5 Sebab Mengapa Perlu Makan Oat

Hai,

kali ni nak citer bab2 pemakanan yang sihat pulak

kikiki …dah makin tua ni bab2 makan kena jaga la kan

setakat ni masih belum ada penyakit kronik kecuali penyakit hati sengaja cari penyakit namanya 

sapa yang suka makan oat? ramai kan

kecuali mak saya la sebab dia kata oat ni dah macam rupa muntah kucing

okeh, ni yang mak saya maksudkan….

PepsiCoQuakerOats

http://www.quakeroats.com/products/hot-cereal.aspx

 

tapi agaknya kalo hidangkan kat dia yang macam ni takda la nampak sangat  macam muntah kucing sangat kan

download

http://www.quakeroats.com/products/hot-cereal.aspx

hehe yang ni nampak la menarik sket…

tambah berries sket, supaya lupakan muntah kucing waktu makan tu.

korang macam mana suka makan x?

saya dan hubby taklah berpikiran macam mak tu ..

tapi memang tak berapa gemar pagi2 atau sesaja nak makan..

pagi2 mesti roti canai..tak pon nasi lemak ….

sebab tu memasing macam dah dipam2 dah ni hahaha

walau pun saya  tahu  bahawa oat mampu mengurangkan kadar kolesterol..

tapi ramai jugak yang tak tahu macam mana nak dapatkan khasiat sepenuhnya dalam oat tu

kita sebenarnya  perlu mengambil sekurang-kurangnya tiga mangkuk mil oat (oatmeal) sehari,

selama 60 hari berturut-turut…

kalau pergi check kt klinik tengok kolesterol korang masih tinggi

maknanya pengambilan oat tu masih belum mencukupi la tu..

jadi macam mana nak mengatasi masalah bagi yang tak berapa gemar nak mamam oat ni?

20141012_184309

oats for rice

 

haha saya dah jumpa penyelesaiannya…oats for rice !!!

senang sangat campurkan dalam beras dan masak jer bersama2

macam ni

 

20141012_184655

oats for rice

basuhkan bersama2 dengan beras korang tu …

cuci sampai bersih kemudian masak la nasi tu macam biasa

taruk la oat  lebih kurang segenggam tangan untuk 1 pot beras tu

bila dah masak macam ni lah rupa nya

20141017_200126

oats for rice

hah ada rasa2 sihat tak bila nak ngap nasi ni ?

salu pikirkan pasal kanji dalam beras lepas makan nasi kan..

tapi kali ni pikir habis la ko kolestrol dalam badan …semua oat akan serap ko lepas ni !!!!

hahah  dah macam bergaduh dengan kolestrol pulak dah hehehe…

kenapa kita kena ambil jugak oat dalam diet harian ni?

ada banyak khasiat oat ni antaranya :

1.  Bagi penghidap diabetis, oat membantu mengatur kadar gula dalam darah. Asia Pacific Journal of Clinical Nutritionmenunjukkan bahawa beta-glucan yang terdapat dalam oat dapat membantu mencegah peningkatan kadar gula dalam darah secara drastik pada pengidap diabetes

 

2. Pengambilan oat di dalam menu harian juga mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama.Sekaligus ia mengurangkan pengambilan makanan harian dan menurunkan berat badan. waaaaa bleh bagi KURUS !!!

 

3.  Pengambilan oat bukan sahaja bagus untuk jantung kerana kandungan fibernya,tetapi juga sebagai pelindung yang bagus untuk saluran penghadaman.

 

4. Oat juga mampu mengurangkan kadar tekanan (hypertension) serta merangsang sistem imuniti badan.So kalau you all selalu stress, eloklah jadikan oat sebagai menu harian ya.

 

5. tak rugi pon makan sebab boleh jugak melancarkan proses penghadaman makanan..so pagi2 takde masalah nak bikin projek besar…hahaha

 

 

#kami dah, korang bila lagi?

 

 

 

 

Kuih Kapit Berperisa di Seri Iskandar, Perak

Hai,

Bulan Ramadhan ni sepatutnya makin kurang lah berat badan…

tapi nampak gaya nya macam makin nak bertambah2 berat nih

mana tak nyer berbuka tu dah tentu la makan kan..

selesai berterawih tu makan lagi..

sambil temankan hubby tengok bola tengah malam tu ngup ngap ngup ngap lagi

haha tak tahu la bila boleh kurus balik nih .

Sekarang ni tengah ketagih makan kuih kapit berperisa!!!!

non stop duk mengunyah jer, 1 hari boleh habis setengah balang saya sorang jer!!

kenapa lah kuih kapit berperisa ni sedap sangat

IMG_1332

nah sebalang kuit kapit flava perisa strawbery

Sebalang ada 50 keping, sehari jimat2 makan supaya tak cepat habis hihi

Makan ni sekejap jer korang tak kan sedar tengok2 dah nak habis

mungkin sebab kapit ni crunchy sangat dan lain daripada biasa sebab ada perisa …

yelah salunya makan yang kosong je kan

kali ni jumpa yang lain dari kebiasaan..bersungguh ler makan hihi

Sesiapa yang tinggal di sekitar seri iskandar ni, kalau berminat nak makan boleh order kat sini

IMG_1453

 

 

 

 

 

 

 

stimboat & grill Seri Iskandar

Hai

Seminggu sebelum cuti sekolah ni saya malas betul memasak

Satu sebabnya barang dapur dah habis

Nak pergi beli tapi serba salah

Nanti kami tak ada kat rumah agak lama

Rugi pulak nanti lauk dah tak fresh kan…

Tak sedap nanti bila masak2…

karang ayat baik la kat hubby baru menjadi hehehe ^_^

Minggu tu memang rasa nak menerai kedai2 makan yang baru kat seri iskandar nih

Semuanya tumbuh macam cendawan!!!

Macam2 pilihan yang ada

Kali ni nak menerai stimboat & grill seri iskandar

20140527_223745

Kedai  Double A Steamboat & grill

Kali ni aim nak makan daging banyak2

Tak tahu lah kenapa seminggu ni rasa nak daging jer

Dah macam karnivor pulak hihi

IMG-20140529-WA0007

 

memang datang nak makan daging banyak2

cuma bagi sesiapa yang suka perapan yang macam satey tu

boleh la datang sini ….

cuma tak ada kuah kacang jer…hihihi

20140527_212229

 

hubby yang memasak hari ni yer..

saya makan yang dah siap jer hehe

20140527_215834

Budak -budak kat tempat ni lah diorang paling suka

ABC maker !!! seronok duk cedok coklat chip dan coklat rice  banyak2

tambah lagi dengan ais krim yang kat sebelah tu

Abc diorang dah macam cokelat smarties dah

warna warni diaorang buat

IMG-20140529-WA0004

kalau steamboat nya yang macam  ni lah

ada 2 pilihan sup yang korang boleh pilih

macam biasa sup ayam atau sup tomyam

Kalu yang tekak melayu tu mesti suka sebab sup ayam ni yang berempah

Erm cuma sos yang ada kat sini sos botol jer

tak macam johnny’s restaurant tu ;(

Kita tengok harga pulak

20140527_223805

 

macam mana harga ok x?

pada saya boleh tahan lah jugak…

tapi o.k lagi sebab memang ada banyak pilihan

cuma tak sempat ambik gambar jer aritu

Bagi yang tinggal area Seri Iskandar ni boleh lah datang makan kat sini

Kalu nak cari senang jer

Double A Steamboat & grill terletak sederet dengan kedai makan D’ Lengkuas ,

kedai periuk Besar , senang jer

 

Nasi kukus Utara

Hai,

perjalanan jauh betul harini

Daripada seri iskandar —->manjung —-> teluk intan —-> damansara —-> cheras

ada jer tempat nak merayau-rayau kan…

seronok jugak dengan kereta yang tak banyak atas jalan

tapi bila dah masuk KL tu paham2 la…

jem toksah citer, hari jumaat lagi melampau lampau jem nye

Kami ni jarang sampai KL siang2

salu nya malam baru sampai

tapi kali ni hubby nak gerak pagi

saya dah seronok sangat, dalam kepala dan plan macam2 nih hihi

Satu benda yang dah ada dalam kepala saya ni  adalah nak pergi makan nasi kukus utara!!!!

gerai ni terletak di damansara damai

 

20140530_125330

gerai tepi jalan jer..tapi masyuk !!

selalunya macam ni lah

kedai ni tak pernah putus dengan orang

sekali beli bukan sebungkus dua

3 bungkus dan ke atas wajib

ayam goreng dia ada 2 pilihan jer kepak atau peha

hubby kata ayam yang dibelah 4 bahagian …hah besar kan?

Memang sedap sangat2

makan dengan ayam goreng rempah +kuah lemak kuning + Acar/ jelatah + sambal cili + timun

pergh!!!

20140530_125541

nilah kakak2 tangan besi

non stop duk pegang bekas nasi kukus panas2 tu..

kot kalo saya lah tiap-tiap hari macam ni

confirm tapak tangan dah mengeras

jenuh malam2 duk sapu lotion ler…hehehe

Saya mula makan nasi kukus utara kat sini since 2009 lagi

time tu hubby kerja kat area damansara damai

So kalau jer nak jumpa saya time tengah hari tue

wajib tapaukan nasi ni untuk saya hahah

membuli demi membuktikan kasih sayang orang kata ^_^

tapi time tu makan nasi banyak pon tak gemok2 jugak..sekarang ni jer…T_T

20140530_125752

 

Nasi yang dia bagi 2 mangkuk kecik nih

kira standard la dengan kedai nasi kukus yang lain

20140530_125644

hubby gigih tunggu lama sket sebab nak tunggu peha ayam masak hihi

dah lama dia tak dapat makan nasi kukus ni sejak bekerja kat Perak

dapat sekali sekala pon jadi lah…

20140530_125336

okeh ni senarai harga nasi kukus utara ni

harga kira murah jugak la kan

berbaloi dengan kesedapan rasa

laksam tu pon murah…

kat kantin sekolah semangkuk dah rm4.50  🙁

Nasi Kukus utara ni jugak ada bukak cawangan lain dekat depan penjara sungai buluh

saya tak pernah la lagi pergi sana , tapi next time boleh cuba

jenis yang suka menerai ni kan macam ni lah…hahah

Sape2 yang tinggal area damansara boleh la cuba nasi kukus utara ni yer…

tadaaaa….

 

#NasiKukusUtara

NASI BERIANI GAM MUAR di Seri Iskandar !!!

Hai ,

 

Sejak dah dapat pindah ke perak ni, berat badan makin mendadak naik la pulak

Selera makin menjadi2, lagi lah bila dapat hubby yang suka makan nih..hihi

paling tak tahan suka nak menerai sumer kan….

Seri Iskandar ni pulak adalah bandar yang tengah nak naik dengan pesat

segala macam2 jenis kedai baru yang naik

kalau  kedai mamak tu saya rasa  dah lebih daripada 10 buah kot yang  ada kat sini

tinggal poket kena penuh jelah kan…haha

poket tak penuh, alamatnya nengok je ler yer…

hari ni pusing2 bandar Seri iskandar ni terjumpa pulak nih

nasi beriani gam muar!!!!

2

 

uish bab makan ni saya dan hubby memang tak boleh kalau tak cuba

pantang jumpa kedai makan baru kat sini

dah jadi macam bersalah pulak kalau tak masuk dan rasa hahaha…

bagus tak kami?

Macam-macam pilihan menu asli  Johor ada, daripada pelbagai jenis briyani, soto, mee rebus pon ada

tak payah susah2 nak turun Johor untuk rasa nasi briyani gam yang kaw2

sini pon dah cukup lengkap rasanya.

3

 

ni paling penting lah, kedai yang bersih menjadi keutamaan kami ^_^

 

4

 

Nasi briyani gam kambing yang kami rasa ni memang terbaik !

nasi dia yang lembut, daging kambing pon tak liat

sangat memuaskan hati

korang yang sekitar Seri iskandar ni wajib rasa tau sebab memang berbaloi

harga pon ok jugak

briyani gam kambing RM 10 , briyani gam daging dan ayam cuma RM 8

yang bawak anak kecik tu boleh share jer nasi sebab memang banyak sangat.

Saya sebenarnya nak rasa nasi briyani gam ayam, tapi sebab kami sampai pon dan lewat

yang tinggal cuma kambing dan daging je 🙁

Takpe, next time saya wajib pergi lagi nak menerai menu lain pulak.

Waktu operasi restoran nasi briyani gam muar ni adalah

dari jam 7.00 pagi – 10 malam 

Amacam nak menerai macam kami x?

kalau ada rasa2  tu boleh ikut peta nih

5

 

nak buat tempahan untuk sebarang jenis majlis  pon boleh

korang contact jer sama ada abg Din atau abg Najib, peramah orangnya….

no tepon dah ada kat atas tu okey….

Selamat menerai semua 🙂

 

#nasisedap!

 

 

kek kahwin sedap di kota bharu

Hai

 

Kali ni nak review  pasal kek kahwin saya tahun lepas..huhu

kenapa nak review? sebab saya sangat berpuas hati dengan kek tu

Antara sebab yang saya seronok sangat nih:

  • makcik sponsor
  • sangat cantik
  • sangat sedap

Jarang saya jumpa kek kahwin yang cantik dan sedap. Selalunya yang jumpa memang sangat cantik, tapi tak sedap sangat ( ikut tekak saya la kan) ..

Dulu berangan nak fondant cake …nampak cantik sangat kek jenis tu dalam gambar. Tapi bila survey harga mak ai memang mahal, itu baru setingkat bayangkan kalo nak yang bertingkat2 alamatnyer memang tak ada yang sanggup nak sponsor lah kan…

okey ni kek kawen saya ^_^

001-DSC_0346

ngam-ngam jer dengan saiz meja

 

amacam cantik x?  hehe…

nampak macam fondant cake kan? tapi sebenarnya pakai butter cream jer….

Tahun lepas memang susah hati nak survey tempat nak tempah kek ni.

Duk survey dekat 4 bulan jugak, payah la sket saya kat negeri sembilan..kek pulak kena tempah dekat kota bharu

So internet je lah sumber yang ada untuk cari…

Nasib baik tergerak hati nak tanya sedara mara….sebab tu orang kata jangan jadi bodoh sombangkan hihi

Saya saja2 wassup makcik kat K.B, dia ada suggest untuk tempah kek kahwin dengan kakak suhaila ni..

Katanya sedap, office mate dia pernah tempah untuk sambutan raya kat office.

Saya belek-belek la kek yang kakak suhaila  buat dekat facebook   dia.. memang cantik2 kek kahwin  nyer..

confirm dalam gambar kawen nanti mesti cantik macam nie

 

003-DSC_0348

 

 

so siapa-siapa yang nak kawen  kat kota bharu dan kawasan sekitarnya tu , korang dah tak payah nak susah hati macam saya dulu…

tempah jer  kek  dengan kakak suhaila. Boleh tengok koleksi kek kahwin yang lain  dekat facebook dia

orang nyer ramah dan baik hati..

yang paling penting hasil kerja kak suhaila ni sangat sedap dan cantik!!!

Lupa pulak nak bagi tahu harga, kek kahwin  3 tingkat yang cantik dan sedap ni cuma berharga RM270 sahaja…

murah kan?? memang berbaloi dengan rasa yang sangat sedap nih^_^

 

lagi koleksi dari facebook kak suhaila ni

21765_543144562374349_338195684_n

 

317006_526579100697562_1089783381_n

 

74834_169750299713779_8360680_n

 

 

 

 

#keksedapdancantik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

yeay dapat pretzel

 

hai,

Balik dari kerja arini perut rasa lapar semacam, haish pelik betul  padahal dah makan koko crunch semangkuk kat umah + kuey tiow goreng lagi kat kantin pagi tadi …perut oh perut..

Rumah lagi 1/2 jam baru sampai..menyanyi2 dulu laa wahai perut…

Sampai jer umah  tengok ada parcel nih

unnamed

 

yeay!!! melompat2 keriangan lah saya ..hihi  perut pon sama gembira ^_^   nampak x ape yang ada tulis kat atas tue?

unnamed (5)

Yeay !!! saya dapat pretzel daripada madMarketproject .

Biskut Pretzel yang disaluti dengan pelbagai rasa yang memang ummph!  . Serious, sedap sangat !! First time saya  makan, sekejap je habis sebab biskut ni rasanya memang lain daripada yang lain dan bila makan, nak lagi dan lagi. Tak rasa muak lah kalau makan. 🙂

 

unnamed (4)

bagi korang terliur ..mihmih

Raya nanti confirm saya akan oder lagi…tak perlu susah payah nak pergi beli dan hantar bawak balik kampung…beli jer online dekat madMarketproject  terus selamat sampai kat kampung korang, jimat ruang bonet kereta hahah

Korang tak payah ler risau pasal biskut ni  pecah  ke tak nanti bila dah pos …sebab madMarketproject dah buktikan pada saya yang pretzel yang sedap nih   sampai dengan selamat …buktikan dah ada kat atas ni..hihih

unnamed (3)

tengok ler macam mana madmarketproject ni balut…

unnamed (2)

siap ada sticker FRAGILE lagi ..memang selamat ler biskut korang

 

Comel jer pretzel nih..saya memang suka benda yang comel2 nih…Korang wajib rasa tau…x rugi dan sangat berbaloi, yang paling penting biskut ni bagus untuk orang yang nak kurangkan manis dalam makanan..hihi..

rasa dia just nice lah..macam manis2 buah jer…selesa kat tekak

profile_1115170314_75sq_1393421817

ni logo kedai madmarketproject…

 

jangan lupa cari pretzel yang sedap ni dekat madMarketproject 

 

#pretzelsedap