Cara untuk panjatkan kesyukuran

bersangka baik

Assalamualaikum ….

Semalam rasa macam banyak sangat benda yang tuhan bagi lepas satu…satu  rezeki tanpa di duga, alhamdulillah…. Bukan rezeki duit tapi peluang2 untuk ke arah tu. Sebenarnya banyak tuhan permudahkan urusan ..

Dalam pada tu , lepas jer solat saya terfikir cara macam mana untuk bagi tahu pada tuhan  bahawa saya sangat bersyukur atas pemberiannya walau pun tahu Allah itu maha mengetahui… maka saya bukaklah apps iquran tu then taip perkataan syukur  dalam hati berdoa mintak dengan tuhan untuk diberikan jawapankeluarlah ayat ke 38 surah AR-RUUM .

surah  Ar Rumm ayat 38

surah Ar Rumm ayat 38

 

Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
   

Betul lah orang kata konsep memberi tu sama jugak dengan konsep Melabur

semakin banyak memberi bermakna semakin banyak pelaburan kita 

Tapi kekadang saya selalu skeptikal tentang menberi kepada orang yang kita

dah memang tahu yang dia mampu.

tapi hari tu dah ditegur oleh suami 

katanya kita bukan tuhan yang maha Mengetahui

kita hanya lihat dia mampu pada mata kasar kita sahaja

jangan memilih2  untuk siapa kita nak memberi

tapi memberi kepada sesiapa sahaja kerana ALLAH S.W.T .

Insaf jap…betul la tu bak kata pensyarah saya dulu En Hasnul Jamal Saidon

jangan tengok siapa yang beri nasihat kat kita…

tengok dan nilai nasihat yang disampaikan

contohnya penagih dadah bagi nasihat jangan lah hisap dadah tu 

bahaya…..kita pulak jawab arghh sudah la …ko pon sama jer 

kita pon hisap..tup2 kena tangkap …yang bekas penagih tu dah berjaya 

sebab dah serik nak ambik benda yang boleh membinasakan masa depan tu …

konsep mudah jer kan? tapi untuk adapt dalam diri tu sangat payah.

Pagi ni pulak saya terjumpa satu video ni ..memang berjaya buat saya menangis

dan terdetik untik share dekat blog

Homeless Gets $1000 For His Honesty (Wallet Theft Experiment)

kita tak tahu betapa perlunya duit utk pakcik tu 

dan kita tak tahu setakat mana kemampuan pakcik tu ..

peranan kita hanya memberi ..

tuhan yang akan tentukan selebihnya …
 

Program Amal Baju Raya 2014

Hai,

Salam ramadhan semua

ada berita baik bagi korang yang tinggal di klang valley

paling baik yang di sekitar jalan duta sana tu

ini lah masa nya kalau nak kemaskan baju2 lama yang masih elok  dalam almari tu

jangan di buang macam tu jer..

ambik masa untuk basuh, taruk softlan sket bagi wangi2

sebab ada program amal baju raya pada hari  sabtu 5 julai 2014

bertempat di masjid wilayah persekutuan kuala lumpur

masa 8.30 pagi hingga 2 petang

10530698_888178347864578_8959448524009651939_n

program ini adalah program pengumpulan baju raya baru lama semua peringkat umur

tak kira lah lelaki  atau pun  perempuan mahu pun kanak2

Kalau ada yang berhajat nak ke  PUBLIKA KL

boleh la singgah sekejap di masjid wilayah untuk sedekahkan baju2 korang tu

korang digalakkan datang awal untuk memudahkan kerja pengagihan.

Bawak banyak banyak baju raya lama dan baru, tudung, jubah abaya, baju kanak-kanak

Pastikan dah dibasuh bersih ya? Bulan Ramadan banyak pahala jika bersedekah

Alhamdulillah program yang amat bagus ni insha allah akan mendapat banyak sambutan

Sesi pertama telah berlangsung di   Masjid UPM pada 7 Jun 2014

sesiapa yang berminat nak jadi sukarelawan  untuk projek akan datang boleh tengok ni

 

1619115_882884238393989_7171375894367214231_n

saya berharap sangat  program ni akan berlangsung jugak di perak ni nanti

rasa cam seronok kalau dapat join ^_^

baju pon ada banyak jugak yang tak dapat nak pakai dah sebab dah gemok hihi

Kalau korang nak tahu aktiviti  seterusnya bagi Program Amal Baju Raya 2014

boleh Like facebook Program Amal Baju Raya 2014 

atau pun di twiter #Bajurayaproject

banyak info kat sana

selamat bersedekah ^_^

 

Kelebihan surah yusuf

Hai

Hari ni nak kongsikan tips sket daripada kakak2 kat sekolah.

Kelebihan surah Yusuf ayat 4…

Bukan sebab nama sekolah baru saya Sultan Yusuf tau…hehe

surah-yusuf-ayat-4

Maksud: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”

 

Ayat daripada surah yusuf  ni sangat bagus dibaca dan di hembuskan pada anak2 supaya mewujudkan rasa hormat mereka kepada ibu bapa..Kalau macam saya untuk anak-anak murid lah kan…

Kakak ustazah kat sekolah suruh saya amalkan surah yusuf ni.

Langkah-langkah amalan surah yusuf  :

1. Baca al fatihah

2. selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W

3. Baca ayat ni sehingga lah ayat    Lii Saajidin… ulang 3 kali kemudian di hembus kepada anak2.

 

Budak-budak sekarang pengaruh luar tu sangat besar ..

Payah kalau nak kawal, dugaan besar bagi cikgu cikgi ni

Terutamanya untuk saya lah…. mengajar budak menengah atas, dia tak nampak saya sebagai cikgu…

dia anggap kita macam kawan-kawan jer  mungkin sebab nampak saya macam muda sket kan..huhu

Memang tak boleh di marah langsung, kebanyakkan yang macam tu pon sebab daripada broken family…

Ok saya cuba memahami …

Kadang-kadang macam orang bercinta pon ada, ada on off relatinship dengan diorang hahaha…

Kejap baik, kejap gaduh. Time baik tu semua kerja kita diorang buat…

Tapi bila bergaduh, huh tengok muka kita pon dia tak nak!

Tapi bila bawak kan kuih ke kelas, siap berebut-rebut la pulak.

Sekarang ni saya suka belajar masak-masak n bawak untuk mereka.

Cuba pratik kan tips daripada sorang guru lelaki yang saya jumpa masa kursus CPD dekat A Famosa Resort dulu.

Dia cakap nak tackle hati pelajar ni senang jer ….

Bagi perut diaorang happy …hihi saya rasa bukan pelajar jer kan,

kita ni kalau diberi makan pree pon memang seronok sangat-sangat dah.

Tahun ni memang berbeza lah

mungkin pengalaman 4 tahun di sekolah lama sedikit mematangkan saya.

Mengajar pelajar yang semuanya lelaki buat saya kena korek balik ilmu2 psikologi yang pernah belajar dulu.

Dugaan besar betul, mereka adalah golongan majoriti di sekolah ni….berbeza betul dengan 2 buah sekolah lama.

Tapi takpe saya sahut cabaran ni!!

Harap saya istiqamah mengamalkan ayat dari surah yusuf ni

Moga sedikit perkongsian ini dapat membantu korang

Apa yang penting adalah keyakinan dan istiqamah dalam amalan.

Kalau tak berhasil jangan kita hanya sandarkan salah pada ayat,

tetapi nilai dan muhasabah semula pada diri kita ..

adakah kita istiqamah dalam amalan kita…

yang penting kita cuba untuk berusaha..betol tak?

 

#cuba amalkan

 

Apabila suami berkata-kata

Hai,

Suami ni bila berkata2 memang terkesan betul di hati saya, sejak dari zaman belajar lagi…tak tahu kenapa…..kalau saya masih muda mudi andaian saya mungkin  macam ni  ” ini  lah  yang dikatakan jodoh” . Tapi sebab waktu menaip nih umur pon  nak masuk 3 series dah,  andaian  saya mungkin  macam nih “mungkin sebab pengalaman hidup kot” …. BM dulu  memang dia dapat A pon…dah check dia punya sijil SPM  kikiki.. … tapi bukan sebab kata-kata dia  buat saya terjatuh cinta la kan…huhuhu..

 okey, sambung balik…..

pagi tadi selepas solat subuh sambil suami menaip,  tetiba dia pandang saya…sayang abang suka bila sayang mengaji al quran…tapi abang akan bertambah suka kalau sayang mengaji untuk mencari jawapan…Contohnya kalau syg rasa benci sangat kat seseorang tu, syg taip jer kat search perkataan benci..semua  berkaitan benci yang ada dalam al quran akan keluar…baca yang itu dulu  cuba fahami…kalau masih belum faham, cari ustazah atau ustaz…semua persoalan syg akan terjawab….hurm terdiam sekejap…mungkin tadi dia ada terdengar saya membaca al quran surah Al – Hasyr dengan lancar tanpa tanpa ada waktu berhenti untuk baca terjemahan ( ini adalah surah amalan sewaktu tinggal di asrama …kisah surah ini dan fadhilatnya dah diterangkan secara ringkas oleh ustazah dan exco agama di asrama dulu)…kelebihan surah Al-Hasyr

mungkin suami tak nak saya membaca al-quran dengan kosong…Terima kasih pada suami menyedarkan saya tentang sesuatu…Saya tak membaca terjemahan surah ini pagi tadi dengan alasan saya pernah membacanya sewaktu di asrama dulu dan  pernah diterangkan oleh ustazah,  exco agama dan juga melalui ceramah di kaca tv…kononnya dah tahu tapi saya lupa bahawa dalam pada kita meniti usia…setiap persoalan yang terbina di minda kita, setiap masalah yang mengjengah kita sentiasa berbeza-beza tetapi dalam tema yang sama ….maka  setiap jawapan yang kita perlukan adalah berbeza mengikut kitaran hidup. Mungkin dulu saya bencikan sesuatu sebab saya tidak puas hati dengan manusia…tapi sekarang saya benci kan sesuatu disebabkan sikap  diri  sendiri??…

Mungkin dulu pada zaman kanak2 apabila membaca buku cerita robin hood, saya mengganggap robin hood adalah watak jahat.. sebab cikgu kata mencuri tu dosa…tapi sekarang bila dah makin dewasa baru saya faham dalam persepsi yang sudah berbeza, robin hood mencuri untuk  membantu orang lain…( hehe ni jer contoh paling mudah yang tetibe keluar kat otak saya)

Robin-Hood-Cast

sumber : en google

Hidup sekarang dah makin mudah, terkadang saya terleka… payah nak  baca terjemahan tu bukan lagi alasan sebab sekarang dah ada mcm2 apps  seperti  iQuran Lite nih

iQuran-Pro

hanya perlu install saje ke smartphone korang sumber : en google

untuk lebih detail boleh klik di SINI

Saya perlu berubah…saya perlu amalkan…dan yang paling penting saya kena dengar kata suami  ^_^

 

#dengarkatasuami

 

 

Masih belum terlambat….

Maksud bacaan dalam solat….

Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

D.e.t.i.k.  w.a.k.t.u