Rumah mampu milik di Seri Iskandar

Hai,

Alhamdulillah mak dan abah selamat sampai ke rumah saya minggu lepas…

Yeay!!!!! dapat manja2 kejap pon jadilah kan…

nak balik jumpa selalu tak boleh atas sebab komitmen kerja

Tapi ingatan tetap sentiasa ada untuk mereka.  Mak abah  adalah segalanya untuk saya..

Jasa dan  pengorbanan mereka membesarkan kami adik beradik  tak akan saya lupakan

harap mak abah dah cukup berbangga dengan kejayaan  kami yang tak seberapa ini

Paling penting sekarang adalah dapat menggembirakan mereka

ini yang selalu kami adik beradik cuba lakukan

 Kegembiraan mak abah adalah bila anak2 berjaya

Kegembiraan anak2 pula apabila mak abah boleh tersenyum dengan bangga

IMG_0993

abaikan saya yang dah dah rupa cam bibik tue

Cuti sekolah kali ni mak abah turun bercuti dekat puncak alam

bercuti di rumah adik, excited sangat diorang nak tengok rumah baru adik saya

Mak abah selalu nasihatkan kami cuba untuk membeli rumah sewaktu masih muda

supaya tak jadi macam diorang, bila dah nak pencen baru nak beli rumah

itupun sebab dulu kami tinggal di kuaters,

so tak ada keadaan mendesak untuk memiliki rumah sendiri

bebas daripada komitmen sewa bulanan rumah, anak2 pon semua bersekolah

tiap2 tahun ada jer yang ambik peperiksaan besar..hihi berderet2 adik beradik saya ni

ok bercerita tentang memiliki rumah sendiri sendiri ni

saya pernah mengikuti kursus pelaburan hartanah

Kepentingan dan faedah memiliki rumah sendiri sebagai aset pelaburan

Dalam keadaan sekarang ini di mana harga rumah melambung tinggi

agak sukar bagi golongan pertengahan seperti saya ini untuk memilik rumah sendiri

Tetapi bak kata pepatah nak seribu daya, tak nak seribu dalih

golongan muda mudi sekarang perlu mempunyai keazaman yang tinggi

  untuk memilik rumah sendiri ada cara rupanya…

langkah pertama untuk adik2 yang baru bekerja adalah berjimat!!

Berjimat cermat berkaitan  kereta yang hebat2,pakaian yang nak ikut perkembangan fesyen semasa,

 bercuti2 di tempat yang memerlukan kos yang tinggi

macam2 lagi lah.Bukan bermakna sampai ke tua pon kita kena berjimat cermat..

tapi bersabar dulu buat seketika sementara masih muda.

Hubby pernah  mengingatkan saya, dia kata kita ada 2 pilihan sekarang sama ada

dia awal perkahwinan ini kita hidup  berjimba2( berseronok )  ketika masih muda

atau pun kita  berkorban sedikit sekarang untuk kehidupan yang lebih baik nanti.

Kita tak tahu akan hidup berapa tahun lagi ke depan,

maka beringat ingat dulu sebelum sampai waktunya….

Hurm..ada logiknya jugak bila pikir2 balik

saya tak nak waktu ada anak2 nanti kami terpaksa ikat perut untuk anak2

mestilah cuba untuk bagi yang terbaik untuk meraka..insha allah

So bagi golongan muda mudi, korang kena baca TIPS MEMILIKI RUMAH PERTAMA 

tips ni sangat membantu kepada mereka yang ingin memiliki rumah.

Selok belok tentang pembelian rumah pon kena tahu jugak supaya kita tak tertipu

dan tak mengalami kerugian …baca DISINI

Membeli rumah pon boleh jadi salah satu bentuk pelaburan

Setiap orang mempunyai ciri2 rumah idaman…

saya sangat pasti di awal kehidupan golongan pertengahan seperti saya tidak akan mampu

untuk memiliki rumah idaman .

Tetapi dengan langkah membeli rumah mampu milik di awal usia muda insha allah

memungkinkan kita untuk memiliki rumah idaman masing2….

sebagai contoh, rumah mampu milik yang kita beli sekarang boleh dijadikan deposit untuk

rumah idaman pada masa hadapan.

AKPK pun menggalakkan kita untuk melabur dalam hartanah. Baca DISINI

Satu lagi korang kena sentiasa cari adalah tempat untuk memilik rumah .

Kalau di Kuala Lumpur semua rumah sudah mencecah jutaaan dah

memang tak akan mampu lagi untuk membeli dengan harga yang macam tu

so start cari kawasan yang baru nak naik taraf seperti di Seri Iskandar perak ni

hehe nak heboh  tempat sendiri pulak kan..

tapi sebetulnya harga rumah dekat sini masih sangat o.k lagi

Dulu 2011, lot banglo lengkap dengan swimming pool masih berharga 300k++ sahaja

IMG_0620

IMG_0623

IMG_0625

Murah kan?? rugi betul tak beli dulu…

Kalu nak tengok rumah contoh bagi rumah kat atas ni, boleh baca kat SINI

rumah teres 2 tingkat pada tahun 2011-2012 masih berharga RM150++ ribu sahaja

Penghujung 2013, saya membeli rumah teres 2 tingkat dengan harga RM 218k

IMG_0528

Rumah berkeluasan 22 x 70 sahaja..

tak besar dan tak kecil sangat..syukur alhamdulillah harga masih mampu milik

Untitled-1

 

img_floorplan_lavendar (2)

 

Sekarang ini tahun 2014 fasa ke 3 telah dibuka …

Pada sesiapa yang berminat boleh la datang meninjau kawasan …

tak semestinya orang Perak jer boleh beli kat sini kan…

Lokasi yang strategik di bandar Seri Iskandar

terletak berhampiran Tesco,Mydin mall yang bakal dibina dan siap menjelang 2016

dan juga sebuah lagi IPTS yang baru selesai majlis pecah tanah selepas UITM, UTP,

kolej vokasional, kolej Mara,IKBN dan Billion serta tarikan baru di Seri Iskandar

adalah SIBC wholesale city atau dikenali sebgai SWC

iaitu sebanyak 248 unit kedai yang berasal dari Nilai 3 dan seluruh semenanjung Malaysia

telah dibawa ke sini . Makin meriah bandar Seri Iskandar ^_^

IMG_0903

Mak abah datang haritu melawat tapak baru kami

 

IMG_0911

abah tu konon2 meninjau kawasan ler tu…

IMG_0940

kesayangan saya…

 

 

2 comments on “Rumah mampu milik di Seri Iskandar

  1. wah… dah ada rumah sendiri, baguslah dan terima kasih kerana tumpangkah link blog saya di sini. saya rasa seperti kenal penulis tetapi di mana ya…

  2. Hihi..dulu sebelum beli rumah ada jugak baca blog awak…untuk rumah puncak iskandar tu la…..saya baru berpindah ke sini..ikut suami..kita ada terjumpa kat mana2 ker? Huhuhu…

Comments are closed.