Peraduan Terima kasih cikgu!

Hai,

 

Lagi 3 hari jer lagi untuk sambutan hari guru…..

ini kali ke empat untuk saya sambut atau disambut hari guru  hihi

stesen Tv pon dan start iklankan pasal hari guru nih

Pada saya perasaan sambutan hari guru tu masih tak sehebat dengan perasaan bila waktu  :

  • result SPM keluar, ramai yang dapat A   ^_^
  • student kol bagi tahu cikgu saya dapat sambung belajar  ^_^
  • student kol cakap cikgu terima kasih ajar saya sebab saya dapat gunakan ilmu cikgu dulu dengan kerja saya sekarang   ^_^
  • time student yang paling nakal dalam kelas dulu  tetibe mesej dekat facebook cakap mintak maaf sebab dulu nakal sangat2 dalam kelas dan sekarang saya sambung jugak belajar dalam bidang macam cikgu walau pun saya tak dapat A dulu   ^_^

 

Semua tu sudah cukup untuk saya rasa berbangga dengan kerjaya saya…

tak perlu hadiah yang banyak

tak perlu ucapan terima kasih tanpa henti pada setiap kali 16 mei…

cukuplah anda semua berjaya dalam hidup masing-masing…

itu hadiah yang paling bermakna buat cikgu…

itu lah hari guru sebenar buat saya…

Tetibe rasa syahdu la  pulak huhuhu.

Okeh ini ada berita baik kepada semua yang masih bergelar pelajar.

Sempena dengan tema  sambutan hari guru 2014  iaitu GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI

kami guru malaysia ada hadiah nak bagi kat korang ^_^

jeng jeng….

hari guru

http://www.utusan.com.my/

Peraduan terima kasih cikgu !

Cara penyertaan senang sangat-sangat!!!!

Korang cuma perlu :

  • ambik gambar cantik-cantik dengan cikgu korang
  • upload ke facebook , twitter, atau instagram
  • Karang ayat yang kretif sket tak lebih 20 patah perkataan
  • Letakkan #hastag  #umterimakasihcikgu
  • Gambar korang akan terpapar dekat laman utusan online ( http://bit.ly/terimaksihcikgu)

Paling penting tarikh tutup penyertaan ialah pada jam 12 tengah malam pada 16 mei 2014!!!

hah ada masa lagi ni …

hadiah dia not bad jugak lah kan..

dapat la jugak ipad mini  dan ipod shuffle pree2 nih..mihmih ^_^

Kalau nak lebih detail boleh klik kat SINI

ni kira hadiah cikgu2 untuk korang lah ni terutamanya cikgu BM dengan cikgu Seni lah kan…hahaha

 

Selamat mencuba anak-anak murid semua !!!!

hariguru5

http://www.utusan.com.my/

 

Kalau nak tengok murid malaysia yang dah sedia upload, klik SINI 

 

 #sayasukajadicikgu

 

 

 

 

 

 

 

GURU  PENCETUS  KREATIVITI  PENJANA  INOVASI