Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014

Hai,

Lama betul tak update blog..

walau pun nak update ni bukan susah pon, taip jer kan membebel2 sesorang

kalo mood tu tak ada tak akan jadi jugak …bagi yang malas macam saya ni lah

tapi bila tengok jer ada contest yang best macam ni terus rasa nak share dengan korang

iaitu Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2014 !!!

jom kita menulis surat pulak , dah lama tak menulis surat ni..

last sekali masa tingkatan 4 jer…lepas tu memang langsung tak dah..hahah

telefon kan dah ada …

tapi sekali sekala kita kembalikan nostalgia menulis surat pon seronok jugak kan?

lagi seronok bila surat kita tulis tu boleh menang hadiah!!!!

waaa tambah keseronokan hahaha…

DSC00951

 

Untitled

Hadiah mengikut kategori

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

a) Peserta mestilah merupakan warganegara Malaysia.
b) Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja.
c) Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2014 kepada Sekretariat Pertandingan.
d) Surat yang ditulis mestilah mengikut tema yang ditetapkan
e) Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati surat yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
f) Surat mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja.
g) Surat mestilah bertulis tangan, kemas, dan mudah dibaca. Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan mesin taip atau computer. Peserta Kategori D OKU (Penglihatan) hendaklah menggunakan mesin taip Braille dan karya yang dihantar disertakan dengan terjermahan.
h) Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah patah perkataan mengikut kategori seperti yang berikut:

KATEGORI PERTANDINGAN 
i. Kategori A : Pelajar sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6)
ii. Kategori B : Pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5)
iii. Kategori C : Terbuka bagi rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke
atas
iv. Kategori Khas : Terbuka bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 9
tahun hingga 45 tahun
b) Pertandingan ini dibuka dari 1 Julai 2014 hingga 31 Ogos 2014.
c) Setiap peserta hendaklah memilih salah satu pilihan tajuk yang diberikan
seperti berikut:

MAKLUMAT PERTANDINGAN / TEMA

i. Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia
untuk menyatakan kenapa Malaysia menjadi destinasi pilihan pelancong
asing.

ii. Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia
tentang pengalaman dan keistimewaan melancong di Malaysia.

iii. Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia
tentang cadangan untuk meningkatkan industri pelancongan di kawasan
anda yang berkonsepkan Pelancongan 1Malaysia.

d) Format surat adalah SURAT TIDAK RASMI.

 Surat dan borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diposkan kepada:

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014
P.O. Box 1000
50796 Kuala Lumpur

k) Sila sertakan sampul surat kosong bersaiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM0.80 untuk pihak penganjur mengirimkan sijil penyertaan. Satu sampul surat untuk satu sijil penyertaan sahaja.

l) Setiap penyertaan bagi Kategori A dan Kategori B mestilah disahkan/dicop oleh pihak sekolah.
m) Sila nyatakan kategori anda di sudut atas kiri sampul surat penyertaan anda. Contoh sampul surat penyertaan yang mengandungi karya, borang, dan sampul kosong

Borang pertandingan DOWNLOAD  DISINI

pesanan : surat ini mesti ditulis yer..bukan ditaip, so jangan lupa pastikan tulisan korang kemas ^_^

untuk lebih details…korang boleh klik DISINI