Hotel Equatorial Penang

Hai,

nak citer sket pasal last minute punya plan waktu cuti kemerdekaan hari tu..

rabu sebelum sambutan merdeka hubby tetiba ajak ke penang

katanya mau release tension… bz berminggu dengan event jer..

tapi yang syoknya malam sebelum  bertolak baru kami  sempat survey hotel!!

hahah memang tak banyak pilihan ler…orang lain pon nak holiday jugak kan…

cadangnya mau lepak area belah2 feringgi sana…

tapi kalo dah namanya penang…pantang cuti confirm penuh..

so sudahnya kami ambik lah hotel ni

 

hotel-equatorial-ho-chi

penang equatorial hotel

harga bilik untuk 1 malam rm 350

tp yang terkezutnya deposit dulu rm 500…hahhaha nasib baik ada suami..

selamat duit shopping isteri hhihi

IMG_5780

penang equatorial hotel

hotel ni o.k lah…selesa , lokasi pon agak strategik

tak jauh sangat dengan sg ara dan bayan lepas …

penting untuk saya sebab ada orang tersayang yang tinggal kat situ

so senang la nak melawat diaorang..

cuma ini hotel lama…design bangunan pon nampak lama..

kecuali perabot yang digunakan masih baru

perasaannya sama macam bila korang masuk komtar yang sekarang ni

bangunan lama tapi  dah berubah wajah baru

haha macam tu lah perumpaannya .

jom kita tengok dalam bilik pulak ^_^

IMG_5795

penang equtorial hotel

bilik ni pada saya agak selesa…

walau pun dengan keluasan ruang bilik yang agak  terhad

sesuai untuk couple macam kami ni

kalau yang ada anak-anak saya rasa mungkin agak kurang best la..

tak ada ruang budak2 nak bergerak bebas

IMG_5778

penang equtorial hotel

suami saya dah mula menyusun kerja2 dia…

tengah bercuti pon masih ingat kerja…haiyya

IMG_5779

penang equtorial hotel

ruang ni yang paling saya suka …

sejak ada hobi suka membaca ni sekarang..hehe

bila mata dah agak penat tengok buku terlalu lama…

kita selak jer langsir tu untuk lihat pemandangan pulak

IMG_5797

penang equatorial hotel

dari bilik saya ni  boleh nampak terus bukit jambul

bukit yang real o.k…bukan shopping mall bukit jambul tu hihihi

nampak tak rumah besar tu?

saya kasi zoom sket

IMG_5798

mak ai , tak tahu ler brape tingkat rumah ni …

besar betul …saya mencari cari jugak  pintu masuk rumah ni

duk zoom2  kamera pon tak dapat cari..

tup2 suami panggil masuk bilik..

agaknya dah tau bini dia nak skodeng lebih2 rumah orang hahah…

Dulu zaman belajar kat USM , saya suka lalu dekat perumahan bukit jambul ni

nak tengok rumah2 orang2  kaya penang sambil berangan jap

kiri kanan rumah besaq2…tapi setakat mampu tengok je lah

itu pon dah rasa bersyukur

IMG_6161

penang equatorial hotel

tapi kalau belah malam dari bilik kami ni boleh nampak jambatan baru pulau pinang…

malam ni malam kemerdekaan ..tapi saya tak sempat pulak nak ambik gambar bunga api

tempat paling meriah waktu ambang kemerdekaan dekat penang ni kat padang kota la..

tapi suami awal2 lagi cakap taknak pergi sana..

malas nak terperangkap dalam jem ;(

IMG_5776

penang equatorial hotel

nasib kami tak berapa nak baik dapat katil ni T_T

last minute punya plan macam ni lah kan…

tapi tak ape lah janji selesa

kalau yang ada anak2 atau yang datang berempat pon boleh ambik bilik ni

sebab katil single ni boleh muat 2 orang ^_^

IMG_5793

penang equatorial hotel

pantry macam ni standard la ada kan kat mana2 hotel  + mini free freezer

jajan pon ada ..siap dengan harga

so senang korang nak buat pilihan nak makan yang hotel punya atau beli jer kat luar

contohnya potato chips tu hotel punya harga rm8 , tapi seven E punya harga rm2.60 hhaha…

IMG_5791

penang equatorial hotel

bilik air pon selesa

 

IMG_5788

penang equatorial hotel

ni yang best semua lengkap ada berus + ubat gigi , razor, cotton bud , sanitary bag , talkum powder

so kalau korang tertinggal toiletries bag tu , tok sah risau semua dah ada..

perangai saya walau dah tahu hotel sediakan ..tetap nak bawak toiletries sendiri

dah tentu bedak kita lagi harum daripada hotel punya kan?

IMG_5787

penang equatorial hotel

bagi yang suka berendam lama2 dalam air, silakan

bath tub tersedia dalam bilik

tak perlu susah hati nak turun swimming pool tapi tak ada kawan..

berendam dalam ni pon jadi laa….

okey ini saja cerita pasal hotel..huuhu..

selamat menyambut hari merdeka !!!!

IMG_6283

saya anak merdeka