NASI BERIANI GAM MUAR di Seri Iskandar !!!

Hai ,

 

Sejak dah dapat pindah ke perak ni, berat badan makin mendadak naik la pulak

Selera makin menjadi2, lagi lah bila dapat hubby yang suka makan nih..hihi

paling tak tahan suka nak menerai sumer kan….

Seri Iskandar ni pulak adalah bandar yang tengah nak naik dengan pesat

segala macam2 jenis kedai baru yang naik

kalau  kedai mamak tu saya rasa  dah lebih daripada 10 buah kot yang  ada kat sini

tinggal poket kena penuh jelah kan…haha

poket tak penuh, alamatnya nengok je ler yer…

hari ni pusing2 bandar Seri iskandar ni terjumpa pulak nih

nasi beriani gam muar!!!!

2

 

uish bab makan ni saya dan hubby memang tak boleh kalau tak cuba

pantang jumpa kedai makan baru kat sini

dah jadi macam bersalah pulak kalau tak masuk dan rasa hahaha…

bagus tak kami?

Macam-macam pilihan menu asli  Johor ada, daripada pelbagai jenis briyani, soto, mee rebus pon ada

tak payah susah2 nak turun Johor untuk rasa nasi briyani gam yang kaw2

sini pon dah cukup lengkap rasanya.

3

 

ni paling penting lah, kedai yang bersih menjadi keutamaan kami ^_^

 

4

 

Nasi briyani gam kambing yang kami rasa ni memang terbaik !

nasi dia yang lembut, daging kambing pon tak liat

sangat memuaskan hati

korang yang sekitar Seri iskandar ni wajib rasa tau sebab memang berbaloi

harga pon ok jugak

briyani gam kambing RM 10 , briyani gam daging dan ayam cuma RM 8

yang bawak anak kecik tu boleh share jer nasi sebab memang banyak sangat.

Saya sebenarnya nak rasa nasi briyani gam ayam, tapi sebab kami sampai pon dan lewat

yang tinggal cuma kambing dan daging je 🙁

Takpe, next time saya wajib pergi lagi nak menerai menu lain pulak.

Waktu operasi restoran nasi briyani gam muar ni adalah

dari jam 7.00 pagi – 10 malam 

Amacam nak menerai macam kami x?

kalau ada rasa2  tu boleh ikut peta nih

5

 

nak buat tempahan untuk sebarang jenis majlis  pon boleh

korang contact jer sama ada abg Din atau abg Najib, peramah orangnya….

no tepon dah ada kat atas tu okey….

Selamat menerai semua 🙂

 

#nasisedap!