk paku

dengan agak banyak lah jugak sebab kami ada tetamu  yang datang…

So hari ni ada banyak lebihan lemak pucuk paku ni

Nak di buang, sayang pulak sebab memang cukup berlemak betul

saya tuang sebungkus santan dalam periuk semalam, tak ada sukat2 dulu haha….

Kalau di simpan confirm ke tong sampah jugak akhirnya santan tu

Hari ni duk garu2 kepala…

tak kan nak hidang menu sama untuk laki kan?

tetibe ting..ting..ting….

bunyik loceng plak dalam kepala , haha kita modified jer lah

masak lemak  pucuk paku tu bertukar  jadi kerabu pucuk paku!

Terus cepat2 google cari resepi kerabu pucuk paku …

Resepi 1

Resepi 2

Resepi 3

ada banyak lagi resepi kerabu pucuk paku yang sedap2

tapi semuanya kena ada kerisik

saya malas betul nak buat kerisik ni

nak kena keluar beli kelapa la dulu, part goreng tu paling tak suka…

tumbuk bagi lumat tu ok lagi hihi nak senang jer semua kan…

bini sapaaaa la nih ^_^

20140606_110421

 

Tadaaaa…ni lah hasilnya

Bahan-bahan yang diperlukan 

1. Lebihan masak lemak pucuk paku yang dibuang kuah santannya

2. Ikan bilis dan udang kering

3. Hirisan bawang merah

4. Cili padi

5.Tomato yang dipotong dadu

6. Belacan

 

Langkah-Langkah 

1. Goreng ikan bilis dan udang kering sehingga garing , kemudian di tumbuk separa lumat bersama belacan

2. Kemudian gaulkan hirisan bawang merah, tomato, cili, dah bahan yang ditumbuk tadi sehingga cukup rasa

hahah senang kan resepi saya

Rasa pon tak da lah beza sangat dengan kerabu pucuk paku original tu

Ni memang sesuai untuk korang yang tak brape nak pandai + malas masak macam saya nih ngeee

Selamat mencuba !!!!