Resepi ikan dori masak lemon

Hai,

Kali ni saya nak cuba masak resepi ikan dori masak lemon.

Ikan dori ni tak  dijual segar kat pasaraya, kat pasar pagi pon tak ada

yang ada pon dijual secara fillet ikan.

Murah jer…4 keping fillet dori ni kat tesco baru rm 5.66 ajer…

Ikan ni dibekukan dengan ais untuk mengekalkan kesegaran isi ikan

 

 

lithJohnDory

 

Kalau tengok rupa memang tak berapa nak lalu makan kan?

Hah tapi bila dah dalam bentuk fillet, sekeping pun tak cukup!

rasa dia yang manis2 tu memang sedap.

Saya kongsikan maklumat tentang ikan ni sket

Nama asli ikan dory ialah John Dory fish, ikan ini banyak terdapat di laut Mediteranian dan Atlantik. Dagingnya yang putih dan halus dan juga dikatakan mempunyai kandunangan omega 3, sodium,zat besi, magnesium,taurin,selenium,flourida, DHA dan EPA.

Bagi yang ada tekanan darah tinggi, kandungan DHA dan EPAdalam ikan dapat menurunkan tekanan darah.

Ikan  ini juga dikatakan ada mengandungi kandungan protein, vitamin, mineral dan asid lemak 3 yang mempunyai kesan baik untuk meningkatkan kecerdasan anak.

Hah banyakkan khasiat ikan ini, so tak payah nak ingatkan rupanya yang agak ganas tu 

sebab ikan ni sangat sedap!

kalo korang biasa makan fish n chip, ini lah ikan nya…

tapi dalam bentuk macam nih

 

20140512_170252

fillet ikan dori yang telah diperap bersama black paper

 

20140512_173645

bawang putih, bawang besar, cili merah dan capsicum

 

Bahan untuk filet ikan 
1) Filet ikan dori (2 keping)
2) Tepung jagung 
3) Air 
4) Minyak – untuk menggoreng (secukupnya)
5) Garam (1 sudu besar)


Bahan untuk Sos Lemon 
1) Lemon – diambil jusnya (1 biji)
2) Parutan kulit lemon (1/2 sudu kecil)
3) Bawang putih – dicincang (1 ulas)
4) Mentega (2 sudu besar)
6) kiub ayam & lada hitam
7)  bawang besar, cili merah dan capsicum

 

Cara -cara

  1. Goreng dulu fillet ikan dori sehingga garing.
  2. Panaskan minyak. goreng bawang putih, bawang besar, cili merah dan capsicum sehingga wangi.
  3. Masukkan air, jus perahan lemon, kulit lemon dan kiub ayam . kacau sehingga rata.
  4. Kemudian masukkan lada hitam. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan mentega dan kacau sehingga mentega larut dan kuah menjadi pekat.
  6. Curahkan kuah ke atas fillet ikan yang telah di goreng
Tada….sedia untuk dihidang
20140511_201533

yummy2 ^_^